Laman Utama Blogger

Ingin Menulis? Klik Sini!

Laman fb SAGA Galaksi Muhsinin

Thursday, May 12, 2016

Assasin's Creed: Filem 2016


IGN baharu sahaja telah mengeluarkan trailer filem Assasin's Creed (AC) yang dijangka ditayangkan pada Disember tahun ini. Filem yang berlandaskan game seperti Xbox dan Playstation dibangunkan oleh Ubisoft mempunyai jutaan peminat di seluruh dunia.


Kerangka beberapa siri game AC memaparkan pertarungan abadi antara pihak yang ingin menguasai dunia, iaitu Templar dan konon penegak kebebasan, iaitu kaum Assasin. Kedua-dua faksi ini bertembung sejak era Perang Salib Kedua sehinggalah zaman moden.


Kononnya, pihak Abstergo yang didalangi oleh Templar mempunyai teknologi untuk mengekstrak memori nenek moyang Assasin yang boleh dibaca melalui RNA (asid ribonucleik) yang ada dalam setiap jasad manusia. Pihak Templar mahu mencari artifak 'Pieces of Eden' yang dipercayai membolehkan mereka beroleh kuasa untuk menguasai dunia. Dan untuk mendapatkan lokasi artifak ini, mereka menculik waris Assasin dan mengekstrak memori moyang Assasin.

Dasarnya, jalan cerita Assasin's Creed bertitik tolak meneroka memori nenek moyang mereka dengan seolah-olah mereka kembali ke masa lampau.
Sebelum ini, siri Assasin's Creed meneroka pertarungan sengit ini bermula daripada Altair 'ibnul Lahad (era Perang Salib), disusuli dengan Ezio (era Renaissance), Edward Kennway (era Keemasan Lanun), Connor Kennway (era Revolusi Amerika), Arno (era Revolusi Perancis) dan terkini adalah adik beradik kembar bersaudara Frye (era Victoria). 

Filem ini pula merupakan cerita lanjutan (extended story) yang belum diteroka sebelum ini, iaitu era Inkuisisi Sepanyol (usaha kerajaan Kristian Sepanyol untuk menghapuskan orang Islam dan Yahudi di Sepanyol dengan gencarnya pada abad ke-16.

                                       
Konsep Assasin's Creed agak unik. Jalan ceritanya berpadu antara fiksyen sains dan sejarah. Ada elemen fiksyen sains kerana teknologi meneroka memori nenek moyang melalui RNA. Dan bersepadu pula dengan elemen sejarah kerana waris Assasin mengembara dalam memori moyang mereka dalam jalur masa tertentu. Satu alternatif kepada 'pengembaraan masa' dengan 'mesin masa' yang boleh dikatakan mustahil dari segi saintifiknya.

Hujung tahun ini Assasin' Creed berduet dengan Rogue One: A Star Wars Story yang akan ke layar perak pada Disember 2016 ini.

Apakah Asal Usul Assasin’s Creed?

Assasin's Creed (AC) merupakan siri game Xbox dan Playstation yang dibangunkan oleh Ubisoft. Jalan ceritanya mempunyai keunikan tersendiri dengan menggabungkan elemen bersepadu fiksyen sains dan sejarah. Pertarungan antara pihak Templar dan kaum Assasin yang mempunyai landasan sejarah menjadi dasar ceritanya. Game ini mempunyai jutaan peminat di seluruh dunia. 

Baru-baru ini laman IGN telah mengeluarkan trailer berkenaan filem AC yang akan ditayangkpan pada Disember 2016 kelak. Asasnya, kedua-dua kaum Assasin dan Templar memang wujud dalam sejarah. Templar dalam AC adalah organisasi terancang dengan slogan mahu mengamankan dunia dengan cara penindasan. Kononnya dalam AC merekalah yang mendalangi pihak berkuasa atau penjajah pada masa lampau. Manakala kaum Assasin pula merupakan pasukan yang menggagalkan usaha Templar demi membebaskan dunia daripada kongkongan musuh mereka.


Perkaitannya dengan zaman moden adalah, pihak Templar yang bertopengkan kompeni gergasi Abstergo cuba mencari artifak teknologi purba 'Pieces of Aden' yang dianggap membolehkan mereka berkuasa. Mereka menculik waris Assasin dan mengekstrak memori moyang mereka melalui ujikaji RNA (asid ribonukleik) dalam bidang genetik untuk mencari lokasi artifak itu. Waris akan mengembara memori moyang mereka berpeluang menemui artifak yang dicari.

Jadi, apa asal-usulnya?

Templar:
Pihak Templar merupakan organisasi tentera elit di kalangan biarawan (monk) yang tinggal di negara Kudus (Holy State) yang ditubuhkan oleh orang Eropah setelah menakluk Jerusalem dalam Perang Salib Kedua (abad ke12). Oleh sebab ramai askar Eropah kembali ke kampung halaman, maka tentera Salib kekurangan perajurit dan menubuhkan Kesatria Biarawan Templar. Mereka bertanggungjawab untuk mengiringi rombongan pilgrim orang Eropah yang mahu ke Jerusalem.                                                                                                                                                                        Menurut sejarah, mereka mengamalkan ritual magis yang bertentangan dengan ajaran Kristian dan dianggap menyeleweng (heresy). Mereka telah menimbulkan banyak kekacauan dan melanggar perjanjian dengan pemerintah kerajaan Islam. Sebagai contoh, seorang putera bangsawan Perancis Templar bernama Reynald de Chatillon telah mengkhianati Sultan Salahuddin al-Ayyubi dengan menyerang kafilah orang Islam. Akhirnya mereka dihapuskan oleh raja-raja Eropah pada abad ke-13. Terdapat teori konspirasi mengatakan bahawa merekalah nenek moyang yang mencetuskan gerakan Freemason sehingga hari ini.











Assasin: 
Menurut sejarah, mereka enggan tunduk kepada penguasa Sunni (kerajaan Abasiyah) dengan menimbulkan kekacauan dan melaksanakan pembunuhan terhadap pemimpin, ulama mahupun orang awam. Antara mangsa kaum Assasin Batiniyah ini adalah Raja Nizam al-Muluk, iaitu pemimpin yang menaungi Imam al-Ghazali rahimahullah di Nizhamiyyah. Adakala mereka tidak 'memilih bulu' untuk membunuh pihak Islam Sunni sahaja, bahkan pihak kerajaan Kudus pun terkena tempias.

Dasarnya mereka adalah tentera rahsia ekstremis di kalangan kaum Syiah Ismailiyah atau Batiniyyah yang menyeleweng. Asal disebut Hashinshin kerana mereka dikatakan memakan sejenis tumbuhan yang mengkhayalkan bernama Hashish. Istilah ini tersebar dan diadaptasi menjadi Assasin di lidah orang Eropah.


Sultan Salahuddin al-Ayyubi, panglima yang ulung dalam Islam yang membebaskan Baitul Maqdis adalah antara pemuka umat yang cuba membendung kaum yang ekstrem ini, sehinggakan nyawanya juga hampir melayang dek perbuatan mereka. Mereka tinggal di istana atau kastil di gunung-gunung dan mempunyai guru yang tersendiri.  

Sedihnya, kaum Assasin Syiah ini dijadikan modal oleh orientalis seperti Bernard Lewis yang mengarang sebuah buku tentang Assasin untuk menyerang Islam. Katanya, inilah asal usul ikutan ekstremis bertopengkan Islam pada zaman sekarang yang suka menyebarkan keganasan. Sedangkan Assasin Batiniyah ini adalah kelompok sesat yang tidak mewakili majoriti umat Islam yang berpegang kepada aliran Ahli Sunnah wal Jamaah yang tulen dan murni. Tindakan ekstremis mereka dan seumpama mereka telah memalitkan fitnah buat Islam.




Assasin dalam Assasin's Creed

Namun demikian, unsur sejarah ini mendasari jalan ceritanya. Bermula daripada Assasin lagenda, iaitu Altair ibnul Lahad menjadi pelopor di kalangan Assasin dan akhirnya membunuh gurunya Muallim (yang juga namanya disebut dalam sejarah). Pembunuhan dan menyebarkan anarkis kepada kaum Templar yang mendalangi kuasa dunia menjadi cara-gaya jalan cerita AC.
Pembunuhan seorang pemimpin yang gemar bergaul
dengan ulama dan penaung Imam al-Ghazali, iaitu menteri
Nizhamul Muluk oleh Assasin Syiah
Kedua-dua organisasi Templar dan Assasin secara dasarnya sudah luput dalam lipatan sejarah. Organisasi ini mempunyai persamaan; iaitu ditubuhkan oleh penganut aliran yang menyimpang dan melakukan kerosakan dan keganasan. Pertarungan bagai buku bertemu ruas ini mungkin menjadi dasar yang diambil oleh Ubisoft dalam mengembangkan rangka cerita AC. Dikatakan, pihak Ubisoft amat ketat dalam menjaga ketepatan fakta sejarah yang ada dalam AC. Sehinggakan khabarnya, mana-mana watak yang dibunuh oleh AC adalah tokoh sebenar di tempat dan tarikh sebenar ia mati.

