Laman Utama Blogger

Ingin Menulis? Klik Sini!

Laman fb SAGA Galaksi Muhsinin

Showing posts with label Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Sejarah. Show all posts

Tuesday, May 10, 2016

[Cerita Latar] Renungan Si Zion Tua

Tahun 2205                                                                                                                               Kubu St. Elmo,                                                                                                                          Pulau Malta                                                                                                                             Bumi Lama

“Tuan, mereka telah ditemui.”

Seorang tinggi lampai beruban rambutnya, tebal bulu matanya sedang berdiri menghadap Laut Mediterranean. Angin bayu laut bertiup nyaman menerpa wajahnya. Camar berterbangan meniti air mencari mangsa di bawah alunan ombak. Suara orang muda itu tidak dipedulikannya.

“Siapa yang jumpa mereka?” tanya orang tua itu.

“Flotila Peninjau Cyborg ke-73, Tuan Konspirator Agung. Di Planet Ferum.”

“Jeneral Furious, ketua yang bongkak itu?” soalannya dijawab dengan anggukan orang kanannya.

“Tuan, saya menyangka tuan berasa gembira mereka telah ditemui. Tapi riak wajah tuan seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.”

Orang tua itu menoleh, sambil melemparkan senyuman. Orang muda itu tiba-tiba berasa gemuruh.

“Orang kita sudah menyusup?” tanya orang tua itu.

“Sebelum Jeneral Furious tiba di Planet Ferum, orang-orang kita Ejen Salonika dan Ejen Navarino sudah bertebaran dalam galaksi mereka,” jawab orang muda.

“Oh... begitu. Bagus, Konspirator Xamirthurush. Kamu memang anak jati Zion. Sentiasa di hadapan. Sentiasa meletakkan tugas daripada kepentingan peribadi. Apakah yang ingin kamu laporkan?”

“Armada mereka...”

“Saya tanya soalan tentang risikan ejen kamu, boleh?” orang tua itu tiba-tiba menyampuk. Terpaksa Konspirator muda itu menghentikan laporannya.

“Silakan, Tuan Konspirator Agung.”

“Berapa banyak buku yang mereka ada?” air muka Xamirthurush berubah kehairanan. Ia tergamam. Adakah soalan ini waras?

“Dapatan risikan kami yang akan disahkan, menurut rakyat mereka, buku-buku mereka banyaknya bagaikan bintang-bintang di langit. Kami akan kira dengan tepat bilangan buku mereka.”

“Berapa ramai bijak pandai, orang alim, ulama atau cendiakawan?” kening Konspirator muda terangkat. Kenapa tak tanya soalan pertahanan musuh?

“Dikatakan banyaknya bagai lingkaran asteroid yang bertaburan di sistem solar. Ada yang besar dan ada yang kecil, Tuan Konspirator Agung.”

“Siapa pemimpin mereka?”     

“Khalifah Zulqarnain.”

“Terima kasih. Itu sahaja.” Tuan Konspirator Agung membuang renungannya ke lautan Mediterranean yang terbentang luas. Di sebelah timur adanya Tanjung Gallow dan Teluk Bighi. Ia menoleh ke arah selatan, Kota Birgu dan Kota Sanglea yang menempatkan Kubu St. Angelo dan St. Michael.

Hanya deruan angin yang melintas dan ombak beralun berdesir mencecah tebing. Konspirator Xamirthurush memberanikan diri bersuara, “Tuan, saya hairan mengapa tidak bertanyakan kekuatan mereka? Berapa kapal kapital armada? Berapa utuh pertahanan dan tentera mereka? Ataupun apakah senjata rahsia yang mereka ada? Sebaliknya tuan bertanya akan buku, bijak pandai dan pemerintah?”

“Tuan Konspirator Agung, mereka telah ditemui. Kewujudan mereka adalah ancaman kepada Jerusalem selagi mereka masih ada. Dan kita di Pulau Malta ini lebih jauh dari Zion. Mengapa kita tidak pilih Pulau Rhodes, Crete atau Cyprus yang lebih dekat? Lakukanlah tindakan kita seperti nenek moyang kita. Kita sudah lama bersedia. Dan masanya sudah tiba!”

Orang tua itu menghela nafasnya. Pandangannya ke lautan luas tidak berganjak. “Tuan Konspirator Xamirthurush.... anak Yahudi berdarah muda. Aku amat kagum darahmu yang sentiasa mendidih. Tuhan jadikan kita bangsa paling pintar dan terpilih. Maka gunakan akalmu dahulu sebelum kudratmu!”

“Demi Zion, Tuan Konspirator Agung, segala kehidupan saya adalah untuk Zion! Tuan berkuasa memanggil Sidang Protokol Zion untuk kita bersidang!” seru anak muda itu.

Jawab si Yahudi tua, “Menurut firasatku, Jeneral Furious akan tumbang. Mereka... bukan sahaja mereka. Tapi kita semua bakal senasib seperti mereka.”

“Adakah Tuan Konspirator Agung masih dirundung dilema Holocaust? Itu konspirasi ratusan tahun lampau!” balas Xamirthurush yang kebingungan.

“Masa kita sudah berakhir, Xamirthurush. Mereka sudah bangkit. Nampaknya lagenda Abduktor Manuskrip kira-kira seabad lampau benar belaka.”

“Lagenda seabad lampau?” tanya Yahudi muda.

Orang tua itu berbicara lagi, “Ya. Lagenda itu adalah fakta. Galaksi 822-UT adalah buktinya.”

“Seabad lalu, dalam diam mereka membina ujikaji Abduktor Manuskrip. Prototaip cyborg mereka bertujuan untuk mendapatkan kembali karya-karya klasik yang tersorok selama lebih satu milenia. Mereka ramai. Zion memburu mereka dengan Prototaip RSG... tapi ia dimusnahkan oleh penghulu mereka di Alam Melayu.

“Kita telah hantar orang-orang terbaik mereka ke angkasa. Dengan harapan mereka akan mati. Sebaliknya berlaku gelombang perintis Abduktor Manuskrip membina tamadun mereka di atas sana.”

"Aku teringat ibarat pepatah Melayu, Dihumban ke darat jadi gunung. Dihumban ke laut jadi pulau." Mereka ini... dihumban ke angkasa jadi tamadun!"

Yahudi tua menarik nafas seperti orang menyesal, “Sepatutnya awal-awal dihumban sahaja ke matahari!”

“Suatu masa dahulu kita meracuni ilmu yang suci. Ilmu disarukan dengan keraguan, andaian, dugaan dan sangkaan sekularisme. Keraguan diangkat sebagai pemikiran tertinggi. Kebebasan adalah kemuncak nilai manusia. Kita angkat ahli fikir yang keliru, dan kita katakan itu kebenaran. Ahli bijak pandai mereka yang Benar kita tohmah dengan kesesatan. Ulama palsu kita muliakan. Agama dilawan dengan sains. Akal mengatasi kalam Tuhan. Manusia tiada kaitan dengan Tuhan dan penentu nasib mereka sendiri. Ilmu yang rosak inilah merebakkan kerosakan. Pengetahuan diangkat jadi ilmu. Maka ilmu yang benar dibiar dan terkubur dengan sendirinya.”


“Kita tahu bahawa senjata akliah kita tidak mampu menahan gelombang kerangka fikir dan filsafat mereka yang ampuh. Setiap zaman hujah kita dipatahkan. Setiap zaman mereka tetap teguh meniti zaman. Para ulama mereka yang Benar mengarang karya klasik yang menjadi leksikon, pelita agung sepanjang zaman. Alim ulama Yahudi juga belajar daripada mereka." 

"Namun bezanya mereka berlabuh atas sauh keimanan. Keraguan, andaian, sangkaan dan syak diubat dengan keyakinan janji Tuhan. Mereka membina kefahaman dengan jitu dan murni berlandaskan aliran Ahli Sunnah wal Jamaah, menyaring kembali dan menerbitkan kualiti tulen... sebagaimana kisah lama!”

“Adab dijulang tinggi, yang tiada pada kita. Wahyu diharmoni dengan akal. Khazanah digali dan digilap kembali. Ilmu mereka bertali sambung daripada guru kepada guru dan bersambung kepada Rasul mereka. Makanan mereka ilmu. Sendi mereka ibadat. Akal meninjau Kebesaran Tuhan. Sains dan teknologi menjadi alat. Dunia di tangan, bukan lagi di hati. Lidah basah dengan zikir. Gerak hidup mereka jihad yang murni. Dan pimpinan mereka dikemudi oleh sang khalifah. Orang-orang zimmi bawah mereka pun sudi bernaung tanpa banyak soal.”

"Rupa-rupanya Tuan... begitu mengenali mereka," celah Xamirthurush.

"Begitulah bangsa kita, Xamirthurush. Mana tidaknya. Ketika lahir Rasul mereka yang terakhir, pendeta kita amat kenal dia lebih daripada anaknya sendiri! Inikan pula umatnya yang hingusan ini!"

Sambung orang tua itu lagi, "Tapi... mereka ini lain. Mereka bukanlah sebarangan generasi... Mereka akan kembali ke sini nanti..." 

“Tidakkah engkau melihat semua ini, Konspirator muda? Agaknya engkau terburu-buru mahu melanggar mereka. Sedangkan tiga soalan itu sudah memadai untuk semua persoalan statistik engkau!” ujar Yahudi tua.

“Kebangkitan mereka... adalah jelmaan tamadun agung. Tamadun yang kita dengki dan benci. Tamadun yang pernah kita robek dan pijak. Mereka kini bagai penggenggam bara api yang Nabi mereka sebut. Ilmu menyinari hati. Hati menyinari hidup. Namun sekarang aku tak pasti apakah nasib kita selepas ini.”

“Tuhan bersama mereka... sedangkan kita masih terlaknat kerana lumuran darah Nabi dan jenayah kita!”

“Aku berharap benar, Pulau Malta ini simbolik buat kita. Kita menahan penangan mereka sepertimana Kesatria Biarawan St. John menghadapi Panglima Dargut atas titah Sultan Sulaiman Khan pada tahun 1565. Biar Zion jauh, pulau ini menjadi taruhan. Strategik. Utuh. Biar ia tenggelam dimamah ombak, asalkan Zion terpelihara!”

“Konspirator Xamirthurush.”

“Ya, Tuan Konspirator Agung!”

“Siapkan kesemua Konspirator Zion, wakil Ejen Masada, Ejen Salonika dan Ejen Navarino. Kita bersidang di Malta dalam 9 jam lagi di Malta. Demi Zion!”

“Demi Zion!” jawab Xamirthurush dengan bersemangat.

                   

Yahudi tua kembali dengan renungannya. Terbayang armada Uthmaniyyah terpukul  oleh Liga Kudus ratusan tahun yang lampau. Desisnya...

"Aku tahu kita takkan berjaya. Tapi aku tak akan putus asa pastikan... "

“Engkau akan tumbang...”

“Engkau akan binasa...”

“Engkau akan ranap...”

“Aku akan hancurkan engkau... Galaksi Muhsinin!”



=========================

Rujukan: 

1. Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas, (2001). Risalah untuk kaum muslimin. Insitut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam: Kuala Lumpur

2. Prickles, T., (1998). Osprey campaign  50: Malta 1565: Last battle of the crusades. Osprey Publishing: Oxford.




Wednesday, December 26, 2012

Resensi Komik Star Wars: In the Empire's Service

Star Wars merupakan gergasi dalam lapangan fiksyen sains. Bahkan, pengarahnya George Lucas telah meletakkan fiksyen sains dengan lebih popular di layar perak. Meskipun sudah lebih tiga dekad diterbitkan, Star Wars kini menjadi fenomena fiksyen sains yang sudah bertapak kukuh. Dengan jutaan peminat dari usia kanak-kanak sehinggalah dewasa, Saga Star Wars akan terus berkembang dengan 'Expanded Universe.'
                                   
Antara manifestasi perkembangan tersebut ialah melalui penerbitan komik. Saya telah mendapatkan satu naskhah Star Wars X-Wing Rogue Squadron: In the Empire's Service ketika jualan murah MPH Kuching pada 2010 yang lepas. Alhamdulillah, dengan izin-Nya, kajian tersebut dapat disambung semula pada penghujung 2012 ini. Nyata, kajian daripada cebisan karya tersebut, menunjukkan bahawa di sebalik cerita terkandung idea yang mempunyai 'complexity' yang mendalam hasil kajian pemikir Star Wars. 
Komik tersebut berlatarbelakangkan 6 bulan setelah kematian Emperor Palpatine dan stesen tempur angkasa Galactic Empire, iaitu Death Star II. Skuadron X-Wing, Rogue Squadron mengasak wilayah Empire. Akan tetapi, mereka ditentang sengit oleh 181st Fighter Division yang dipimpin oleh Baron Soontir Fel. Walaubagaimanapun, pergelutan politik dalaman Empire memberi ruang bagi New Republic (daripada Rebel Alliance) untuk meluaskan pengaruh mereka.


Kajian kecil saya ini mendapati bahawa banyak daripada elemen kapal angkasa Twin Ion Engine (TIE) milik Galactic Empire diadaptasi daripada sumber sejarah, khususnya sejarah Imperial Jepun dalam Perang Dunia II (1942-45).

Mitsubishi A6M5 Zero bersama juruterbang

Kajian tersebut dibahagikan kepada 4 bahagian, iaitu:


Telaah ini adalah hasil daripada penelitian sejak beberapa tahun, hanya 'titik-titik terpisah' itu bersambung dengan membaca komik tersebut. Kajian ini boleh dijadikan rujukan untuk membina teknik tersendiri dalam memperkasakan kualiti penulisan.

Diharapkan ada manfaatnya. Mohon segala salah dan silap. Kemanfaatan adalah daripada Allah. Kekurangan itu disandarkan kepada saya. 

Terima kasih. 

Tuesday, December 25, 2012

[SI] Resensi - Star Wars: In the Empire’s Service (Bhg. 4)


Bahagian 4: Analisa Plot Penceritaan

Entri sebelum ini:


 4.1 Pengenalan

Tripesawat Fokker Flying Circuss, 1918
Beberapa bahagian yang lepas, kita telah memperkatakan aspek-aspek analisa daripada komik Star Wars X-Wing Rogue Squadron: In the Empire’s Service. Pengkajian kita telah merangkumi perbandingan teknologi serta watak dan perwatakan elemen skuadron kapal angkasa pejuang Galactic Empire, iaitu TIE. Kita telah mengenalpasti bahawa banyak keselarian antara TIE dan sejarah Imperial Jepun, Tentera Laut Imperial Jepun (Imperial Japanese Navy - IJN) ataupun Nihon Kaigun.

Analisa terakhir ini akan mengupas tentang plot-plot yang diselitkan dalam komik tersebut, ada persamaan dengan sejarah Imperial Jepun dalam Perang Dunia II, dan juga unit ‘Red Circuis’ Baron Richthoffen ketika Perang Dunia I. 

Walaubagaimanapun, kita teruskan bahagian akhir ini dengan membicarakan secara rumusan sahaja daripada rujukan-rujukan autentik sejarah. Wacana ini membincangkan pengambilan idea bahagian plot awal dan akhir komik In the Empire’s Service.


4.2 Plot Awal: Pergeseran Tentera Jepun dan AS di Kepulauan Solomon, 1942-43
                                  
Pergeseran wilayah penguasaan (contested territory) antara skuadron X-Wing Rebel Alliance dan skuadron pejuang TIE Empire dalam bahagian awal komik merupakan pukulan serius akan kemerosotan kualiti juruterbang Empire setelah kemusnahan Death Star II di Pertempuran Endor. Juruteranbang TIE tidak mampu mengekang kemaraan Skuadron Rogue walaupun keuda-dua pihak lebih kurang sama kekuatan dari segi kuantiti. Ini menyamai situasi yang dialami oleh Tentera Imperial Jepun di kepulauan Solomon pada 1942-43.


Sejak tercetus Perang Pasifik, Tentera Imperial Jepun mara dengan pantas sekali mengarah ke selatan, setelah berjaya menakluki wilayah Amerika, British dan Belanda (Filipina, Tanah Semenanjung, Borneo dan Kepulauan Indonesia) enam bulan pertama sejak penyerangan Pearl Harbour pada penghujung 1941. Antara faktor kemenangan ialah penggempuran berterusan Tentera Laut Imperial Jepun (Nihon Kaigun) dan pihak Berikat tidak bersedia sama sekali. Pihak Berikat silap percaturan dan memandang rendah akan keupayaan kuasa baru Asia tersebut.



Antara faktor lain ialah faktor penguasaan total udara oleh pihak Jepun. Jepun yang telah berperang sejak 1937 di China, Manchuria dan Mongolia telah melahirkan handalan di kalangan Tentera Darat dan Tentera Laut. Oleh yang demikian, penglibatan ramai veteran yang pengalaman dari dua cabang tersebut telah memberikan kelebihan dalam pertembungan antara Jepun dan pihak Berikat di Pasifik. Pihak Berikat terpukul dek komunikasi dan koordinasi yang lemah sesama mereka. Juruterbang Jepun cukup digeruni atas keberanian dan serangan agresif mereka.
Kekalahan di Pertempuran Midway (Lautan Pasifik) memaksa Ibu Pejabat Imperial di Tokyo untuk memutuskan tentera mereka memperkuat perimeter pertahanan. Fokus pasca pertempuran tersebut adalah di selatan Pasifik, iaitu di kepulauan Solomon. Pergeseran yang berterusan antara Jepun dan pihak Berikat di rantau tersebut telah mengakibatkan semakin ramai para handalan tersebut terkorban.


Pertempuran Santa Cruz pada Oktober 1942 misalan, walaupun pihak Jepun tampak menang, namun demikian telah mengorbankan sebilangan besar juruterbang yang berpengalaman. Seorang handalan Jepun, Saburo Sakai; dalam memoir beliau Samurai! mengakui, keadaan medan hadapan, cuaca tropika juga menyebabkan handalan tersebut tewas kepada penyakit. Serangan berterusan atas armada konvoi bekalan menyusutkan bekalan makanan dan alat ganti yang mencukupi.

 



Kemunculan banyak model pesawat AS yang lebih ampuh dan tahan lasak seperti P-38 Lightning, F6F Hellcat dan Vought F4U Corsair di medan tempur memberikan saingan kepada handalan Jepun. Handalan Jepun telah digantikan oleh juruterabang baru yang masih mentah dalam seni menuver tempur. 

Kelemahan ini juga berpunca di peringkat latihan Yokaren juruterbang Jepun yang rigid tidak dapat melahirkan juruterbang terlatih dalam jumlah besar seperti sebelum perang. Berbanding juruterbang baru AS, mereka menempuh latihan yang mencukupi sebelum dihantar ke medan Pasifik. Lama-kelamaan, juruterabang Jepun yang mentah mendominasi segenap misi. Mereka ini pun, juga akhirnya diganyang oleh juruterbang AS yang semakin cakap beraksi.

Dalam komik tersebut, juruterbang TIE Empire tidak mampu berhadapan dengan skuadron Rogue. Tambahan pula, pertarungan berterusan telah mengorbankan banyak juruterbang TIE, termasuk skuadron 181st Fighter Division. Kerugian besar yang dialami bukanlah semata-mata kehilangan dari segi material. 
                                         

Akan tetapi kerugian yang lebih besar adalah kehilangan orang-orang yang memiliki kemahiran dan pengalaman yang sangat berharga. Kadar kematian yang tinggi di kalangan jururterbang TIE tidak memberikan peluang kepada juruterbang baru meraih pengalaman. Sebaliknya, menjadi mangsa kepada bedilan laser X-wing.


4.3   Plot Akhir: April Berdarah 1917

Saya kira pengarang komik menggunakan satu elemen penting dalam pengenalan kepada 181st Fighter Division Galactic Empire. Semua TIE Interceptor (pemintas) skuadron elit 181st Fighter Division ditandai dengan jalur merah pada panel solar pesawat tersebut. Insigna (tanda) tersebut memberikan pengenalan khusus kepada skuadron tersebut.

Komander skuadron Jasta 11, Baron Richthoffen


Jalur tersebut seakan-akan menyamai skuadron ‘Red Circuss’, skuadron pejuang terbaik Kor Udara Jerman (), Jasta 11. Keseluruhan pesawat pejuang jenis Albatross dicat dengn warna merah. Skuadron tersebut dipimpin oleh komander handalan, Baron Rittmeister Manfred Freiherr von Richthoffen yang baru berusia 24 tahun.
Ruangan Air Combat, majalah Take Off  siri30
                                      
Ruangan Air Combat majalah Take Off siri 30 (1994) Dalam April 1917 sahaja, skuadron beliau telah menjatuhkan 88 buah pesawat British, daripada keseluruhan skor Jerman 151. Bulan tersebut terkenal dengan jolokan ‘April Berdarah.’ Dalam konflik tersebut, beliau telah menjatuhkan 21 buah pesawat British.

Kehandalan beliau memaksa ketumbukan udara British, Royal Flying Corps (RFC) untuk melancarkan operasi ‘anti-Richthoffen.’ Akhirnya mereka berjaya menamatkan riwayat beliau pada 21 April 1918. Dalam keseluruhan kerjaya beliau sebagai handalan bangsa Jerman, Richthoffen telah menjatuhkan 80 buah pesawat dalam Perang Dunia I.


                   
 
Model TIE Interceptor Baron Fel, 181st Fighter Division
Didapati dalam plot akhir komik In the Empire’s Service, Rogue Squadron ternanti-nanti kemunculan Baron Soontir Fel. Kehadiran 181st Fighter Division mengekang kemaraan New Alliance di sektor Bentraal IV telah menggugat mereka. Terutama sekali Baron Fel yang begitu lincah menentang anak-anak muridnya. Baron Fel nyata sukar sekali ditumpaskan. 
TIE Baron Fel digendalakan oleh Y-Wing 
Nyaris-nyaris, komander Rogue Squadron, Kapten Wedges Antilles menjadi mangsa. Akan tetapi, dengan kerjasama skuadron tersebut, Baron Fel akhirnya tumpas juga. Plot ini hampir-hampir serupa dengan peristiwa April Berdarah 1917.


4.4 Penggulungan Bahagian 4

Sebagai maklum dalam entri-entri terdahulu, sejarah merupakan sumber idea yang baik dalam mengkayakan karya. Ini kerana sejarah ini merangkum banyak perkara. Jika memperkatakan satu hal dalam babak sejarah, pasti termasuk sekali elemen manusia seperti pemikiran, ideologi, sikap, tindak tanduk, dan konflik. Juga akan termasuk dalam babak tersebut elemen teknologi, strategi, taktik, infrastruktur, komunikasi, politik, sosial, ekonomi, sumber, dokumen, kerangka masa, tempat dan perkaitan antara satu peristiwa dengan peristiwa yang lain. 
Mungkin banyak lagi elemen tersebut yang tidak tersenarai lagi di sini. Apapun, elemen ini memberikan peluang untuk menjana idea perkara yang pernah berlaku dalam kehidupan manusia. Dan lumrah sejarah, apabila rentetan perbuatan yang menyamai peristiwa yang lepas, kejadian itu boleh berlaku pada masa akan datang. Satu persoalan yang timbul: jika fiksyen sains bersifat ‘sejarah,’ maka apakah relevan kepada halatuju genre ini? Adakah fiksyen sains yang bersifat ‘futuristik’ ataupun ‘nostalgia’? Perkara ini ada dibincangkan oleh Adam Roberts (2000) dalam Science Fiction: The New Critical Idioms. Insya-Allah akan dikupas dalam entri mendatang.

Sekian sahaja analisa Star Wars X-Wing Rogue Squadron: In the Empire's Service.  Mudahan teknik-teknik ini dapat dimanfaatkan sebaiknya. Segala yang baik datangnya daripada Allah. Jika ada kesilapan, adalah disandarkan kepada saya.

[SI] Resensi - Star Wars: In the Empire’s Service (Bhg. 3)

Bahagian 3: Analisa Juruterbang TIE dan Imperial Jepun

                                       
Pautan sebelum:



Dalam dua entri yang lepas mengenai komik Star Wars X-Wing Rogue Squadron: In the Empire’s Service, kita telah membicarakan pengenalan dan analisa teknologi TIE dan Imperial Jepun. Dalam entri kali ini pula, kita akan sambung perbincangan dalam analisa watak dan perwatakan. Kita akan membandingkan watak juruterbang TIE yang kemungkinan besar diambil idea daripada sejarah juruterbang Imperial Jepun dalam Perang Dunia II.
                                
Baron Soontir Fel, komander 181st Fighter Division
Entri Bahagian 3 ini akan memperincikan seperti yang berikut:

3.1   Pengenalan Umum Juruterbang

3.2   Doktrin Empayar

3.3   Kesetiaan kepada Maharaja dan Semangat Berkorban

3.4   Latihan & Disiplin Tinggi

3.5 Kemenangan Milik Kolektif, bukan Milik   Individu

3.6   Mementingkan Skil Menuver

3.7   Penggulungan Bahagian 3



3.1 Pengenalan Umum Juruterbang

3.1.1 Juruterbang TIE

                                   

“Trained to target and destroy, TIE fighter pilots are committed to accomplishing their missions, even if it requires self-sacrifice.”  ~Star Wars: The Ultimate Visual Guide

Secara umumnya, juruterbang dilatih di Imperial Academy di kalangan manusia tulen ataupun klon. Disebabkan kapal angkasa TIE tidak mempunyai sistem sokongan kehidupan, juruterbang TIE menggunakan sut angkasa serba hitam yang membolehkan mereka hidup.



                     Mitsubishi A6M5 bersama juruterbang

Dalam komik In the Empire’s Service, tumpuan utama diberikan kepada ketumbukan TIE elit, 181st Fighter Division bawah pimpinan Baron Soontir Fel. Cerita berlatarbelakangkan 6 bulan selepas kematian Emperor Palpatine dalam Pertempuran Endor dan kemusnahan Death Star II. New Republic yang digagaskan oleh Rebel Alliance semakin berkembang. Manakala Empire pula mengalami keretakan dek persaingan antara warlord Empire.

Ketumbukan TIE pula semakin tertekan kerana terpaksa berhadapan dengan skuadron X-Wing Rebel Alliance yang semakin cekap. Manakala dengan kerapuhan binaan TIE dan banyaknya korban juruterbang TIE, skuadron TIE semakin berkurangan di kalangan mereka juruterbang yang berpengalaman.

3.1.2 Juruterbang Imperial Jepun

Miniatur juruterbang IJN








“Theirs was the true legacy of the Imperial Japanese Naval airman; a member of a small, elite band of brethren, trained to perfection and seasoned in combat, who, for a brief moment in history, ruled the skies over Asia and the Pasific as the most formidable naval aviators in the world.” (pp. 9) ~Imperial Japanese Naval Aviator 1937-45, Osamu Tagaya (1995)

Juruterbang Imperial Jepun pernah menjadi lagenda dunia. Menurut Osamu Tagaya (1995) dalam Osprey Warrior 55: Imperial Japanese Aviator 1937-45, juruterbang Imperial Jepun sebelum Perang Dunia II dipandang rendah pada kacamata Barat. Sikap enteng dan cuai ini telah dibayar dengan harga yang mahal. Setelah Pearl Harbor telah diserang hebat pada 7 Disember 1941, barulah Barat membuka mata: mereka berhadapan dengan ketumbukan udara tentera laut handalan!

“The Imperial Navy’s cadre of pre-Pasific War veterans that had attacked Pearl Harbor and conquered Southeast Asia with such stunning speed and awesome displays of aerial skill was, for all its prowess, a fragile force lacking in depth.” (pp. 9)



Juruterbang Imperial Jepun merupakan veteran perang di China sejak 1937 dan telah mengejutkan pihak Berikat. Walaubagaimanapun, dengan peperangan yang berterusan, ditambah lagi dengan program latihan yang rigid, mengakibatkan ketumbukan juruterbang elit ini semakin hilang, digantikan dengan yang mentah dan kurang berpengalaman. Akhirnya dengan lemahnya kekuatan udara, mengakibatkan semakin hari ketumbukan ini semakin lemah, dan tidak mampu mengekang kemaraan pihak Berikat.


3.2 Doktrin Empayar

3.2.1 Juruterbang TIE 
Dalam buku Star Wars: The Ultimate Visual Guide, Windham (2007) menulis tentang sistem doktrin Empire yang menerapkan bahawa spesies asing selain manusia (alien) adalah inferior (kurang darjat):

“Under Palpatine’s rule, the Academy becomes the Imperial Naval Academy, where students are fed propaganda to believe that all alien species are inferior beings.” (p. 70)

Oleh yang demikian, keseluruhan anggota Empire adalah di kalangan manusia ataupun klon manusia. Mereka menaruh kebencian terhadap spesies asing ini.


3.2.2 Juruterbang Imperial Jepun

Manakala tentera Imperial Jepun secara umumnya didoktrin dengan fahaman bahawa bangsa selain bangsa Jepun adalah inferior, bahkan selayaknya tunduk bawah naungan pimpinan mereka. Fahaman ini berlandaskan kepada pengaruh Maharaja kepada kehidupan masyarakat Jepun.


3.3 Kesetiaan kepada Maharaja dan Semangat Berkorban

3.3.1 Juruterbang TIE

“Trained to target and destroy, TIE fighter pilots are committed to accomplishing their missions, even if it requires self-sacrifice.”  

“With no shields or life supports systems, each ship – like its pilot – is expandable.”


Dalam keterangan tentang juruterbang TIE dalam buku Star Wars: The Ultimate Visual Guide, Windham (2007) menjelaskan bahawa mereka adalah orang-orang yang komited dalam melaksanakan misi mereka, jika mengorbankan nyawa sekalipun. Dalam laman web wookiepedia.com, juruterbang TIE ditanam semangat berkorban untuk Emperor (Maharaja) Palpatine dan Empire:

“Drawing from the graduates of Imperial academies, the fleet conditioned their best prospects to be fanatically loyal to the Emperor and willing to sacrifice their lives to complete their assigned missions.”

Jika anda pernah menonton filem STAR WARS, terdapat beberapa contoh yang menonjolkan bahawa juruterbang TIE ini begitu agresif dalam menjalankan misi mereka. Kepatuhan tersebut terserlah dalam Episod V: Empire Strikes Back; skuadron TIE mengejar Milennium Falcon (dipandu oleh Han Solo dan Chewbecca) sehingga ke medan asteroid (batu-batuan di angkasa yang mengorbit bintang sistem solar). 

Milennium Falcon dikejar oleh TIE dalam Episod V: Empire Strikes Back
Medan asteroid tersebut merupakan pembunuh utama mana-mana kapal angkasa yang melaluinya, kerana pelanggaran dengan batuan kecil sekalipun boleh menghasilkan kerosakan maksima. Tanpa menghiraukan gerombolan batu-batu gergasi yang boleh menghentam TIE (yang sangat rapuh), keseluruhan skuadron telah musnah dilanggar asteroid.

                              

“They regarded themselves as expendable and were trained to regard their vehicles as the most expressive instrument of the Galactic Empire. As a result, TIE pilots were loyal and willing to die for Emperor Palpatine.”

Baron Soontir Fel merupakan seorang juruterbang handalan yang amat setia kepada Empire. Sekalipun Empire sudah kehilangan Emperor Palpatine sejak 6 bulan dan ditadbir oleh pecahan-pecahan ‘warlord,’ Baron Fel tetap setia dengan apa-apa yang berlaku di sebalik tabir politik Empire. 
                                   
Bagi Baron Fel, tugasnya adalah untuk melindungi warga Empire, bukan atas kepentingan warlord yang bertelagah. Juruterbang kanan skuadron beliau, Turr menyatakan kesanggupan mereka untuk melancarkan mutiny (dahagi - penentangan), tetapi Fel tetap berkeras dalam komik In the Empire’s Service:



“The Empire, our Empire, is tasked with saving our citizens.”


3.3.2 Juruterbang Imperial Jepun

“A mother, at least with the face she wore in public,                                                                                             was obliged to appear happy and grateful                                                                                                           to the emperor and country                                                                                                                                  for giving her son a such fine way to die.”
~Hideo Suzuki, bekas juruterbang Imperial Jepun,
Blossoms in the Wind: Legacies of the Kamikaze, Sheftall (2006)

Persamaan juruterbang Empire dan Imperial Jepun adalah kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada pemimpin (maharaja) dan semangat berkorban yang tinggi demi memelihara maruah pemimpin mereka. Dalam Osprey Warrior 55: Imperial Japanese Aviator 1937-45, juruterbang yang juga merupakan tentera Jepun merangkul prinsip ini:

“... duty is weighteir than a mountain, while death is lighter than a feather.”

Prinsip tersebut telah digariskan sebagai sumpah taat setia kepada maharaja, dikuatkuasakan oleh Maharaja Meiji pada 4 Januari 1882. Menurut Osamu Tagaya (1995), prinsip ini mencerminkan usaha bangsa Jepun untuk menerapkan semangat berjuang yang tinggi, memandangkan bangsa mereka baru sahaja lahir dari zaman feudal yang silam, dan cita-cita mereka menjadi bangsa empayar dunia. Kod kesetiaan ini membentuk asas yang menekankan:

Kamikaze... D4Y Suisei menjunam ke arah kapal AS

“... unquestioning loyalty, discipline, valor, honor, and frugality to the emperor (... kesetiaan tidak berbelah bahagi, disiplin, keberanian, maruah, dan berjimat-cermat untuk maharaja).” (p. 22-23)

Prinsip ini membuahkan satu semangat kepahlawanan yang menginspirasikan semangat keberanian (courage), berkorban (self-sacrifice) dan kepatuhan kepada tugas (devotion to duty). Semangat ini dikenal sebagai semangat bushido (the way of warrior atau tatacara kepahlawanan) menjadi falsafah asasi yang mengakar dalam jiwa ketenteraan Imperial Jepun.


Osamu Tagaya (1995) mengatakan bahawa kepercayaan Bushido mempunyai ‘sisi gelapnya’ tersendiri. Semangat Bushido mencetuskan kesetiaan tanpa soal kepada tuannya dan mengagungkan kematian demi maruah tuannya. Secara khusus, mati untuk maharaja adalah mati yang mulia.

“Having little to do with the realities of samurai conduct during civil war, it projected an idealized vision of samurai virtues, emphasizing unswerving loyalty to one’s lord and glorifying sacrificial death.” (pp. 23)

“In the context of the imperial armed forces, to die for the emperor was considered the ultimate virtue, and death in battle was a constant theme underlying the life of Japan’s fighting men.” (pp. 23)

Tidak hairanlah, dengan gabungan semangat ini, anak-anak muda Jepun sanggup menjadi sukarelawan kamikaze!

Sebuah A6M5 Zero Kamikaze hampir-hampir
menghentam kapal AS
“May our death be as sudden and clean as the shattering of a crystal.”                                              ~Juruterbang Kamikaze, Soldier: A Visual History of the Fighting Man, Col. Tim Collins (2011)

3.4     Latihan dan Disiplin Ketat

Kedua-dua rekrut juruterbang TIE dan Imperial terpaksa berhadapan dengan sistem latihan yang ‘brutal’ dan disiplin yang ketat:

3.4.1 Juruterbang TIE

“They represented the elite of the Imperial Navy, having undergone grueling physical and psychological conditioning to achieve their ranks. An elite corps, only 10 percent of TIE pilots successfully navigated the intense training and testing of the Imperial Navy.”  ~wookiepedia.com


Handalan Imperial Jepun... Saburo Sakai
3.4.2 Juruterbang Imperial Jepun

Dalam ‘membentuk perwatakan’ (building characters) rekrut IJN, buli adalah perkara biasa. Rekrut didoktrin dengan disiplin waja dan hukuman yang berat. Dalam Osprey Warrior 55: Imperial Japanese Aviator 1937-45:

“They had endured the iron discipline and brutal beatings of their cadet years and continued to preserve under fairly strict regimentation during flight training.” (pp. 31)







3.5 Kemenangan Milik Kolektif, bukan Milik Individu


Saya tidak ingat baca di mana, juruterbang TIE tidak dibenarkan untuk menuntut ataupun mendakwa kemenangan mereka (kapal angkasa musuh yang dimusnahkan) secara individu, tetapi milik skuadron bersama.

Jika benar, kriteria ini selari dengan juruterbang Tentera Laut Jepun (Imperial Japanese Navy - IJN). Menurut Henry Sakaida (2004) dalam Osprey Aircraft of the Aces 22: Imperial Japanese Navy Aces 1937-45, juruterbang Imperial Jepun ditegah daripada menuntut kemenangan individu, tetapi milik kolektif unit mereka.

 Berbeza dengan sistem di Barat (pihak Berikat, Rusia, Jerman), mereka sangat menghargai sumbangan individu, dengan sesiapa yang menjatuhkan lebih 5 pesawat, dianggap sebagai ace (handalan).

Manakala sistem di Jepun pula, mereka telah terdidik sejak di bangku sekolah untuk bekerja dan berkorban untuk kepentingan kumpulan. Sistem ini membentuk semangat berpasukan, yang amat mustahak untuk kemenangan.


3.6 Mementingkan Skil Menuver

3.6.1 Juruterbang TIE

                      
Novel STAR WARS: Death Star karangan Reaves dan Perry (2007) memaparkan penceritaan yang menarik tentang sebahagian kehidupan juruterbang TIE. Dalam novel tersebut, watak yang bernama Leftenan Komander Villian ‘Vil’ Dance yang mengepalai skuadron Alpha. Vil Dance mengakui bahawa struktur binaan TIE adalah rapuh, tetapi amat bergantung kepada skil juruterbang untuk hidup:

“To achieve its increased performace, the craft sacrifices armor, deflector shields, hyperdrive systems, and life suppor systems: pilots must rely on their skills and superior numbers to survive most engagements.”
TIE mengejar X-Wing ketika Pertempuran Yavin IV,
Episod IV: A New Hope
“They (TIE fighters) were thus fragile, but fast, an that was fine with Vil. He’d rather dodge enemy fire than hape it would be bounced off.” (pp. 5).


3.6.2 Juruterbang Imperial Jepun

Sewaktu Perang Dunia II, juruterbang Imperial Jepun terkenal sebagai juruterbang yang mempunyai skil menuver kelincahan pesawat mereka dalam mengatasi musuh. Bermula dengan Perang China 1937, para juruterbang telah meraih pengalaman mereka, yang akan berguna kelak ketika menentang kuasa Barat. 

Juruterbang Imperial Jepun telah menguasai teknik menuver lincah yang dinamakan sebagai hineri-komi yang telah menjadikan mereka lagenda apabila bertempur dengan juruterbang Amerika Syarikat dan Komanwel di Pasifik. Berikut merupakan petikan mengenai kehandalan juruterbang Imperial Jepun dalam Osprey Warrior 55: Imperial Japanese Aviator 1937-45:

“In the early months of Pasific War, this meneuver was one of the main factors in establishing the reputation of the IJN fighter pilot as a superb fighter.” (p. 61)

“In this context, the hineri-komi or twisting-in meneuver, first developed at Yokosuka Kokutai during 1934, proved to be a formidable combat tool.” (p. 46)
A6M3 Zero semasa rondaan, berpangkalan di Rabaul, 1943
“Used often during the China War and to some extent during the early month of the Pasific War, it was this meneuver, even more than the inherent meneuvrability of the fighters they flew, that established the IJN fighter pilot as a remarkable fighter.” (pp. 46)


Penggulungan Bahagian 3

'Karya' saya ketika berusia 11 tahun (1996), Dunia Perang II
Kita lihat, dengan meneliti satu segmen daripada rentetan sejarah, kita dapat merangkul banyak perkara. Terlalu banyak idea yang dapat diadaptasikan dalam pembentukan ciri watak dan perwatakan. Walaubagaimanapun, sumber ini harus dimanfaatkan secara bijak. Mengambil idea ini secara bulat-bulat mestilah ditapis dan diolah dengan cara tersendiri. Ini kerana, boleh jadi ada orang lain yang menggunakan sumber yang sama. Jika berlaku pertembungan persamaan ini, maka mungkin akan berlaku fenomena ‘stereotaip’ yang boleh menimbulkan kebosanan kerana kegersangan daripada idea baru. Jika kita membaca ataupun menonton kapal angkasa dan juruterbang TIE dalam saga Star Wars, adakah kita terperasan banyak idea diinspirasikan daripada sejarah Imperial Jepun? Jika tidak, maka George Lucas berjaya mengolahnya dengan seni fiksyen sains!

Insya-Allah akan bersambung dalam Bahagian 4 (episod akhir). Sila klik di pautan bawah.

Bahagian 4: Analisa Plot Penceritaan