Laman Utama Blogger

Ingin Menulis? Klik Sini!

Laman fb SAGA Galaksi Muhsinin

Wednesday, December 31, 2008

Clone Wars: Siri TV



Clone Wars (CGI) mempunyai siri TV di Cartoon Networks. Siri ini menampilkan cerita latar terbaru, yang merupakan sekuel kepada filem CGI Clone Wars. Anda boleh dapati di siri ini di youtube.

Friday, December 26, 2008

Aksi dan Istilah


Permulaan menulis novel saifai ada cabarannya. Antaranya ialah sukar memilih istilah yang sesuai untuk menggambarkan suasana dan aksi yang berlaku. Ketika Galaksi Muhsinin ditulis, tidak ada model ataupun formula teknik huraian aksi yang baik dalam bahasa Melayu. Terkadang kita tahu watak itu melompat, melibas, menembak, tetapi memang sukar apabila ditertemahkan kepada perkataan. Namun demikian, masalah ini dapat diatasi dengan teknik yang saya gunakan: novel dan filem.

Untuk mendapatkan 'mood' ataupun 'mindsetting' saifai, saya terlebih dahulu berkali-kali menonton babak-babak tertentu dalam filem STARWARS. 'Mood' telah ada. Tetapi masalahnya, bagaimanakah saya dapat menggambarkan aksi yang berlaku dalam perkataan?



Oleh yang demikian, novel rasmi bagi filem tersebut dapat membantu. Misalan, dahulu saya membaca novel STARWARS: Revenge of the Sith di samping sering mengkaji teknik penceritaan melalui filemnya. Nyata langkah ini berkesan. Melalui novel tersebut, aksi yang diceritakan dalam filem dihuraikan dengan baik, walaupun saya dapati sebenarnya lebih banyak aksi dan psikologi tambahan diterapkan. Istilah aksi dalam bahasa Inggeris yang berguna saya terjemahkan melalui e-kamus untuk mendapatkan perkataan seerti dan dicatatkan.

Namun demikian, novel tersebut tidaklah dicedok sebulat-bulatnya, tetapi adalah sebagai panduan teknik penceritaan. Penulis saifai harus bijak menyaring unsur-unsur yang dibaca dan diolah kembali dalam kerangka yang sesuai dengan tahap pemikiran dan nilai-nilai yang kita pegang. Tugas ini tidak semudah yang disangka. Allahu'alam.

Memandaikan Bangsa Dengan Buku

Berjasa Kepada Masyarakat

Sedang Baca


Republic Commando: Triple Zero merupakan sekuel kepada novel Republic Commando: Hard Contact. Novel ini merupakan salah satu siri yang menceritakan kehidupan tentera klon ataupun clone trooper dalam trilogi Starwars. Siri Republic Commando yang ditulis oleh Kaven Traviss telah mencapai siri yang keempat. Khabarnya, penulis sedang menyiapkan sekuel yang seterusnya yang berjudul Republic Commmando: Imperial Commando. Siri tersebut yang telah terbit ialah: Republic Commando: Hard Contact, Republic Commando:Triple Zero, Republic Commando: True Colours dan Republic Commando: Order 66.

Melalui novel ini, kita dapat mengenali clone trooper dengan lebih mendalam. Apa yang menarik ialah, Republic Commando sangat berbeza dengan clone trooper yang lain. Mereka mampu memberi arahan dan boleh bertindak dengan elit, kreatif, rasional, bebas (independent) dan luar daripada taktik konvensional clone trooper yang lain. Oleh yang demikian, mereka tidak menerima arahan bulat-bulat daripada pihak atasan. Inilah yang menjadikan saya untuk setia mengikuti cerita mereka. Saya terfikir, jika demikian sifat mereka, bagaimanakah mereka menghadapi saat Order 66 oleh Canselor Palpatine?

Triple Zero meneliti psikologi dan sejarah bangsa clone trooper yang direka oleh bangsa Kaminoa (planet Kamino di Outer Rim) diteliti dengan lebih mendalam. Mereka menyedari bahawa genetik mereka berasal daripada bangsa Mandalor daripada sampel genetik Jango Fett. Triple Zero memberikan penjelasan yang lebih terperinci akan bahasa, budaya dan cara hidup bangsa Mandalor yang hampir pupus. Kehadiran satu lagi cabang genetik dalam bangsa clone trooper, Null ARC (Advanced Recon Commando) menjadikan jalan cerita semakin menarik. Null ARC merupakan komando yang agresif dan degil, bersama-sama Republic Commando yang lain menghadapi serangan misteri pihak Separatist di planet Coruscant. Berjayakah mereka menyelesaikan konflik yang berlaku bersama jeneral Jedi yang lain? Bersama kita nantikan!

Edisi pertama siri ini ialah Republic Commando: Hard Contact yang merupakan novel rasmi kepada first game shooter keluaran Lucas Arts. Novel ini membawakan aksi pertama ketumbukan elit Galactic Republic; iaitu Republic Commando.


Siri yang lain:



Secara peribadi, saya merasakan bahawa teknologi klon mencipta manusia lain tidak mungkin akan berjaya. Secara zahir melalui trilogi STARWARS adalah manusia mampu mencipta manusia yang lain. Manusia klon ini, boleh diubahsuai dan dihapuskan jika tidak memenuhi spesifikasi pelanggan bangsa Kamnioa. Teknologi klon nyata cuba membuktikan bahawa manusia juga berupaya berkuasa seperti Tuhan; mencipta dan mematikan! Tetapi itu tidak selamanya berlaku! Insya-Allah, pada kesempatan yang lain, kita akan kupas secara mendalam pemikiran di sebalik trilogi ini, pada masa yang akan datang, insya-Allah.

Akhirnya ada juga "Paperback"


Pertama kali melihat novel saifai ini, terasa ingin benar memilikinya. Akan tetapi harga novel edisi kulit keras Starwars: Death Star di pasaran tempatan adalah tetap pada RM99.90 - terlalu mahal. Alhamdulillah, kini peluang lebih cerah. Edisi paperback telah berada di pasaran dan berharga RM36.90 sahaja. Premis Kinokuniya, kini KLCC memberikan potongan harga sebanyak 20%!

Apakah istimewa mengenai Death Star? Khabarnya novel ini penuh dengan aksi yang mendebarkan. Bagaimanakah Darth Vader menghadapi sabotaj dan pengintipan ejen Rebel Alliance? Bagaimanakah Death Star disiapkan? Dan bagaimanakah akhirnya kesudahan stesen tempur ini? Kita nantikan!

Monday, December 22, 2008

Cerita Robot di Hospital Umum Sarawak


Pada suatu hari aku menemani Ustaz Husaini ke Hospital Umum Sarawak, Kuching. Dia mengendong anaknya, sambil bertanya, "Azrul, apa dibelajar kitak di UIA (Apa yang awak belajar di UIA)?" Kami berjalan di koridor hospital, menuju ke wad pedriatik (kanak-kanak).

"Kejuruteraan Mekatronik."

"Meka? Meka apa tek. Apa dibelajar kitak ya (Meka, apakah maksudnya. Apa yang awak belajar)?"

Sambil ketawa, aku menjawab, "Hehehe. Mekatronik. Bidang tok merupakan bidang sepadu antara cabang disiplin mekanikal, elektronik dengan komputer (Mekatronik. Bidang ini merupakan bidang bersepadu antara cabang disiplin mekanikal, elektronik dan komputer)."

Tanya Ustaz, "Apa contohnya? Molah robot ka (Apakah contohnya? Adakah membina robot)?"

"Sik semata-mata robot jak Ustaz. Robot ya sebahagian kecik jak daripada mekatronik. Mekatronik tok nya boleh masok banyak disiplin (Ustaz, (mekatronik) bukan semata-mata robot. Tetapi robot ialah sebahagian kecil daripada mekatronik. Pendek kata, (bidang)mekatronik mampu untuk masuk banyak bidang yang lain)."

Darwish merengek. Ia mahukan ibunya. Si Ayah, Ustaz Husaini pula berusaha menenangkannya. Sambil ketawa kecil, aku berkata kepadanya, "Sik sabar eh mok jumpa maknya. Jaoh lagik ka wad Kak Nurul (Rupa-rupanya tak sabar dia nak jumpa ibunya! Jauh lagi wad Kak Nurul)?"

"Sik joah lagik (Tak jauh lagi)."

"Untong juak Darwish ada maknya doktor. Sakit boleh jumpa mak jak. (Untung juga Darwish ibunya seorang doktor. Sakit, jumpa saja dengan mak). Hehehe."

"Oo, kedak ya. Apa yang boleh kita belajar daripada mekatronik tok? Boleh sik kita kaitkan dengan kebesaran Allah (Oh, macam itu. Apa yang boleh kita pelajari daripada mekatronik? Adakah dapat dikaitkan dengan kebesaran Allah)?"

Pada mulanya aku tersentak. Tidak menyangka soalan itu yang timbul. Selama ini tidak pernah pun terfikir, apakah kaitan antara ilmu mekatronik dengan kebesaran Tuhan. Aku diam sejenak, merenung dalam.

Tanya Ustaz, "Ada ka?"

Aku masih terdiam. Tiba-tiba aku terfikirkan sesuatu, "Ada, ustaz. Ada."

"Antara yang dapat kita nanggar ialah contoh dalam robot. Ataupun robotik (Antara contoh yang dapat kita ambil ialah daripada robot. Ataupun erti kata lain robotik)."

Ustaz Husaini mengangguk. Aku meneruskan bicaraku, "Sebenarnya robot merupakan percubaan manusia untuk meniru ciptaan manusia di muka bumi."



"Tanggar bahagian lengan jak. Kita ada tulang, ada dagin, ada saraf, ada salur darah dan lain-lain. Tapi manusia coba juak mok molah kedak lengan. Tulang diganti dengan kerangka besi. Dagin nang sekda lah (Lihatlah pada bahagian lengan sahaja. Pada lengan, kita ada tulang, daging, saraf, salur darah dan lain-lain. Tetapi manusia membuat juga sesuatu seperti robot lengan. Tulang diganti dengan kerangka besi. Cuma sekda daging sahaja)."

"Ne ada dagin rah robot (Robot mana ada daging)," kedua-dua kami ketawa.

"Salor darah, saraf pada robot adalah litar elektrik. Salah-salah boleh sot kita. Lengan dikawal oleh otak. Sedangkan robot, lengan buatan ya dikawal oleh komputer (Salur darah, saraf pada robot adalah litar elektrik. Silap sikit kita terenjat kita. Lengan kita dikawal oleh otak. Sedangkan robot, lengan buatan itu dikawal oleh komputer)."

"Apa pun yang manusia polah, sama sekali sik akan dapat menandingi kekuasaan Allah. Manusia dapat niru jak daripada alam (Apa pun yang dibuat manusia, sama sekali tidak akan dapat menandingi kekuasaan Allah. Manusia hanya mampu meniru daripada alam)."

Ustaz mengangguk, "Hmm... menarek juak o? Sik sangka ada juak kedak ya (Menarik juga ya? Tidak sangka juga seperti itu)."

Bangunan wad semakin dihampiri. Agaknya Kak Nurul atau Dr. Nurul lulusan UNIMAS yang merupakan isteri beliau menunggu di tingkat atas. Kami akhirnya berdiri menanti pintu lif dibuka.

"Ting!" pintu lif terbuka luas. Orang berbagai ragam keluar dari ruang lif yang terhad. Kami melangkah masuk. Riak wajah Darwish menunjukkan ia mula riang, walaupun ia kurang sihat. Tentu firasat sucinya berkata-kata, ia akan menemui ibunya yang tercinta.

