Laman Utama Blogger

Ingin Menulis? Klik Sini!

Laman fb SAGA Galaksi Muhsinin

Monday, December 15, 2008

[GM] Aadiyat Ad-100


Aadiyat Ad-100 merupakan simbol yang sinonim kepada mujahidin. Aadiyat Ad-100 berfungsi sebagai pengangkut utama mujahidin ke medan petempuran serta memberikan tembakan sokongan kepada pasukan sahabat. Aadiyat merupakan pesawat yang serba boleh. Pesawat ini selain sebagai kenderaan pengangkut, dilengkapi dengan pelbagai jenis kelengkapan senjata.

Keberkesanan Aadiyat terbukti dengan penghantaran Detasmen Mujahidin Elit ke-15 di planet Hadid Hd-57. Aadiyat mampu menghadapi serangan berat musuh dan terbang dengan selamat ke pangkalan ataupun kapal induk. Aadiyat juga telah turut serta dalam operasi menyiasat tragedi haji di Planet Marikh serta berkhidmat dalam pertahanan ketika penyerangan pakatan Konfederasi Reconquista pada 2205. Gabungan kelajuan, mobiliti serta kuasa tempur yang tinggi membuatkan Aadiyat cemerlang dalam perkhidmatan bersama mujahidin Galaksi Muhsinin.


Aadiyat mengambil prinsip seperti dalam surah Aadiyat, surah ke-100 dalam al-Quran. Aadiyat ataupun kuda perang (cavalry) dilambangkan sebagai elemen penting dalam peperangan, sehingga hebatnya serangan, kencangnya pukulan serta kejutan dalam penyerbuan. Di sini tergabung semangat, mobiliti, kuasa tempur serta perlindungan yang cukup besar dalam menggempur musuh. Akan tetapi, reka bentuk Aadiyat adalah berdasarkan kepada konsep penciptaan nyamuk seperti dalam surah al-Baqarah, ayat ke-26. Walaupun nyamuk adalah makhluk kecil, tetapi ia merupakan tanda agung kebesaran Tuhan. Nyamuk diciptakan dengan sempurnya kewujudannya. Badannya yang ringan, bergerak bebas dan tangkas mengelak daripada gangguan musuh. Akhirnya, terhasilnya Aadiyat yang lincah, tangkas serta kukuh binaannya untuk perjuangan mujahidin Galaksi Muhsinin.



Inilah dicontohi jurutera Aadiyat. Gabungan prinsip kuda perang dan nyamuk menjadikan Aadiyat sebuah jentera tempur yang unggul.



Aadiyat kebanggaan mujahidin Galaksi Muhsinin. Mereka dihantar ke medan perjuangan diiringi semangat bersama Aadiyat, ibarat kuda-kuda berlari kencang. Tetapi bukanlah Aadiyat ataupun kudrat mujahidin yang membawa mereka kepada kemenangan, tetapi dengan izin dan kekuatan Tuhan. Misi Rahmatan lil Alamin tetap diteruskan. Mereka yakin Tuhan bersama mereka.

Profil:

Kelas : Pengangkut tempur
Enjin : Pemacu Ion Kategori III (Bersepadu)
Penerbangan: Orbital dan atmosfera (penerbangan vertikal dan horizontal)
Senjata : pelbagai guna (meriam ion, misil, mesingan)
Krew : 2
Muatan : 20 mujahidin atau 8 tan muatan
Variasi : Ambulans, Bekalan, Pengangkut Mekatempur
Produksi : Dikilangkan di Planet Anfal An-8 dan Planet Fiil Fi-105

No comments: