Pengenalan
Kajian ringkas ini menemukan satu keselarian dalam cerita novel Starcraft Ghost: Spectre dan tentera ekstremis Assasin yang bermazhab Syiah pecahan Isma’iliyah pada abad ke-11 sehingga abad ke-13 (tahun 1000-an sehingga 1200-an).
Adam Roberts (2000) dalam Science Fiction: The New Critical Idiom mengkritik teknik menggunakan sejarah ini
kerana bersifat ‘nostalgik’ (mengenang masa lampau) ataupun menggunakan model
masa lampau berbanding seharusnya fiksyen sains ini bersifat futuristik (ke
hadapan) dengan pembawaan yang sepatutnya berbeza. Fiksyen sains merupakan
‘ekstrapolasi’ yang memikirkan apakah spekulasi ataupun kemungkinan yang
berlaku pada masa hadapan.
Walaubagaimanapun, penggiat fiksyen sains unggulan abad ke-21 seperti Prof.
Dr. Isaac Asimov dalam trilogi Foundation adalah bayangan kebangkitan
dan kejatuhan Empayar Rom. Frank Herbert pula dalam saga Dune beliau, tidak lebih
merupakan umpama konflik para bangsawan era Zaman Gelap (medieval). George
Lucas dengan saga Star Wars banyak menggunakan analogi daripada Perang Dunia
ke-2 sepertimana telah disentuh dalam entri-entri kajian sebelum ini.
Kesemuanya ada pengaruh sejarah tertentu, tetapi ‘dibaluti’ dengan rupa yang
berbeza.
Namun demikian, tidak dinafikan bahawa sifat manusia ini kekal sama,
sebagaimana telah dikisahkan dalam al-Quran. Walau zaman berbeza, karakternya
tetap sama.
Spectre, Ghost dan Jim Raynor dalam Starcraft II
Berbalik kepada perbincangan. Dalam misi Starcraft II: Wings of Liberty,
kita merujuk kepada kisah perlawanan Jim Raynor bersama Raynor’s Raider
terhadap pemerintah empayar angkasa (Terran Dominion), iaitu Maharaja Acturus
Mengsk. Raynor melancarkan penentangan kerana melihat kelicikan dan kezaliman
Mengsk dalam mencapai cita-cita politiknya merebut kuasa bangsa manusia Terran.
Di sebalik ancaman penjarahan makhluk buas Zerg, manusia Terran sukar
sekali bersatu. Mengsk memanipulasi media, melakukan kekerasan dan pemerasan
serta berkuasa mutlak memerintah. Raynor’s Raiders dilabel sebagai pemberontak
berbahaya yang menggugat kestabilan manusia.
Namun begitu, Jim Raynor memerlukan sumber untuk meneruskan penentangan.
Maka dalam perjuangannya Raynor telah telah didatangi oleh seorang askar elit khas
Spectre berbangsa manusia Terran, iaitu Gabriel Tosh.
Spectre dan Ghost
Sepintas lalu, askar elit Spectre dan Ghost (Terran Dominion) ini adalah
sejenis askar halimunan yang ditingkatkan keupayaannya melebihi askar koloni
yang lain dan mampu melancarkan operasi khas yang rumit dan berbahaya.
Kelebihan kedua-dua jenis askar ini ialah ditingkatkan 'kuasa psi' sehingga boleh
membaca minda orang lain. Askar elit Ghost telah dibina dengan cara yang luar
batas kemanusiaan untuk menjadikan mereka ini mesin pembunuh yang tiada
berperasaan.
Untuk mengekalkan kesetiaan hanya kepada Maharaja Mengsk, askar
elit Ghost diwajibkan menjalani proses nyah-memori (memory wipe) untuk menjaga
kerahsiaan sang maharaja.
Spectre pula dianggap jauh lebih kuat dari segi kelincahan, keupayaan tempur dan ketahanan daripada askar Ghost. Tambahan pula, askar elit Spectre berbeza kerana memori lama mereka dikembalikan dengan menggunakan gas terrazine (bahan kimia fiktif Starcraft).
Kiri: Ghost Kanan: Spectre |
Spectre pula dianggap jauh lebih kuat dari segi kelincahan, keupayaan tempur dan ketahanan daripada askar Ghost. Tambahan pula, askar elit Spectre berbeza kerana memori lama mereka dikembalikan dengan menggunakan gas terrazine (bahan kimia fiktif Starcraft).
Tosh dan Raynor
Tanpa menyedari niat sebenar Tosh, Raynor pada mulanya mempercayai tawaran
tersebut. Maka dalam beberapa misinya, Raynor telah berjaya melombong mineral
berharga dan dibayar dengan pulangan lumayan. Ia menawarkan bayaran yang tinggi
kepada Jim Raynor dalam membiayai perjuangannya menghadapi Maharaja Acturus
Mengsk.
Pemimpin tentera Spectre, Gabriel Tosh |
Kanister Gas Terrazine |
Dek Pemerintah kapal angkasa gergasi Battlecruiser Hyperion |
Planet Penjara New Folsom |
Jim Raynor telah menerima kerjasama Terra Nova. Lantas, makmal tentera Spectre telah dimusnahkan. Dalam diam, Terra Nova telah meloloskan diri ke dalam markas rahsia Tosh dan membunuhnya serta-merta.
Dalam novel Starcraft Ghost: Spectre, peminat saga Starcraft akan menyelusuri akan dengan lebih mendalam apakah di sebalik Spectre dan Ghost, serta dunia askar halimunan Terran ini.
Plot novel ini amat pantas dan terdapat twist cerita yang menarik serta
penyelesaian jaringan misteri yang rumit dirungkaikan. Boleh dikatakan sebagai
novel ‘page turning’, yang menjadikan kita tertanya-tanya apakah yang terjadi
selepas ini.
Maka, adakah Spectre ini ada dasarnya dalam
catitan sejarah? Tentu ada. Iaitu ekstremis yang bermazhab Syiah Isma’iliyah,
Assasin.
Siapakah Assasin?
Dalam pengkajian mengenai fahaman menyeleweng Syiah, telah didapati bahawa
rupanya terbit daripada mazhab tersebut satu entiti tentera ekstremis yang
mengancam ketenteraman awam, iaitu Hashishin. Hashishin ini adalah tentera
rahsia fahaman dan gerakan Syiah Ismailiyah ataupun Batiniyah yang tidak
mengiktiraf ketika itu ketuanan Khilafah Abasiyah (Sunni).
Pembunuhan seorang pemimpin yang gemar bergaul dengan ulama dan penaung Imam al-Ghazali, iaitu menteri Nizhamul Muluk oleh Assasin Syiah |
Sekilas Mengenai Syiah dan Sunni
Nabi Muhammad s.a.w dalam salah satu hadith baginda s.a.w mengatakan, bahawa umat Islam akan berpecah kepada 73 bahagian, sebagaimana berpecahnya bangsa Yahudi dan Nasrani kepada 70 pecahan juga. Baginda s.a.w menyatakan bahawa kesemuanya adalah sesat, melainkan satu golongan, iaitu umat Sawadul A'zhom (umat Islam yang paling ramai). Para ulama mentafsirkan bahawa golongan ini adalah golongan Ahli Sunnah wal Jamaah ataupun Sunni yang mengikuti, memelihara, mempertahankan dan memperjuangkan tugas yang telah dibawa oleh Rasulullah s.a.w dan para Sahabat.
Penganut Syiah fanatik terhadap Sayyidina Ali. Mereka menganggap bahawa tampuk kepimpinan khilafah selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w telah dirampas oleh Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq dan Sayyidina Umar al-Khattab. Mereka amat membenci kedua-dua Sahabat besar ini.
Lebih ekstrem lagi, ada pecahan Syiah yang mengangkat darjat Sayyidina Ali ke darjat ketuhanan! Penganut Syiah mengaku mencintai Ahlul Bait (ahli keluarga Baginda s.a.w), tetapi pada masa yang sama menghina bahkan mengkafirkan di kalangan mereka seperti Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar (kedua-dua mereka mertua Nabi Muhammad s.a.w) dan Sayyidatina Aisyah (isteri Baginda s.a.w). Penganut Syiah juga mengkafirkan majoriti Sahabat melainkan beberapa orang sahaja. Begitulah sebahagian penyelewangan yang mereka rosakkan dalam agama Islam.
Menurut Majalah Q&A edisi 20, para ulama sejarah bersepakat bahawa Abdullah bin Saba' adalah pencetus kepada mazhab akidah Syiah.
Dato’ Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki, Pengerusi Yayasan Sofa Negeri Sembilan ketika satu program di Kedah, beliau menyebutkan bahawa Syiah yang merupakan ajaran yang direka oleh orang Yahudi untuk memecah-belahkan umat Islam.
Istilah Assasin dan Syiah
Hashinshin ini dikenal sejak zaman Perang Salib. Istilah ini dibawa ke Eropah oleh tentera Salib dan akhirnya telah diserap dalam Bahasa Inggeris, iaitu Assasin. Istilah ini merujuk secara umum akan entiti pembunuh yang menjadikan orang ternama seperti pemimpin negara. Tentera Assasin ini adalah rentetan daripada fahaman menyeleweng Syiah Isma'iliyah ataupun dikenal sebagai Bathiniyah. Kisah Assasin ini mula popular apabila adanya game fiksyen sains dan sejarah, iaitu Assasin's Creed yang mengkisahkan kehidupan keturunan lagenda Assasin, bermula oleh Altair ibn al-Lahd dalam perjuangan mereka konon menyelamatkan dunia. Kita akan membincang lanjut tentang apakah wajah sebenar Assasin selepas ini.

Apakah Pecahan dalam Mazhab Akidah Syiah?
Menurut Ustaz Syed Izzudin al-Munir bin Wan Kamaludin al-Aidrus ketiba program Pengajian Fardhu Ain di Miri pada Oktober 2013, beliau menjelaskan bahawa dalam 73 bahagian umat Islam tersebut, terbahagi kepada 6 kategori yang besar. Antara pecahan besar adalah mazhab Syiah. Dan Syiah sahaja sudah menyumbang kepada 39 daripada 73 golongan tersebut. Mazhab Syiah ini terdapat pelbagai aliran akidah.
Dalam buku Agenda Politik Syiah: Dendam Warisan dalam Mencari Pemimpin Umat, masakini terdapat tiga pecahan mazhab Syiah terbesar yang masih wujud, iaitu Syiah Zaidiyyah, Syiah Isma'iliyah Bathiniyah dan terbesar adalah Syiah Imamiyah Istna 'Asyarah (Syiah Imam Dua Belas).
Sejarah Ringkas ajaran Syiah
Titik permulaan sejarah berdarah Syiah ini dapat disoroti sejak zaman Khulafa' ar-Rasyidin (pemerintahan pasca kewafatan Nabi Muhammad s.a.w oleh empat Sahabat besar Nabi s.a.w). Telah ditakdirkan berlaku kekacauan bermula era pemerintahan Khalifah Sayyidina Uthman bin Affan dan kemuncaknya berlaku kepada Sayyidina Ali (moga Allah merahmati mereka).
Seorang munafik Yahudi yang berpura-pura memeluk Islam, iaitu Abdullah bin Saba' telah menimbulkan pelbagai fitnah dan mengumpulkan pengikut di kalangan umat Islam yang jahil yang terpedaya akan propagandanya. Bermula daripada itulah, pemberontakan dan fithan ditiumbulkan oleh munafik ini sehinggakan para Sahabat bertembung dalam Perang Jamal dan Perang Siffin.
Abdullah bin Saba' tidak berhenti daripada melakukan kerosakan dan penyelewengan sehingga Khalifah Sayyidina Ali telah syahid dibunuh, termasuklah juga anak beliau, iaitu Sayydina Hussein di Pertempuran Karbala. Setelah itu, orang Syiah zaman-berzaman menimbulkan kekacauan dan keharmonian. Sepanjang sejarah Islam, kaum Syiah banyak mengkhianati umat Islam dengan berpakat dengan kerajaan bukan Islam yang cuba menggugat kestabilan umat Islam. Kota Baghdad telah ditakluk oleh bangsa Mongol dengan khianatnya menteri Alqamah. Pada abad ke-16 pula, kerajaan Safawi Syiah telah bekerjasama dengan bangsa Portugis dalam mengancam kerajaan Uthmaniyyah yang bermazhab Sunni.
Dato’ Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki, Pengerusi Yayasan Sofa Negeri Sembilan ketika satu program di Kedah, beliau menyebutkan bahawa Syiah yang merupakan ajaran yang direka oleh orang Yahudi untuk memecah-belahkan umat Islam.
Istilah Assasin dan Syiah
Hashinshin ini dikenal sejak zaman Perang Salib. Istilah ini dibawa ke Eropah oleh tentera Salib dan akhirnya telah diserap dalam Bahasa Inggeris, iaitu Assasin. Istilah ini merujuk secara umum akan entiti pembunuh yang menjadikan orang ternama seperti pemimpin negara. Tentera Assasin ini adalah rentetan daripada fahaman menyeleweng Syiah Isma'iliyah ataupun dikenal sebagai Bathiniyah. Kisah Assasin ini mula popular apabila adanya game fiksyen sains dan sejarah, iaitu Assasin's Creed yang mengkisahkan kehidupan keturunan lagenda Assasin, bermula oleh Altair ibn al-Lahd dalam perjuangan mereka konon menyelamatkan dunia. Kita akan membincang lanjut tentang apakah wajah sebenar Assasin selepas ini.
Analogi Spectre dan Assasin
Pengkajian mengenai asal-usul
Assasin Syiah telah mencerahkan mentol idea, bahawa ada cerita fiksyen sains
yang hampir-hampir selari dari segi konsepnya. Boleh Spectre ini diambil model
daripada sejarah Assasin, sebagaimana Jim Raynor dan Raynor’s Raider yang
merupakan sebahagian daripada entiti peribadi Amerika dalam entri yang lepas.
Kita tinjau beberapa aspek:
Assasins' Creed |
1. Tentera Rahsia Anti-Autoriti
Spectre lahir daripada misteri projek yang ditinggalkan, iaitu Projek Shadow Blade. Projek ini ditutup kerana kesan bahan terrazine yang menyebabkan ketidakstabilan. Salah seorang operatifnya iaitu Gabriel Tosh telah meloloskan diri.

Dia menghidupkan kembali projek itu dengan bantuan bahan terrazine yang
mampu mempengaruhi operatif Ghost terran Dominion. Tenteranya sudah beroperasi
dalam mencari rekrut baru. Terra Nova adalah antara sasaran kerana watak ini
adalah antara operatif Ghost yang mempunyai kuasa minda psi yang paling tinggi.
Spectre adalah tentera rahsia yang dibina untuk melancarkan penentangan
bawah tanah. Gabriel Tosh, pengasas kepada Spectre ini menggunakan segala sumber
dan kepakaran yang ada untuk membalas dendam terhadap Mengsk. Dalam kuantiti
yang sedikit, Tosh dan gerila Spectre yang diasasnya telah menggugat cengkaman
Mengsk. Mereka bergerak secara rahsia, tetapi mensasarkan target yang bernilai
tinggi: Maharaja Dominion.
Tentera Assasin pada zaman lampau adalah tentera pemberontak yang lahir daripada fahaman Syiah Isma’iliyah ataupun Batiniyah. Tentera ini dipimpin oleh Hasan bin Sabah, juga digelar sebagai Syeikhul Jabal ataupun ‘Pempimpin di Gunung.’ Orientalis menyebutkan ia sebagai ‘Orang Tua di Pergunungan.’ Mereka menawan kubu-kubu pergunungan, antaranya di wilayah Syria dan Lubnan masakini.

Bermula daripada gerakan fahaman Bathiniyah (Syiah Isma’iliyah) yang cuba
menggugat pemerintahan seteru mereka iaitu majoriti umat Islam Sunni, gerakan
itu akhirnya telah menimbulkan kekuatan untuk menggoncang kerajaan Sunni
melalui penentangan bersenjata. Dr. Majid Irsan Kailani menyebut dalam buku
beliau, Generasi Salahuddin dan Kembalinya Jerusalem ke Pangkuan Umat Islam:
“Pada pertemuan kedua abad kelima hijriyah, gerakan ini membentuk tentera pemberontak dengan pimpinan Hasan as-Shabah. Hasan memulakan tugasnya dengan menghantar para jurupropagandanya ke pelosok Qal’atul Maut untuk memperdaya orang-orang yang baru masuk Islam, dan yang lemah pengetahuan Islamnya supaya bergabung dalam gerakannya, atas nama perjuangan membela ahlul bait.”
Pada Perang Salib, adakah Asasin ini bertarung nyawa membebaskan diri
daripada cengkaman pemerintah kerjaan Latin di Jerusalem dan sekitarnya? Tidak.
Tujuan utama perjuangan mereka adalah untuk mengkucar-kacirkan pemerintah dan
masyarakat Sunni, sekalipun tahu musuh kufar sedang menjajah negara mereka. Karen
Armstrong mengatakan hal ini dalam buku terjemahan beliau Perang Suci:
“Kaum Hashishin tidak tertarik untuk memerangi kaum Kristian. Jihad mereka ditujukan kepada kaum Muslim Sunni. Kewujudan mereka adlah sesuatu yang bermanfaat kepada Tentera Salib dalam perjuangan mereka melawan kaum Sunni di wilayah tersebut. Kaum Hashishin adalah kaum Syiah. Mereka berbeza dengan majoriti Sunni kerana menolak kesahihan khalifah Baghdad.”

Gelojak makar mereka diperakui melalui kajian Dr. Majid Irsan Kailani:
Banyaknya orang yang terkorban dek makar mereka. Prof. Dr. Hamka pula menyebut dalam buku Sejarah Umat Islam beliau tentang ekstremis ini:“Para da’i Batiniyah tersebar luas di bahagian timur dan barat negeri Islam; mereka menyeru kepada penggulingan pemerintahan Sunni, khususnya kekhalifahan Abbasiyah. Mereka telah berhasil merosakkan aqidah umat serta menyebarkan fitnah dan rusuhan. Untuk itu semua mereka tidak segan-segan membunuh tokoh-tokoh umat yang menentang aqajarannya; mereka telah membunuh beratus-ratus pemimpin seperti para menteri, ulama’, dan sultan.”
“Pengikut-pengikutnya mesti taat setia kepada Syeikhul-Jabal, dan orang-orang yang diperintahkannya supaya dibunuh mesti dibunuh, sehingga banyaknya orang-orang besar yang mati begitu sahaja, baik di jalan raya atau di dalam istananya sediri dngan tidak diketahui pembunuhnya, sehingga bertambah takutlah orang akan bahaya kaum assassin itu di mana-mana.”
Antara mangsa pembunuhan assasin adalah seorang menteri yang amat cintakan
ulama, iaitu Nizhamul Muluk, seorang pentadbir yang menaungi Imam al-Ghazali rahimahullah.
Hampir menjadi mangsa Asasin adalah seorang bintang dalam Islam, iaitu Sultan
Salahuddin al-Ayyubi, Pembebas Kota Baitulmaqdis. Begitu selari antara Spectre
dan Asasin. Mereka adalah tentera rahsia yang bergerak secara bawah tanah
membangkang autoriti yang licik, senyap dan berbahaya.
Kubu & Aktiviti Markas
Kedua-dua Spectre dan Asasin mempunyai markas tersendiri. Tosh menggunakan stesyen angkasa halimunan Gehenna, manakala kaum Asasin menggunakan kubu Alamut (di perbatasan Iraq dan Iran sekarang). Kerajaan Terran Dominion berusaha keras untuk menghapuskan gerakan Spectre, namun gagal. Di stesen inilah Tosh merekrut anggota-anggota Spectre yang baru. Pada peringkat permulaan, mereka diberi pengaruh terrazine dalam kebuk khas. Di markas ini mereka menyusun cita-cita dan strategi untuk mencapai matlamat mereka.
Manakala Asasin pula, kubu pergunungan Alamut adalah pusat utama mereka. Di kubu pergunungan inilah kaum Asasin didoktrin Syiah Isma’iliyah oleh Syeikhul Jabal mereka, iaitu Hassan bin Sabah. Kubu ini amat kebal. Beberapa generasi kaum Sunni cuba untuk menembusi, namun begitu gagal. Puas juga pemerintah Sunni (Khilafah Abbasiyah) untuk menawan dan menamatkan kebejatan Asasin, namun tidak juga berjaya. Malah, Prof. Dr. Hamka dalam Sejarah Umat Islam menceritakan, seorang penguasa, Sultan Sanjar yang bersungguh-sungguh memerangi mereka telah menemui sebuah pedang khanjar telah tertancap berdekatan jantungnya. Di pedang itu terdapat amaran keras kaum Asasin akan membunuhnya sekiranya perang terhadap mereka diteruskan.
Akhirnya kaum Asasin terbalas jua akan jenayah mereka. Bukan tentera Islam
yang benar-benar menawannya. Akan tetapi terlebih malang mereka telah
dimusnahkan oleh bangsa Mongol tanpa belas kasihan. Hal ini ada diceritakan dalam buku Buku Osprey Fortress 87: Saracen Strongholds 1100-1500, The Central and Eastern Islamic Lands karya seorang sejarawan yang banyak mengkaji tamadun Islam dengan telus, iaitu David Nicole (2009).
Ada kemungkinan bangsa Mongol mendengar kehebatan kaum Asasin ini dalam kegiatan ketenteraan mereka. mungkin juga mereka menawan kubu Alamut kerana terlalu berbahaya. Serangan ganas Mongol melemahkan mereka. Akhirnya, saki-baki dimusnahkan oleh Kerajaan Mamluk Mesir.
Kedua-dua Spectre dan Asasin mempunyai markas tersendiri. Tosh menggunakan stesyen angkasa halimunan Gehenna, manakala kaum Asasin menggunakan kubu Alamut (di perbatasan Iraq dan Iran sekarang). Kerajaan Terran Dominion berusaha keras untuk menghapuskan gerakan Spectre, namun gagal. Di stesen inilah Tosh merekrut anggota-anggota Spectre yang baru. Pada peringkat permulaan, mereka diberi pengaruh terrazine dalam kebuk khas. Di markas ini mereka menyusun cita-cita dan strategi untuk mencapai matlamat mereka.
Manakala Asasin pula, kubu pergunungan Alamut adalah pusat utama mereka. Di kubu pergunungan inilah kaum Asasin didoktrin Syiah Isma’iliyah oleh Syeikhul Jabal mereka, iaitu Hassan bin Sabah. Kubu ini amat kebal. Beberapa generasi kaum Sunni cuba untuk menembusi, namun begitu gagal. Puas juga pemerintah Sunni (Khilafah Abbasiyah) untuk menawan dan menamatkan kebejatan Asasin, namun tidak juga berjaya. Malah, Prof. Dr. Hamka dalam Sejarah Umat Islam menceritakan, seorang penguasa, Sultan Sanjar yang bersungguh-sungguh memerangi mereka telah menemui sebuah pedang khanjar telah tertancap berdekatan jantungnya. Di pedang itu terdapat amaran keras kaum Asasin akan membunuhnya sekiranya perang terhadap mereka diteruskan.
Adegan Assasin berlatih di kubu Masyaf dalam game Assasin's Creed yang pertama |
Ada kemungkinan bangsa Mongol mendengar kehebatan kaum Asasin ini dalam kegiatan ketenteraan mereka. mungkin juga mereka menawan kubu Alamut kerana terlalu berbahaya. Serangan ganas Mongol melemahkan mereka. Akhirnya, saki-baki dimusnahkan oleh Kerajaan Mamluk Mesir.
Memperdaya Orang dengan Dadah
Ejen pengkhayal ini semacam sifatnya seperti dadah. Orang yang bawah
pengaruh dadah ini hilang pertimbangan akal dan berada dalam alam fantasi
dirinya sendiri. Sedangkan ia berada dalam keadaan yang sadis dan hina
diperlakukan tanpa sedar. Anggota Spectre menjadi lebih kuat dan berkeupayaan
tinggi dalam melaksanakan misi.
Ini terbukti dalam novel Starcraft Ghost: Spectre, bahawa askar halimunan Ghost (milik Terran Dominion) seperti Terra Nova yang handal pun tidak dapat mengatasi dari segi kelincahan dan mengesan kehalimunan mereka. Namun demikian, kesan sampingannya adalah anggota Spectre dipengaruhi dengan halusinasi fantasi dan tirisan memori lama. Ramai yang menjadi tidak keruan, bahkan gila.

Kaum Assasin pula, anggotanya diberikan makan rumput ganjar (hasyis). Ganjar
adalah sejenis dadah yang mengkhayalkan. Mereka berkumpul di dalam gua di
kubu-pergunungan mereka dan dijanjikan dengan pelbagai angan-angan. Mereka
menjalankan tugasan mereka yang licik dan berbahaya.
Prof. Dr. Hamka menyebut dalam buku Sejarah Umat Islam beliau:
“Terkenal juga pengikutnya itu dengan nama ‘Hasysyasyin’, diambil mereka daripada kalimat ‘hasyisy’, ertinya rumput ganja. Sebab apabila mereka sudah diberik ‘kursus’ mereka disuruh memakan ganja sehingga mabuk, dan apabila mereka telah mabuk, mereka seakan-akan di dalam syurga layaknya dikelilingi oleh anak-anak bidadari yang cantik jelita, ke dalam gua itu; ‘dan itulah syurga!’ – kata Hasan bin Sabah. Maka menjadi bahasa yang umum terpakai di negeri-negeri Eropah dengan sebutan ‘assasin,’ yang dipergunakan untuk pembunuhan-pembunuhan kerana persengketaan politik.”

“Ahli-ahli sejarah Islam menyebutkan bahawa dalam
mempengaruhi para pengikut, mereka telah menggunakan ganja. Apabila mereka
sudah terpengaruh oleh ganja, disuruhlah mereka melakukan apa-apa yang
menjadi keinginan gerakan. Oleh sebab itu, para pengikut gerakan ini dinamakan al-Hasyasyun
(yang bererti para penghisap ganja).”
Beberapa sumber yang lain seperti Dr. Majid Irsan Kailani menyebutkan:
“Ahli-ahli sejarah Islam menyebutkan bahawa dalam mempengaruhi para pengikut, mereka telah menggunakan ganja. Apabila mereka sudah terpengaruh oleh ganja, disuruhlah mereka melakukan apa-apa yang menjadi keinginan gerakan. Oleh sebab itu, para pengikut gerakan ini dinamakan al-Hasyasyun (yang bererti para penghisap ganja).”
Walaubagaimanapun, terdapat di kalangan cendiakawan Syiah Isma'iliyah masakini yang menyangkal hal ini dengan mengatakan bahawa sejarawan Barat dan Sunni tidak jujur mereka-cipta cerita. Hal ini masih menjadi kontroversi yang masih dibahaskan. Bahkan, dalam game Assasin's Creed, perkara ini juga ada disebut, dan disangkal oleh watak al-Muallim yang mengatakan khabar angin pempimpin itu menggunakan dadah untuk mempengaruhi orang mengikuti perjuangannya.
Apapun, sejarah Assasin yang gelap ini telah menimbulkan huru-hara di kalangan umat manusia pada zamannya, terutama sekali umat Islam Sunni. Kita bersangka baik kepada ahli sejarah Islam silam yang merakamkan fakta pada zamannya dan diperturunkan oleh ahli sejarawan yang amanah. Fakta sejarah telah mencatatkan segalanya, iaitu betapa ramainya orang yang menjadi mangsa besi sejuk yang menusuk ke dalam badan manusia-manusia yang mereka anggap musuh abadi.

Akhir kalam, bicara kali ini sekali lagi menemukan kemungkinan sumber inspirasi daripada ilham sejarah kepada sebuah karya fiksyen sains yang mempunyai jutaan peminat, iaitu saga pengembaraan Starcraft yang mengkisahkan tiga bangsa-makhluk, iaitu manusia Terran, makhluk bertamadun psikik Protoss dan makhluk buas yang mahu mendominasi alam semesta, iaitu Zerg.
Ciri penentangan tentera Spectre oleh watak Gabriel Tosh begitu sinonim dengan tentera Assasin yang merupakan tentera pemberontak, pencetus anarkis yang menggugat kestabilan dan keamanan. Kedua-dua tentera ini mempunyai organisasi, cara subversif menentang kerajaan dan menggunakan bahan kimia untuk mempengaruhi manusia supaya mendokong perjuangan mereka.
Sejarah adalah sumber inspirasi yang baik. Terlalu banyak model yang terpampang untuk kita dalam jangkasa masa ribuan tahun di serata dunia ini. Semoga ada manfaatnya perkongsian kali ini. Mohon maaf salah dan silap.
Sekian, terima kasih.

No comments:
Post a Comment