"Subhanallah! Tidak diciptakan sesuatu dengan sia-sia!"

Monday, December 15, 2008

[GM] Aadiyat Ad-100


Aadiyat Ad-100 merupakan simbol yang sinonim kepada mujahidin. Aadiyat Ad-100 berfungsi sebagai pengangkut utama mujahidin ke medan petempuran serta memberikan tembakan sokongan kepada pasukan sahabat. Aadiyat merupakan pesawat yang serba boleh. Pesawat ini selain sebagai kenderaan pengangkut, dilengkapi dengan pelbagai jenis kelengkapan senjata.

Keberkesanan Aadiyat terbukti dengan penghantaran Detasmen Mujahidin Elit ke-15 di planet Hadid Hd-57. Aadiyat mampu menghadapi serangan berat musuh dan terbang dengan selamat ke pangkalan ataupun kapal induk. Aadiyat juga telah turut serta dalam operasi menyiasat tragedi haji di Planet Marikh serta berkhidmat dalam pertahanan ketika penyerangan pakatan Konfederasi Reconquista pada 2205. Gabungan kelajuan, mobiliti serta kuasa tempur yang tinggi membuatkan Aadiyat cemerlang dalam perkhidmatan bersama mujahidin Galaksi Muhsinin.


Aadiyat mengambil prinsip seperti dalam surah Aadiyat, surah ke-100 dalam al-Quran. Aadiyat ataupun kuda perang (cavalry) dilambangkan sebagai elemen penting dalam peperangan, sehingga hebatnya serangan, kencangnya pukulan serta kejutan dalam penyerbuan. Di sini tergabung semangat, mobiliti, kuasa tempur serta perlindungan yang cukup besar dalam menggempur musuh. Akan tetapi, reka bentuk Aadiyat adalah berdasarkan kepada konsep penciptaan nyamuk seperti dalam surah al-Baqarah, ayat ke-26. Walaupun nyamuk adalah makhluk kecil, tetapi ia merupakan tanda agung kebesaran Tuhan. Nyamuk diciptakan dengan sempurnya kewujudannya. Badannya yang ringan, bergerak bebas dan tangkas mengelak daripada gangguan musuh. Akhirnya, terhasilnya Aadiyat yang lincah, tangkas serta kukuh binaannya untuk perjuangan mujahidin Galaksi Muhsinin.



Inilah dicontohi jurutera Aadiyat. Gabungan prinsip kuda perang dan nyamuk menjadikan Aadiyat sebuah jentera tempur yang unggul.



Aadiyat kebanggaan mujahidin Galaksi Muhsinin. Mereka dihantar ke medan perjuangan diiringi semangat bersama Aadiyat, ibarat kuda-kuda berlari kencang. Tetapi bukanlah Aadiyat ataupun kudrat mujahidin yang membawa mereka kepada kemenangan, tetapi dengan izin dan kekuatan Tuhan. Misi Rahmatan lil Alamin tetap diteruskan. Mereka yakin Tuhan bersama mereka.

Profil:

Kelas : Pengangkut tempur
Enjin : Pemacu Ion Kategori III (Bersepadu)
Penerbangan: Orbital dan atmosfera (penerbangan vertikal dan horizontal)
Senjata : pelbagai guna (meriam ion, misil, mesingan)
Krew : 2
Muatan : 20 mujahidin atau 8 tan muatan
Variasi : Ambulans, Bekalan, Pengangkut Mekatempur
Produksi : Dikilangkan di Planet Anfal An-8 dan Planet Fiil Fi-105

Monday, December 8, 2008

Resensi Galaksi Muhsinin


Satu lagi bedah buku Galaksi Muhsinin. Klik di sitok*
*sitok = sini (dalam bahasa Melayu Sarawak... hehehe).