Monday, December 22, 2008
Cerita Robot di Hospital Umum Sarawak
Pada suatu hari aku menemani Ustaz Husaini ke Hospital Umum Sarawak, Kuching. Dia mengendong anaknya, sambil bertanya, "Azrul, apa dibelajar kitak di UIA (Apa yang awak belajar di UIA)?" Kami berjalan di koridor hospital, menuju ke wad pedriatik (kanak-kanak).
"Kejuruteraan Mekatronik."
"Meka? Meka apa tek. Apa dibelajar kitak ya (Meka, apakah maksudnya. Apa yang awak belajar)?"
Sambil ketawa, aku menjawab, "Hehehe. Mekatronik. Bidang tok merupakan bidang sepadu antara cabang disiplin mekanikal, elektronik dengan komputer (Mekatronik. Bidang ini merupakan bidang bersepadu antara cabang disiplin mekanikal, elektronik dan komputer)."
Tanya Ustaz, "Apa contohnya? Molah robot ka (Apakah contohnya? Adakah membina robot)?"
"Sik semata-mata robot jak Ustaz. Robot ya sebahagian kecik jak daripada mekatronik. Mekatronik tok nya boleh masok banyak disiplin (Ustaz, (mekatronik) bukan semata-mata robot. Tetapi robot ialah sebahagian kecil daripada mekatronik. Pendek kata, (bidang)mekatronik mampu untuk masuk banyak bidang yang lain)."
Darwish merengek. Ia mahukan ibunya. Si Ayah, Ustaz Husaini pula berusaha menenangkannya. Sambil ketawa kecil, aku berkata kepadanya, "Sik sabar eh mok jumpa maknya. Jaoh lagik ka wad Kak Nurul (Rupa-rupanya tak sabar dia nak jumpa ibunya! Jauh lagi wad Kak Nurul)?"
"Sik joah lagik (Tak jauh lagi)."
"Untong juak Darwish ada maknya doktor. Sakit boleh jumpa mak jak. (Untung juga Darwish ibunya seorang doktor. Sakit, jumpa saja dengan mak). Hehehe."
"Oo, kedak ya. Apa yang boleh kita belajar daripada mekatronik tok? Boleh sik kita kaitkan dengan kebesaran Allah (Oh, macam itu. Apa yang boleh kita pelajari daripada mekatronik? Adakah dapat dikaitkan dengan kebesaran Allah)?"
Pada mulanya aku tersentak. Tidak menyangka soalan itu yang timbul. Selama ini tidak pernah pun terfikir, apakah kaitan antara ilmu mekatronik dengan kebesaran Tuhan. Aku diam sejenak, merenung dalam.
Tanya Ustaz, "Ada ka?"
Aku masih terdiam. Tiba-tiba aku terfikirkan sesuatu, "Ada, ustaz. Ada."
"Antara yang dapat kita nanggar ialah contoh dalam robot. Ataupun robotik (Antara contoh yang dapat kita ambil ialah daripada robot. Ataupun erti kata lain robotik)."
Ustaz Husaini mengangguk. Aku meneruskan bicaraku, "Sebenarnya robot merupakan percubaan manusia untuk meniru ciptaan manusia di muka bumi."
"Tanggar bahagian lengan jak. Kita ada tulang, ada dagin, ada saraf, ada salur darah dan lain-lain. Tapi manusia coba juak mok molah kedak lengan. Tulang diganti dengan kerangka besi. Dagin nang sekda lah (Lihatlah pada bahagian lengan sahaja. Pada lengan, kita ada tulang, daging, saraf, salur darah dan lain-lain. Tetapi manusia membuat juga sesuatu seperti robot lengan. Tulang diganti dengan kerangka besi. Cuma sekda daging sahaja)."
"Ne ada dagin rah robot (Robot mana ada daging)," kedua-dua kami ketawa.
"Salor darah, saraf pada robot adalah litar elektrik. Salah-salah boleh sot kita. Lengan dikawal oleh otak. Sedangkan robot, lengan buatan ya dikawal oleh komputer (Salur darah, saraf pada robot adalah litar elektrik. Silap sikit kita terenjat kita. Lengan kita dikawal oleh otak. Sedangkan robot, lengan buatan itu dikawal oleh komputer)."
"Apa pun yang manusia polah, sama sekali sik akan dapat menandingi kekuasaan Allah. Manusia dapat niru jak daripada alam (Apa pun yang dibuat manusia, sama sekali tidak akan dapat menandingi kekuasaan Allah. Manusia hanya mampu meniru daripada alam)."
Ustaz mengangguk, "Hmm... menarek juak o? Sik sangka ada juak kedak ya (Menarik juga ya? Tidak sangka juga seperti itu)."
Bangunan wad semakin dihampiri. Agaknya Kak Nurul atau Dr. Nurul lulusan UNIMAS yang merupakan isteri beliau menunggu di tingkat atas. Kami akhirnya berdiri menanti pintu lif dibuka.
"Ting!" pintu lif terbuka luas. Orang berbagai ragam keluar dari ruang lif yang terhad. Kami melangkah masuk. Riak wajah Darwish menunjukkan ia mula riang, walaupun ia kurang sihat. Tentu firasat sucinya berkata-kata, ia akan menemui ibunya yang tercinta.
"Subhanallah! Tidak diciptakan sesuatu dengan sia-sia!"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment