Bahagian 3: Analisa Juruterbang TIE dan Imperial Jepun
Pautan sebelum:
Dalam dua entri yang lepas mengenai komik Star Wars X-Wing Rogue Squadron: In the
Empire’s Service, kita telah membicarakan pengenalan dan analisa teknologi
TIE dan Imperial Jepun. Dalam entri kali ini pula, kita akan sambung
perbincangan dalam analisa watak dan perwatakan. Kita akan membandingkan watak
juruterbang TIE yang kemungkinan besar diambil idea daripada sejarah
juruterbang Imperial Jepun dalam Perang Dunia II.
Baron Soontir Fel, komander 181st Fighter Division |
Entri Bahagian 3 ini akan memperincikan seperti yang
berikut:
3.1 Pengenalan Umum Juruterbang
3.2 Doktrin Empayar
3.3 Kesetiaan kepada Maharaja
dan Semangat Berkorban
3.4 Latihan & Disiplin
Tinggi
3.5 Kemenangan Milik Kolektif,
bukan Milik Individu
3.6 Mementingkan Skil Menuver
3.7 Penggulungan Bahagian 3
3.1 Pengenalan Umum Juruterbang
3.1.1 Juruterbang
TIE
“Trained to target and
destroy, TIE fighter pilots are committed to accomplishing their missions, even
if it requires self-sacrifice.” ~Star
Wars: The Ultimate Visual Guide
Secara umumnya, juruterbang dilatih di Imperial Academy
di kalangan manusia tulen ataupun klon. Disebabkan kapal angkasa TIE tidak
mempunyai sistem sokongan kehidupan, juruterbang TIE menggunakan sut angkasa
serba hitam yang membolehkan mereka hidup.
Mitsubishi A6M5 bersama juruterbang |
Dalam komik In the Empire’s Service, tumpuan utama
diberikan kepada ketumbukan TIE elit, 181st Fighter Division bawah
pimpinan Baron Soontir Fel. Cerita berlatarbelakangkan 6 bulan selepas kematian
Emperor Palpatine dalam Pertempuran Endor dan kemusnahan Death Star II. New
Republic yang digagaskan oleh Rebel Alliance semakin berkembang. Manakala
Empire pula mengalami keretakan dek persaingan antara warlord Empire.
Ketumbukan TIE pula semakin tertekan kerana terpaksa
berhadapan dengan skuadron X-Wing Rebel Alliance yang semakin cekap. Manakala
dengan kerapuhan binaan TIE dan banyaknya korban juruterbang TIE, skuadron TIE
semakin berkurangan di kalangan mereka juruterbang yang berpengalaman.
3.1.2 Juruterbang
Imperial Jepun
Miniatur juruterbang IJN |
“Theirs was the true legacy of the Imperial Japanese Naval airman; a member of a small, elite band of brethren, trained to perfection and seasoned in combat, who, for a brief moment in history, ruled the skies over Asia and the Pasific as the most formidable naval aviators in the world.” (pp. 9) ~Imperial Japanese Naval Aviator 1937-45, Osamu Tagaya (1995)
Juruterbang Imperial Jepun pernah menjadi lagenda
dunia. Menurut Osamu Tagaya (1995) dalam Osprey
Warrior 55: Imperial Japanese Aviator 1937-45, juruterbang Imperial Jepun sebelum
Perang Dunia II dipandang rendah pada kacamata Barat. Sikap enteng dan cuai ini
telah dibayar dengan harga yang mahal. Setelah Pearl Harbor telah diserang
hebat pada 7 Disember 1941, barulah Barat membuka mata: mereka berhadapan
dengan ketumbukan udara tentera laut handalan!
Juruterbang Imperial Jepun merupakan veteran perang di China sejak 1937 dan
telah mengejutkan pihak Berikat. Walaubagaimanapun, dengan peperangan yang
berterusan, ditambah lagi dengan program latihan yang rigid, mengakibatkan
ketumbukan juruterbang elit ini semakin hilang, digantikan dengan yang mentah
dan kurang berpengalaman. Akhirnya dengan lemahnya kekuatan udara,
mengakibatkan semakin hari ketumbukan ini semakin lemah, dan tidak mampu
mengekang kemaraan pihak Berikat.
