Entri blog kali ini menyambung kembali analisis naskhah Star Wars X-Wing’s Rogue Squadron: In the Empire’s Service yang tertunggak sejak Ogos 2010. Komik STAR WARS tersebut telah saya beli ketika promosi jualan murah komik Star Wars di MPH Kuching pada Julai 2010 yang lepas. Anda boleh mengklik pada pautan di atas untuk membaca entri pengenalan kupasan resensi.
Kapal angkasa TIE, Empire STAR WARS |
Resensi kali dikhususkan kepada pesawat TIE, juruterbang dan plot cerita. Saya mendapati, falsafah di sebalik rekaan
teknologi TIE dan penceritaan komik ini bersumber daripada adaptasi sejarah
sebenar dalam Perang Dunia I dan Perang Dunia II. Secara spesifik, TIE dibandingkan dengan
pesawat pejuang terkenal versi Mitsubishi A6M ‘Zero’ milik Tentera Laut Imperial Jepun.
Oleh sebab pengambilan idea sejarah agak luas, maka perbincangan melibatkan hal ini agak panjang. Entri ini akan dilanjutkan lagi dalam beberapa bahagian lagi dalam entri akan datang. Kali ini berkisar mengenai perbandingan dan pengambilan idea, falsafah teknologi di sebalik kapal angkasa TIE. Sebagai panduan, kita tinjau subtopik kajian tersebut sebelum melangkah lebih jauh:
A6M5 Zero, 1944, Pertempuran Laut Filipina |
Bhg. 2: TIE dan Zero
Bhg. 3: Juterbang TIE
dan Imperial Jepun
Bhg. 4: Plot
penceritaan, Perang Dunia I
dan II
Bahagian 2: TIE dan Zero
1. Mengenali Pejuang TIE
Merujuk kepada buku Star
Wars: Complete Cross-Sections: The Spacecraft and Vehicles of the Entire STAR WARS Saga. TIE adalah singkatan kepada Twin Ion Engine.
TIE dikatakan mempunyai sistem dorongan yang paling canggih dalam galaksi saga
Star Was. Enjin ion berkembar beroperasi melalui ‘pengionan solar memantulkan
tenaga cahaya dan menyalurkan kepada reaktor untuk menyalakan sinaran daripada
gas radioaktif.’ Tanpa melibatkan bahagian bergerak, TIE mudah dipelihara dan
dibaikpulih. TIE mempunyai senjata dua blaster laser.
Dalaman kokpit TIE yang sedang mengejar X-Wing T-65 Rebel
Alliance
Dalam Episod IV: A New
Hope.
|
TIE mempunyai pelbagai variasi, antaranya ialah
pejuang dan pemintas TIE.
Walaubagaimanapun, misi TIE tidak jauh berbeza dengan berlainan variasi. Kedua-dua
jenis ini muncul dalam komik tersebut. Lebih khusus adalah jenis pemintas TIE
Interceptor, iaitu 181st Fighter Division yang mempunyai jalur merah
pada panel solarnya. TIE jenis ini merupakan penaiktarafan daripada TIE pejuang
asal. Versi TIE Interceptor adalah lebih canggih: lebih pantas, kuasa tempur
yang tinggi dan lebih lincah.
Disebutkan dalam Star
Wars: Complete Cross-Sections, tugas utama skuadron TIE adalah menguasai
ruang angkasa, memintas kapal angkasa Rebel Alliance dan melindungi pangkalan
serta kapal induk Empire.
2. Perbandingan TIE dan Zero
Terdapat beberapa persamaan didapati antara kapal
angkasa TIE dan Zero. Antaranya adalah:
2.1 Simbol kekuasaan Empayar
Kehadiran pejuang TIE dalam senarai jentera perang
menjadikan ia sebagai imej paling menonjol bagi cengkaman Empayar. Di mana-mana
sahaja baik di stesen angkasa, planet, rondaan rutin ataupun pengiringan
konvoi, pasti adanya skuadron TIE yang menguasai ruangan angkasa.
Begitu juga ketumbukan udara Imperial Jepun, yang
menyerang pantas kedudukan-kedudukan tentera Berikat ketika fasa awal Perang
Pasifik pada 1941. Skuadron udara Imperial Jepun begitu digeruni kerana
kehandalan mereka.
Banyak pejuang Berikat yang tumpas, menjadikan
juruterbang mereka gentar menghadapi penangan samurai udara. Paling simbolik
akan kemaraan tentera Jepun adalah pesawat pejuang yang masyhur lagi digeruni,
iaitu Zero. Ketumbukan udara ini beroperasi secara berasingan bawah
pemerintahan Tentera Laut Imperial Jepun (Imperial Japanese Navy, IJN ataupun Nihon Kaigun) dan Tentera Darat Tentera
Jepun (Imperial Japanese Army, IJN ataupun Dai
Nippon Teikoku Rikugun).
2.2 Berpangkalan di Stesen & Kapal Induk
Menurut Star
Wars: Complete Cross-Sections, TIE direka tanpa perisai pertahanan, dorongan hyperdrive (sejenis dorongan yang
berupaya membawa kapal angkasa merentas angkasa yang luas dalam masa yang
singkat) dan sistem sokongan kehidupan. Oleh yang demikian, kapal angkasa yang
ringan ini dapat memacu kelajuan tinggi dan memiliki kelincahan. Akan tetapi,
kedua-dua keupayaan tersebut terpaksa ‘dibayar’ dengan harga kerapuhan pesawat
dan terpaksa bergantung dengan stesen angkasa ataupun kapal induk Star
Destroyer ataupun berdekatan stesen angkasa.
Manakala Imperial Jepun pula, pesawat IJN berkeupayaan
berpangkalan di kapal induk pengangkut yang disebut dalam bahasa Inggeri
sebagai carrier. Pesawat pejuang,
penyerang junam dan torpedo dilancarkan dari dek kapal induk untuk operasi
serangan.
Operasi, doktrin dan teknologi bersepadu antara pesawat dan kapal
induk anda boleh rujuk buku Sunburst: The
Rise of Japanese Naval Air Power, 1909 – 1941 dan Osprey New Vanguard 109: Imperial Japanese Navy Aircraft Carriers
1921-45. Selain itu, skuadron IJN juga berpangkalan di lapangan terbang di pangkalan hadapan kepualauan milik Imperial Jepun.
Kelebihan pesawat IJN dibandingkan dengan TIE adalah
dari segi jarak operasi yang jauh. Berlawanan dengan pesawat IJN, TIE adalah pesawat beroperasi jarak dekat.
Akan tetapi, pesawat IJN memiliki keupayaan ini juga dengan harganya
tersendiri. Kita akan kupas dalam ruangan ini nanti.
2.3 Mengutamakan Kelincahan
daripada Perlindungan
2.3.1 TIE
Maklumat mengenai falsafah dan rekaan pejuang ataupun pemintas TIE boleh
didapati dengan terperinci daripada Star Wars: Complete
Cross-Sections dan novel STAR
WARS: Death Star karangan
Michael Reaves dan Steve Perry (2007). TIE pejuang dan pemintas tidak jauh
berbeza. Doktrin Empire menetapkan bahawa penguasaan angkasa oleh TIE adalah
berdasarkan kepada kelincahan (agility) menuver mengelak bedilan serta
mengelirukan musuh. Juga, kuantiti TIE yang banyak menyukarkan musuh menyerang.
Kita tinjau rekaannya daripada Star Wars: Complete
Cross-Sections:
“To reduce the mass of the ship, TIE fighters are built without defensive shields, hyperdrive capability, and life support systems... The light-weight ship gains speed and maneuverability at the price of fragility...”
Seperti maklum
dalam huraian fakta sebelum ini, TIE Interceptor adalah versi naiktaraf
daripada TIE pejuang yang asal. Manakala TIE Interceptor pula, tidak jauh
cirinya:
“To achieve its increased performace, the craft sacrifices armor, deflector shields, hyperdrive systems, and life suppor systems: pilots must rely on their skills and superior numbers to survive most engagements.”
Novel STAR WARS: Death Star
karangan Reaves dan Perry (2007) memaparkan penceritaan yang menarik tentang
sebahagian kehidupan juruterbang TIE. Dalam novel tersebut, watak yang bernama
Leftenan Komander Villian ‘Vil’ Dance yang mengepalai skuadron Alpha. Vil Dance
mengakui bahawa struktur binaan TIE adalah rapuh, tetapi amat bergantung kepada
skil juruterbang untuk hidup:
“TIE fighters, in order to save mass, had no defensive shield generators, no hyperdrive capability and no emergency life-support systems. They were thus fragile, but fast, an that was fine with Vil. He’d rather dodge enemy fire than hape it would be bounced off.” (pp. 5).
2.3.2 Mitsubishi A6M Zero
“The Mitsubishi Zero, as it came to be known worldwide, was undoubtedly one of the most ingeniously (clever and inventive) designed fighter planes in aviation history.” ~Mark R. Peattie, Sunburst: The Rise of Japanese Naval Air Power, 1909 – 1941, 2001
Tidak disangsikan lagi,
rekaan TIE berkait rapat dengan pesawat Imperial Jepun Perang Dunia ke-2. Terdapat persamaan yang ketara antara dua jentera ini. Jurutera
Imperial Jepun pernah mereka bentuk pesawat pejuang lagenda terulung di
Pasifik, jika tidak dunia pada zamannya. Hasil daripada konflik berterusan di
China dan Rusia, Tentera Laut Jepun telah mengarahkan firma industri Jepun
untuk mereka bentuk pesawat pejuang yang serba boleh.
Dalam buku Sunburst: The Rise of Japanese Naval Air
Power, 1909 – 1941, Peattie (2001) mengkaji bahawa pihak tentera mahukan pesawat yang mempunyai ‘kelajuan dan kuasa
tempur tinggi yang mampu membinasakan pesawat pengebom musuh, jarak dan keupayaan
untuk mengiringi pengebom IJN, G3M dan menuver lincah menghadapi musuh.’
Jurutera Mitsubishi yang diketuai oleh Horikoshi Jiro telah memenuhi lebih
daripada syarat mereka.
Akhirnya pada 1939,
Mitsubishi Zero telah muncul. Rekaan kreatif dan inovatif tersebut mempunyai
enjin berkuasa tinggi, kuasa tembakan ampuh, jarak operasi yang sangat jauh (tiga
kali ganda berbanding pesawat Eropah) dan memiliki daya menuver lincah
mengatasi musuh. Untuk mencapai spesifikasi tersebut, Zero direka dengan bahan-bahan aloi waja yang ringan, ia rapuh menghadapi bedilan musuh. Kita lihat kajian Peattie tentang
Zero:
“To begin with, its lightness, indeed its near fragility of structure, which helped to give the aircraft unprecendented maneuvrability, meant thaht it contained too many single-point failure points (points at which structural failure would cause destruction of the entire aircraft), a weakness compounded by the fact that it possessed virtually nor armor protection for either its pilot or fuel tanks.”
Campuran A6M2 dan A6M5 di Buin, New Gunea, 1943 |
Zero mempunyai struktur kerangka pesawat yang ringan, armor yang minima serta tanpa tangki ‘menampal sendiri’ (self-sealing tanks). Tangki tersebut berperanan memadam api jikalau terdapat bahagian-bahagian pada pesawat terbakar akibat tembakan, terutama pada bahagian tangki minyak dan enjin.
Berbanding dengan pesawat AS, kerangka pesawatnya begitu teguh. Pesawat AS mampu menerima hukuman bedilan yang berat serta masih lagi bertahan dalam penerbangan. Saburo Sakai mengungkapkan dalam memoir beliau Samurai! Bahawa terdapat sekali beliau tanpa sedar telah menghabiskan seluruh amunisi mesingan 7.7mm dan meriam 20mm A6M2 yang dipandunya; tetapi F4F Wildcat tersebut masih mampu terbang!
Henry Sakaida (1997) dalam bukunya Osprey
Warrior 55: Imperial japanese naval aviator 1937-45 berpandangan bahawa binaan
rapuh pesawat Imperial Jepun mungkin juga kesan pengaruh disiplin hidup
Bushido; iaitu berkorban adalah jalan yang mulia.
Berbanding dengan seteru abadi TIE, yang merupakan ikonik kepada perjuangan kebebasan (freedom fighter) Rebel Alliance, iaitu T-65 X-Wing. X-Wing direka dengan keupayaan ‘senjata berat, dorongan hyperdrive dan perisai pelindung.’ Maka kita dapati perbezaan yang jauh berbeza antara kedua-dua jentera perang ini.
Serupa juga antara Zero dan Wildcat, TIE dan X-Wing cocok sekali dipadankan. X-Wing bersifat tahan lasak dianalogikan kepada Wildcats. Manakala kelincahan dengan harga kerapuhan TIE pula dibandingkan dengan Zero.
