Laman Utama Blogger

Ingin Menulis? Klik Sini!

Laman fb SAGA Galaksi Muhsinin

Friday, December 26, 2008

Sedang Baca


Republic Commando: Triple Zero merupakan sekuel kepada novel Republic Commando: Hard Contact. Novel ini merupakan salah satu siri yang menceritakan kehidupan tentera klon ataupun clone trooper dalam trilogi Starwars. Siri Republic Commando yang ditulis oleh Kaven Traviss telah mencapai siri yang keempat. Khabarnya, penulis sedang menyiapkan sekuel yang seterusnya yang berjudul Republic Commmando: Imperial Commando. Siri tersebut yang telah terbit ialah: Republic Commando: Hard Contact, Republic Commando:Triple Zero, Republic Commando: True Colours dan Republic Commando: Order 66.

Melalui novel ini, kita dapat mengenali clone trooper dengan lebih mendalam. Apa yang menarik ialah, Republic Commando sangat berbeza dengan clone trooper yang lain. Mereka mampu memberi arahan dan boleh bertindak dengan elit, kreatif, rasional, bebas (independent) dan luar daripada taktik konvensional clone trooper yang lain. Oleh yang demikian, mereka tidak menerima arahan bulat-bulat daripada pihak atasan. Inilah yang menjadikan saya untuk setia mengikuti cerita mereka. Saya terfikir, jika demikian sifat mereka, bagaimanakah mereka menghadapi saat Order 66 oleh Canselor Palpatine?

Triple Zero meneliti psikologi dan sejarah bangsa clone trooper yang direka oleh bangsa Kaminoa (planet Kamino di Outer Rim) diteliti dengan lebih mendalam. Mereka menyedari bahawa genetik mereka berasal daripada bangsa Mandalor daripada sampel genetik Jango Fett. Triple Zero memberikan penjelasan yang lebih terperinci akan bahasa, budaya dan cara hidup bangsa Mandalor yang hampir pupus. Kehadiran satu lagi cabang genetik dalam bangsa clone trooper, Null ARC (Advanced Recon Commando) menjadikan jalan cerita semakin menarik. Null ARC merupakan komando yang agresif dan degil, bersama-sama Republic Commando yang lain menghadapi serangan misteri pihak Separatist di planet Coruscant. Berjayakah mereka menyelesaikan konflik yang berlaku bersama jeneral Jedi yang lain? Bersama kita nantikan!

Edisi pertama siri ini ialah Republic Commando: Hard Contact yang merupakan novel rasmi kepada first game shooter keluaran Lucas Arts. Novel ini membawakan aksi pertama ketumbukan elit Galactic Republic; iaitu Republic Commando.


Siri yang lain:



Secara peribadi, saya merasakan bahawa teknologi klon mencipta manusia lain tidak mungkin akan berjaya. Secara zahir melalui trilogi STARWARS adalah manusia mampu mencipta manusia yang lain. Manusia klon ini, boleh diubahsuai dan dihapuskan jika tidak memenuhi spesifikasi pelanggan bangsa Kamnioa. Teknologi klon nyata cuba membuktikan bahawa manusia juga berupaya berkuasa seperti Tuhan; mencipta dan mematikan! Tetapi itu tidak selamanya berlaku! Insya-Allah, pada kesempatan yang lain, kita akan kupas secara mendalam pemikiran di sebalik trilogi ini, pada masa yang akan datang, insya-Allah.

No comments: