
Baru-baru ini laman IGN telah
mengeluarkan trailer berkenaan filem AC yang akan ditayangkpan pada Disember
2016 kelak. Asasnya, kedua-dua kaum Assasin dan
Templar memang wujud dalam sejarah. Templar dalam AC adalah organisasi
terancang dengan slogan mahu mengamankan dunia dengan cara penindasan. Kononnya
dalam AC merekalah yang mendalangi pihak berkuasa atau penjajah pada masa
lampau. Manakala kaum Assasin pula merupakan pasukan yang menggagalkan usaha
Templar demi membebaskan dunia daripada kongkongan musuh mereka.
Perkaitannya dengan zaman moden adalah, pihak Templar yang bertopengkan kompeni gergasi Abstergo cuba mencari artifak teknologi purba 'Pieces of Aden' yang dianggap membolehkan mereka berkuasa. Mereka menculik waris Assasin dan mengekstrak memori moyang mereka melalui ujikaji RNA (asid ribonukleik) dalam bidang genetik untuk mencari lokasi artifak itu. Waris akan mengembara memori moyang mereka berpeluang menemui artifak yang dicari.
Jadi, apa asal-usulnya?
Templar:

Assasin:

Dasarnya mereka adalah tentera rahsia
ekstremis di kalangan kaum Syiah Ismailiyah atau Batiniyyah yang menyeleweng.
Asal disebut Hashinshin kerana mereka dikatakan memakan sejenis tumbuhan yang
mengkhayalkan bernama Hashish. Istilah ini tersebar dan diadaptasi menjadi
Assasin di lidah orang Eropah.
Sultan Salahuddin al-Ayyubi, panglima
yang ulung dalam Islam yang membebaskan Baitul Maqdis adalah antara pemuka umat
yang cuba membendung kaum yang ekstrem ini, sehinggakan nyawanya juga hampir
melayang dek perbuatan mereka. Mereka tinggal di istana atau kastil di
gunung-gunung dan mempunyai guru yang tersendiri.

Assasin dalam Assasin's Creed
Namun demikian, unsur sejarah ini
mendasari jalan ceritanya. Bermula daripada Assasin lagenda, iaitu Altair ibnul
Lahad menjadi pelopor di kalangan Assasin dan akhirnya membunuh gurunya Muallim
(yang juga namanya disebut dalam sejarah). Pembunuhan dan menyebarkan anarkis
kepada kaum Templar yang mendalangi kuasa dunia menjadi cara-gaya jalan cerita
AC.
Filem Assasin's Creed 2016
![]() |
Gambaran kerajaan Granada menyerah kalah kepada Raja Ferdinand dan Ratu Isabella pada 1492 |

Pengusiran ini telah menyebabkan
saki baki orang Islam terselamat berhijrah ke Afrika Utara. Sultan Uthmaniyyah,
iaitu Sultan Bayazid dengan bermurah hati telah menghulurkan bantuan
mengeluarkan dan menerima pelarian termasuklah orang Yahudi. Disebut oleh
sejarawan Turki, peristiwa hitam itu telah mendorong para Sultan Daulah Uthmaniyyah
menawan Eropah kerana mahu menyelamatkan umat Islam daripada penindasan
Inkuisisi di sana.
Hal ini juga mendorong bintang wira berwibawa seperti Laksamana Khairuddin Barbarossa (Si Janggut Merah) menyelamatkan ramai umat Islam di Andalusia. Beliau bersama adik-beradiknya berjuang di lautan dan menghunjamkan rasa gerun Sepanyol terhadapnya. Malangnya Laksamana Barbarossa ditohmah sebagai lanun besar, betapa para orientalis mengabui kenyataan dengan menanamkan keraguan dengan bajak laut terhadap tokoh tersebut.
Istilah Inkuisisi ini tidak terhad
kepada penindasan mereka terhadap orang Islam dan Yahudi, bahkan juga terhadap
orang seanutan yang bukan sealiran mereka sendiri. Sebagai contoh, Perang
Anutan (Wars of Religion) yang berlanjutan di Eropah selama lebih satu abad
berlangsung antara penganut Kristian Katolik dan Protestan. Pada tahun 1588,
Raja Philip Seoanyol (Katolik) ingin menawan England yang diperintah oleh Ratu
Elizabeth (Anglikan-Protestan) dengan membawa armadanya yang besar.
Ratu ungkapan masyhur Ratu Elizabeth ketika armada Sepanyol Raja Philip menghampiri pesisir Britain, "Mereka mahu menakluk kita dengan membawa inkuisisinya sekali!"
![]() |
Gambaran pelukis kontemporari akan armada Sepanyol bertempur dengan armada Inggeris pada 1588 |
Ratu ungkapan masyhur Ratu Elizabeth ketika armada Sepanyol Raja Philip menghampiri pesisir Britain, "Mereka mahu menakluk kita dengan membawa inkuisisinya sekali!"
Moga kita sebagai manusia yang
cintakan keamanan mengambil iktibar daripada peristiwa lampau. Adakala
peristiwa itu hitam dan berdarah. Maka janganlah kita mengulanginya.
![]() |
Senjata ikonik Assasin's Creed: Hidden Blade |
Begitulah sekilas kisah Assasin's
Creed. Satu karya bersepadu antara fiksyen sains dan sejarah. Ambil berat
tentang sejarah. Kecuaian kita pandang enteng terhadapnya memungkinkan kita
terkorban kerana tertusuk 'hidden blade' terhadap kita sendiri...
Trailer filem Assasin's Creed (2016):
Baca lanjut mengenai elemen Assasin
Batiniyah dalam fiksyen sains dalam novel Starcraft Ghost: Spectre di
pautan ini. Terdapat juga
perincian dan ulasan mengenai kaum Assasin dalam sejarah dalam artikel tersebut.
No comments:
Post a Comment