3.2 Doktrin Empayar
3.2.1 Juruterbang
TIE
Dalam buku Star
Wars: The Ultimate Visual Guide, Windham (2007) menulis tentang sistem
doktrin Empire yang menerapkan bahawa spesies asing selain manusia (alien)
adalah inferior (kurang darjat):
“Under
Palpatine’s rule, the Academy becomes the Imperial Naval Academy, where
students are fed propaganda to believe that all alien species are inferior
beings.”
(p. 70)
Oleh yang demikian, keseluruhan anggota Empire adalah
di kalangan manusia ataupun klon manusia. Mereka menaruh kebencian terhadap
spesies asing ini.
3.2.2 Juruterbang
Imperial Jepun
Manakala tentera Imperial Jepun secara umumnya
didoktrin dengan fahaman bahawa bangsa selain bangsa Jepun adalah inferior,
bahkan selayaknya tunduk bawah naungan pimpinan mereka. Fahaman ini
berlandaskan kepada pengaruh Maharaja kepada kehidupan masyarakat Jepun.
3.3 Kesetiaan
kepada Maharaja dan Semangat Berkorban
3.3.1 Juruterbang
TIE
“Trained to target and
destroy, TIE fighter pilots are committed to accomplishing their missions, even
if it requires self-sacrifice.”
“With no
shields or life supports systems, each ship – like its pilot – is expandable.”
Dalam keterangan tentang juruterbang TIE dalam buku Star Wars: The Ultimate Visual Guide, Windham (2007) menjelaskan
bahawa mereka adalah orang-orang yang komited dalam melaksanakan misi mereka,
jika mengorbankan nyawa sekalipun. Dalam laman web wookiepedia.com, juruterbang
TIE ditanam semangat berkorban untuk Emperor (Maharaja) Palpatine dan Empire:
“Drawing from the graduates of Imperial academies, the fleet conditioned their best prospects to be fanatically loyal to the Emperor and willing to sacrifice their lives to complete their assigned missions.”
Jika anda pernah menonton filem STAR WARS, terdapat beberapa contoh yang menonjolkan bahawa juruterbang TIE ini begitu agresif dalam menjalankan misi mereka. Kepatuhan tersebut
terserlah dalam Episod V: Empire Strikes
Back; skuadron TIE mengejar Milennium Falcon (dipandu oleh Han Solo dan
Chewbecca) sehingga ke medan asteroid (batu-batuan di angkasa yang mengorbit bintang sistem solar).
Milennium Falcon dikejar oleh TIE dalam Episod V: Empire Strikes Back |
Medan asteroid tersebut merupakan pembunuh utama mana-mana kapal angkasa yang melaluinya, kerana pelanggaran dengan batuan kecil sekalipun boleh menghasilkan kerosakan maksima. Tanpa
menghiraukan gerombolan batu-batu gergasi yang boleh menghentam TIE (yang
sangat rapuh), keseluruhan skuadron telah musnah dilanggar asteroid.
“They regarded themselves as expendable and were trained to regard their vehicles as the most expressive instrument of the Galactic Empire. As a result, TIE pilots were loyal and willing to die for Emperor Palpatine.”
Baron Soontir Fel merupakan seorang juruterbang
handalan yang amat setia kepada Empire. Sekalipun Empire sudah kehilangan
Emperor Palpatine sejak 6 bulan dan ditadbir oleh pecahan-pecahan ‘warlord,’
Baron Fel tetap setia dengan apa-apa yang berlaku di sebalik tabir politik
Empire.
Bagi Baron Fel, tugasnya adalah untuk melindungi warga Empire, bukan
atas kepentingan warlord yang bertelagah. Juruterbang kanan skuadron beliau,
Turr menyatakan kesanggupan mereka untuk melancarkan mutiny (dahagi -
penentangan), tetapi Fel tetap berkeras dalam komik In the Empire’s Service:
“The Empire, our Empire, is tasked with
saving our citizens.”
3.3.2 Juruterbang
Imperial Jepun
“A mother, at least with
the face she wore in public,
was obliged to appear happy and grateful
to the
emperor and country
for giving her son a such fine way to die.”
~Hideo
Suzuki, bekas juruterbang Imperial Jepun,
Blossoms in the Wind:
Legacies of the Kamikaze, Sheftall (2006)
Persamaan juruterbang Empire dan Imperial Jepun adalah kesetiaan tidak
berbelah bahagi kepada pemimpin (maharaja) dan semangat berkorban yang tinggi
demi memelihara maruah pemimpin mereka. Dalam Osprey
Warrior 55: Imperial Japanese Aviator 1937-45, juruterbang yang juga
merupakan tentera Jepun merangkul prinsip ini:
“... duty is weighteir than a mountain, while death is
lighter than a feather.”
Prinsip tersebut telah digariskan sebagai sumpah taat setia kepada
maharaja, dikuatkuasakan oleh Maharaja Meiji pada 4 Januari 1882. Menurut Osamu
Tagaya (1995), prinsip ini mencerminkan usaha bangsa Jepun untuk menerapkan
semangat berjuang yang tinggi, memandangkan bangsa mereka baru sahaja lahir
dari zaman feudal yang silam, dan cita-cita mereka menjadi bangsa empayar
dunia. Kod kesetiaan ini membentuk asas yang menekankan:
Kamikaze... D4Y Suisei menjunam ke arah kapal AS |
“... unquestioning loyalty,
discipline, valor, honor, and frugality to the emperor (... kesetiaan tidak berbelah bahagi,
disiplin, keberanian, maruah, dan berjimat-cermat untuk maharaja).” (p. 22-23)
Prinsip ini membuahkan satu semangat kepahlawanan yang menginspirasikan
semangat keberanian (courage), berkorban (self-sacrifice) dan kepatuhan kepada
tugas (devotion to duty). Semangat ini dikenal sebagai semangat bushido (the
way of warrior atau tatacara kepahlawanan) menjadi falsafah asasi yang mengakar
dalam jiwa ketenteraan Imperial Jepun.
Osamu Tagaya (1995) mengatakan bahawa kepercayaan Bushido mempunyai ‘sisi
gelapnya’ tersendiri. Semangat Bushido mencetuskan kesetiaan tanpa soal kepada
tuannya dan mengagungkan kematian demi maruah tuannya. Secara khusus, mati
untuk maharaja adalah mati yang mulia.
“Having little to do with
the realities of samurai conduct during civil war, it projected an idealized
vision of samurai virtues, emphasizing unswerving
loyalty to one’s lord and glorifying
sacrificial death.”
(pp. 23)
“In the context of the
imperial armed forces, to die for the
emperor was considered the ultimate
virtue, and death in battle was a
constant theme underlying the life of Japan’s fighting men.” (pp. 23)
Tidak hairanlah, dengan gabungan semangat ini, anak-anak muda Jepun sanggup
menjadi sukarelawan kamikaze!
Sebuah A6M5 Zero Kamikaze hampir-hampir menghentam kapal AS |
“May our
death be as sudden and clean as the shattering of a crystal.” ~Juruterbang
Kamikaze, Soldier: A Visual History of
the Fighting Man, Col. Tim Collins (2011)
3.4 Latihan dan Disiplin Ketat
Kedua-dua rekrut
juruterbang TIE dan Imperial terpaksa berhadapan dengan sistem latihan yang
‘brutal’ dan disiplin yang ketat:
3.4.1 Juruterbang TIE
“They represented the elite of the Imperial Navy, having undergone grueling physical and psychological conditioning to achieve their ranks. An elite corps, only 10 percent of TIE pilots successfully navigated the intense training and testing of the Imperial Navy.” ~wookiepedia.com
Handalan Imperial Jepun... Saburo Sakai |
3.4.2 Juruterbang Imperial Jepun
Dalam ‘membentuk perwatakan’ (building characters) rekrut IJN, buli adalah
perkara biasa. Rekrut didoktrin dengan disiplin waja dan hukuman yang berat. Dalam
Osprey Warrior 55: Imperial Japanese Aviator 1937-45:
“They had endured the iron
discipline and brutal beatings of their cadet years and continued to preserve
under fairly strict regimentation during flight training.” (pp. 31)
3.5 Kemenangan Milik Kolektif,
bukan Milik Individu
Saya tidak ingat baca di mana, juruterbang TIE tidak
dibenarkan untuk menuntut ataupun mendakwa kemenangan mereka (kapal angkasa
musuh yang dimusnahkan) secara individu, tetapi milik skuadron bersama.
Jika benar, kriteria ini selari dengan juruterbang
Tentera Laut Jepun (Imperial Japanese Navy - IJN). Menurut Henry Sakaida (2004)
dalam Osprey Aircraft of the Aces 22:
Imperial Japanese Navy Aces 1937-45, juruterbang Imperial Jepun ditegah
daripada menuntut kemenangan individu, tetapi milik kolektif unit mereka.
Berbeza dengan sistem di Barat (pihak Berikat, Rusia, Jerman), mereka sangat
menghargai sumbangan individu, dengan sesiapa yang menjatuhkan lebih 5 pesawat,
dianggap sebagai ace (handalan).
Manakala sistem di Jepun pula, mereka telah terdidik
sejak di bangku sekolah untuk bekerja dan berkorban untuk kepentingan kumpulan.
Sistem ini membentuk semangat berpasukan, yang amat mustahak untuk kemenangan.
3.6 Mementingkan Skil Menuver
3.6.1 Juruterbang TIE
Novel STAR WARS: Death Star
karangan Reaves dan Perry (2007) memaparkan penceritaan yang menarik tentang
sebahagian kehidupan juruterbang TIE. Dalam novel tersebut, watak yang bernama
Leftenan Komander Villian ‘Vil’ Dance yang mengepalai skuadron Alpha. Vil Dance
mengakui bahawa struktur binaan TIE adalah rapuh, tetapi amat bergantung kepada
skil juruterbang untuk hidup:
“To achieve its increased performace, the craft sacrifices armor, deflector shields, hyperdrive
systems, and life suppor systems: pilots
must rely on their skills and superior numbers to survive most engagements.”
TIE mengejar X-Wing ketika Pertempuran Yavin IV, Episod IV: A New Hope |
“They (TIE fighters) were thus fragile, but fast,
an that was fine with Vil. He’d rather
dodge enemy fire than hape it would be bounced off.” (pp. 5).
3.6.2 Juruterbang Imperial
Jepun
Sewaktu Perang Dunia II, juruterbang Imperial Jepun terkenal sebagai
juruterbang yang mempunyai skil menuver kelincahan pesawat mereka dalam
mengatasi musuh. Bermula dengan Perang China 1937, para juruterbang telah
meraih pengalaman mereka, yang akan berguna kelak ketika menentang kuasa Barat.
Juruterbang Imperial Jepun telah menguasai teknik menuver lincah yang dinamakan
sebagai hineri-komi yang telah
menjadikan mereka lagenda apabila bertempur dengan juruterbang Amerika Syarikat
dan Komanwel di Pasifik. Berikut merupakan petikan mengenai kehandalan
juruterbang Imperial Jepun dalam Osprey Warrior 55: Imperial
Japanese Aviator 1937-45:
“In the early months of
Pasific War, this meneuver was one
of the main factors in establishing the reputation of the IJN fighter pilot as a superb fighter.” (p. 61)
“In this context, the hineri-komi or twisting-in
meneuver, first developed at Yokosuka Kokutai during 1934, proved to be a formidable combat tool.” (p. 46)
A6M3 Zero semasa rondaan, berpangkalan di Rabaul, 1943 |
“Used often during the China
War and to some extent during the early month of the Pasific War, it was this meneuver, even more than
the inherent meneuvrability of the fighters they flew, that established the IJN
fighter pilot as a remarkable fighter.” (pp. 46)
Penggulungan Bahagian 3
'Karya' saya ketika berusia 11 tahun (1996), Dunia Perang II |
Kita lihat, dengan meneliti satu segmen daripada
rentetan sejarah, kita dapat merangkul banyak perkara. Terlalu banyak idea yang
dapat diadaptasikan dalam pembentukan ciri watak dan perwatakan.
Walaubagaimanapun, sumber ini harus dimanfaatkan secara bijak. Mengambil idea
ini secara bulat-bulat mestilah ditapis dan diolah dengan cara tersendiri. Ini
kerana, boleh jadi ada orang lain yang menggunakan sumber yang sama. Jika
berlaku pertembungan persamaan ini, maka mungkin akan berlaku fenomena
‘stereotaip’ yang boleh menimbulkan kebosanan kerana kegersangan daripada idea
baru. Jika kita membaca ataupun menonton kapal angkasa dan juruterbang TIE
dalam saga Star Wars, adakah kita terperasan banyak idea diinspirasikan
daripada sejarah Imperial Jepun? Jika tidak, maka George Lucas berjaya
mengolahnya dengan seni fiksyen sains!
Insya-Allah akan bersambung dalam Bahagian 4 (episod akhir). Sila klik di pautan bawah.
Bahagian 4: Analisa Plot Penceritaan
Insya-Allah akan bersambung dalam Bahagian 4 (episod akhir). Sila klik di pautan bawah.
Bahagian 4: Analisa Plot Penceritaan
No comments:
Post a Comment