Dalam genre fiksyen sains ataupun fantasi, adalah sesuatu yang lumrah terdapatnya senjata jarak dekat seperti pedang bercahaya untuk pertarungan (duel) sesama watak. Sungguhpun kisah berlegar dalam lingkungan kecanggihan teknologi, satu yang agak 'ironi' ataupun pelik, mengapa tidak bertembak-tembakan sahaja dengan senjata pemusnah dunia?
Dalam Star Wars, pedang bercahaya yang digunakan oleh kesatria Jedi dan Sith digelar sebagai 'light saber.' Senjata ini menghasilkan sejenis bilah bercahaya terhasil daripada hulu elektronik yang mengandungi kristal yang dipercayai sumber tenaga pedang tersebut. Dalam pertarungan abadi Jedi-Sith, senjata mereka dianggap 'senjata purba' oleh generasi terkemudian, yang kita dapat dengar daripada watak Han Solo yang menyaksikan Luke Skywalker berlatih dalam kapal angkasa Milennium Falcon.
Begitu juga dalam novel fiksyen sains SAGA Galaksi Muhsinin, pihak#GalaksiMuhsinin adalah salah satu pengguna senjata jenis ini. Pihak lain juga ada, seperti Maharaja Legion menggunakan elektrolembing.
Idea awal senjata jarak dekat watak Galaksi Muhsinin adalah keluarnya bilah bercahaya daripada dua tangan apabila bertarung. Hampir serupa dengan watak pahlawan Protoss Zealot dalam StarCraft. Tambahan pula, pada masa yang lebih kurang sama, sahabat saya, Tuan Firdaus Ariff yang sedang menulis novel Trilogi Kristal: Sayap Adinila (2008) menceritakan bahawa watak wira dalam karya beliau juga menggunakan konsep yang hampir sama.
Maka, konsep senjata mujahidin Galaksi Muhsinin tersebut diubahsuai. Galaksi Muhsinin terdiri daripada pelbagai bangsa, maka senjata peribadi mereka akan membentur berdasarkan senjata bangsa mereka sendiri (terutama yang pernah menjadi wilayah Islam suatu masa dahulu).
Sebagai contoh, apabila perajurit Galaksi Muhsinin berbangsa Alam Melayu meramas hulu saifion, maka akan terbitlah keris neutron yang terbina daripada zarah-zarah yang kelluar daripada hulu tersebut.
Kita ubahsuai kreativiti kita agar unik dan berbeza.
Insya-Allah, perkongsian lain bakal menyusul!
#GalaksiMuhsinin
No comments:
Post a Comment