Cuma satu sifat ‘bersilang,’ iaitu berkenaan dengan jarak operasi. Ciri jarak jauh Zero diberikan kepada X-Wing, manakala jarak dekat diberikan kepada TIE!
Oleh yang demikian, kita dapati bahawa terlalu banyak TIE yang musnah ketika awal plot komik tersebut.
Oleh yang demikian, kita dapati bahawa terlalu banyak TIE yang musnah ketika awal plot komik tersebut.
2.4 Pesawat Standard, Tiada Individualiti
Bagi melihat bahagian ini dengan lebih jelas, elok
sekiranya kita imbau sejarah. Jika anda pernah menonton filem ataupun
dokumentari mengenai pesawat Perang Dunia II, anda mungkin akan terperasan,
terdapat simbol di bahagian hadapan, berhampiran dengan kipas propeler.
MiG-15 milik Tentera Udara Mesir (Egyptian Air Force) |
Juruterbang biasanya mengecat ‘insigna’ ataupun
‘emblem’ ataupun lambang pada pesawat mereka, dengan menandakan bahawa itu
adalah tanda pesawat milik ataupun unit skuadron (ataupun kesayangan) mereka. Insigna lazimnya
terdiri daripada imej-imej binatang, watak kartun dan sebagainya. Ini
menunjukkan bahawa juruterbang mempunyai ‘rasa kebersamaan’ ataupun ‘sense of
belonging’ bersama pesawat yang mereka pandu. Kebiasaannya, apabila melaksanakan
misi, mereka hanya memandu pesawat ‘milik’ mereka sahaja.
Berbeza dengan perang di Pasifik, pergeseran yang
berterusan (attrition) antara Jepun dan AS di Kepulauan Solomon pada tahun
1942-43 menghasilkan implikasi yang mendalam terhadap krew dan juruterbang Imperial
Jepun. Bekalan alat ganti yang semakin merosot dan ancaman cuaca tropika
menyebabkan pesawat rosak dan memerlukan servis berkala.
Tambahan pula, pesawat AS yang sering membuat kejutan
memaksa juruterbang terdesak untuk lebih berhati-hati. Dengan rekaan pesawat yang
mudah musnah (tanpa mereka sedar), maka angka korban juterbang handalan dan
berpengalaman serta pesawat yang mampu terbang semakin berkurang.
Saburo Sakai dalam memoir beliau, Samurai! berkata ketika serangan kejutan AS, juruterbang Imperial
Jepun tidak memilih mana-mana pesawat ‘kepunyaan’ mereka. Ini disebabkan kerana
keadaan pesawat yang mampu terbang adalah terhad untuk menentang musuh. Pendek
kata, mana-mana yang ada, digunakan sahaja.
Begitu juga juruterbang TIE, Empire menerapkan falsafah
‘absolute conformity’ yang bermaksud ketaatan yang tidak berbelah bahagi dalam melaksanakan
tugas, tanpa terikat ataupun ‘attached’ kepada pesawat kesayangan mereka. Semua
jentera adalah sama; seolah-olah baru sahaja siap dari kilang. Oleh yang
demikian, individualiti TIE adalah sama sahaja antara satu pesawat dengan yang
lain. Berbeza pula dengan Rebel Alliance, mereka mempunyai ‘kebersamaan’ dengan
pesawat mereka, X-Wing khususnya. Buku Star
Wars: Complete Cross-Sections mengesahkan hal ini:
“TIE pilots
may never use the same ship twice, and develop no sentimental attachment to their
craft as the Rebels often do. TIE pilots know that every reconditioned fighter
is identical to a factory-fresh ship; one is the same as many thousands –
another reinforcement of Imperial philosophy of absolute conformity.” (pp. 110).
Anda boleh lihat perkara ini dalam novel novel STAR WARS: Death Star karangan Michael Reaves dan Steve Perry
(2007). Sungguhpun demikian, pelaksanaan falsafah ‘absolute conformity’ ini
tidak dapat diimplementasikan sepenuhnya. Sedutan ini adalah daripada sudut
pandang Leftenan Komander Vil Dance:
“Command always said it didn’t matter which unit you got. TIE fighters were all the same, down to the last nut and bolt, but even so, every pilot had his or her favourite ship. You waren’t suppose to personalize them, of course, but there were ways to tell – a scratch here, a scuff mark there... after a while, you got where you knew which fighter was which.”“And no matter what Command said, some were better than others – a little faster, a little tighter in the turns, the laser cannons a hair quicker to fire when you touch the stud.” (pp. 4)
“Vil felt his lips twitch in
annoyance. The Empire determined to erase all signs of individuality in its
pilots, on the absurd theory that nameless, faceless operators were somehow
more effective. Thus the classification numbers, the anonymous flight suits and
helmets, and the random rotation of spacecraft.” (pp. 4)
Penutup Bhg. 2
Setelah menganalisa kapal angkasa TIE mengambil idea dalam secebis coretan
sejarah, dapatlah kita menyimpulkan bahawa sejarah merupakan sumber idea yang
sangat baik. Dalam Bahagian 2 inipun baru disentuh tentang perbandingan
teknologi dan falsafah tersirat yang diguna pakai. Insya-Allah kita akan
sambung berkenaan perbandingan psikologi juruterbang TIE dan Imperial dalam
Bhg. 3 dan diakhiri dengan Bhg. 4 tentang penjanaan plot daripada sumber
keterlibatan Imperial Jepun di Perang Pasifik juga.
Rujukan:
1.Henry Sakaida, (1997). Osprey aircraft of the aces 13: Imperial Japanese Army Aces 1937-45. Osprey Publishing Limited: UK
2.Henry Sakaida, (1997). Osprey aircraft of the aces 22: Imperial Japanese Navy Aces 1937-45. Osprey Publishing Limited: UK
3.Jenssen H. And Chasemore, R., (2007). Star wars: Complete cross-sections. DK Publishing: UK.
4. Mohd. Zaki Mohd. Saleh, (Oktober 2000). “Pertempuran midway: Titik tolak kekalahan jepun dalam perang pasifik ms. 17-24,” Perajurit. Inai Damai Sdn. Bhd.: Kuala Lumpur.
5.Osamu Tagaya (1997). Osprey Warrior 55: Imperial japanese naval aviator 1937-45.Osprey Publishing Limited: UK
6.Perry, S. And Reaves, M., (2008). Star wars: Death star. Arrow Books: UK.
7.Stackpole, Nadeau, Ensign, (1999). Star wars x-wing rogue squadron: In the empire’s service. Dark Horse Comics: Canada.
8.Stille, M., (2005). Osprey new vanguard 109: Imperial japanese navy aircraft carriers 1921-45. Osprey Publishing Limited: UK
9. Windham R. And Wallace D., (2007). Star wars: The ultimate visual guide special edition. DK Publishing: UK.
10. Roberts, A., (2000). Science Fiction: The new critical idioms. Routledge: London.
1.Henry Sakaida, (1997). Osprey aircraft of the aces 13: Imperial Japanese Army Aces 1937-45. Osprey Publishing Limited: UK
2.Henry Sakaida, (1997). Osprey aircraft of the aces 22: Imperial Japanese Navy Aces 1937-45. Osprey Publishing Limited: UK
3.Jenssen H. And Chasemore, R., (2007). Star wars: Complete cross-sections. DK Publishing: UK.
4. Mohd. Zaki Mohd. Saleh, (Oktober 2000). “Pertempuran midway: Titik tolak kekalahan jepun dalam perang pasifik ms. 17-24,” Perajurit. Inai Damai Sdn. Bhd.: Kuala Lumpur.
5.Osamu Tagaya (1997). Osprey Warrior 55: Imperial japanese naval aviator 1937-45.Osprey Publishing Limited: UK
6.Perry, S. And Reaves, M., (2008). Star wars: Death star. Arrow Books: UK.
7.Stackpole, Nadeau, Ensign, (1999). Star wars x-wing rogue squadron: In the empire’s service. Dark Horse Comics: Canada.
8.Stille, M., (2005). Osprey new vanguard 109: Imperial japanese navy aircraft carriers 1921-45. Osprey Publishing Limited: UK
9. Windham R. And Wallace D., (2007). Star wars: The ultimate visual guide special edition. DK Publishing: UK.
10. Roberts, A., (2000). Science Fiction: The new critical idioms. Routledge: London.
1 comment:
Satu analisis yang menarik.
Post a Comment