Filem Assasin's Creed 2016


Gambaran kerajaan Granada menyerah kalah kepada
Raja Ferdinand dan Ratu Isabella pada 1492
Daripada trailer filem Assasin's Creed 2016, terpapar jalur masa moyang kaum Assasin berbalik kepada era Inkuisisi Sepanyol. Maaf jika menyinggung, di sini dinyatakan fakta bukan atas landasan kebencian atau emosi. Inkuisisi atau Inquisition merupakan dasar pengusiran dan pembunuhan yang dipaksakan atas orang Islam dan Yahudi yang enggan menganut ajaran Kristian Katolik pada abad ke-15 dan abad ke-16 di Sepanyol. Setelah menyinari Andalusia (Sepanyol) dengan ilmu dan tamadun selama hampir 800 tahun, akhirnya mereka lenyap dalam sejarah.

Ini merupakan detik gelap persilangan sejarah, apabila kerajaan Granada yang menaungi orang Islam telah ditakluk oleh gabungan kerajaan Castille dan Aragon melalui kempen Reconquista. Dek kerana perpecahan politik orang Islam selama beberapa abad, mereka berupaya bangkit bersatu dan akhirnya berhasil menakluk semula Sepanyol pada tahun 1492. Akan tetapi sedihnya berlaku Inkuisisi yang amat kejam dan berdarah. Orang Islam yang disebut Moors diusir, dipenjara, diseksa dan dibunuh. Orang Yahudi juga tidak terkecuali, mereka juga mengalami nasib yang sama seperti umat Islam.  

Pengusiran ini telah menyebabkan saki baki orang Islam terselamat berhijrah ke Afrika Utara. Sultan Uthmaniyyah, iaitu Sultan Bayazid dengan bermurah hati telah menghulurkan bantuan mengeluarkan dan menerima pelarian termasuklah orang Yahudi. Disebut oleh sejarawan Turki, peristiwa hitam itu telah mendorong para Sultan Daulah Uthmaniyyah menawan Eropah kerana mahu menyelamatkan umat Islam daripada penindasan Inkuisisi di sana.

Hal ini juga mendorong bintang wira berwibawa seperti Laksamana Khairuddin Barbarossa (Si Janggut Merah) menyelamatkan ramai umat Islam di Andalusia. Beliau bersama adik-beradiknya 
berjuang di lautan dan menghunjamkan rasa gerun Sepanyol terhadapnya. Malangnya Laksamana Barbarossa ditohmah sebagai lanun besar, betapa para orientalis mengabui kenyataan dengan menanamkan keraguan dengan bajak laut terhadap tokoh tersebut.

Istilah Inkuisisi ini tidak terhad kepada penindasan mereka terhadap orang Islam dan Yahudi, bahkan juga terhadap orang seanutan yang bukan sealiran mereka sendiri. Sebagai contoh, Perang Anutan (Wars of Religion) yang berlanjutan di Eropah selama lebih satu abad berlangsung antara penganut Kristian Katolik dan Protestan. Pada tahun 1588, Raja Philip Seoanyol (Katolik) ingin menawan England yang diperintah oleh Ratu Elizabeth (Anglikan-Protestan) dengan membawa armadanya yang besar. 


Gambaran pelukis kontemporari akan armada Sepanyol
bertempur dengan armada Inggeris pada 1588

Ratu ungkapan masyhur Ratu Elizabeth ketika armada Sepanyol Raja Philip menghampiri pesisir Britain, "Mereka mahu menakluk kita dengan membawa inkuisisinya sekali!"

Moga kita sebagai manusia yang cintakan keamanan mengambil iktibar daripada peristiwa lampau. Adakala peristiwa itu hitam dan berdarah. Maka janganlah kita mengulanginya.

Senjata ikonik Assasin's Creed: Hidden Blade
Begitulah sekilas kisah Assasin's Creed. Satu karya bersepadu antara fiksyen sains dan sejarah. Ambil berat tentang sejarah. Kecuaian kita pandang enteng terhadapnya memungkinkan kita terkorban kerana tertusuk 'hidden blade' terhadap kita sendiri...

Trailer filem Assasin's Creed (2016):



Baca lanjut mengenai elemen Assasin Batiniyah dalam fiksyen sains dalam novel Starcraft Ghost: Spectre di pautan ini. Terdapat juga perincian dan ulasan mengenai kaum Assasin dalam sejarah dalam artikel tersebut.

Tuesday, May 10, 2016

[Cerita Latar] Renungan Si Zion Tua

Tahun 2205                                                                                                                               Kubu St. Elmo,                                                                                                                          Pulau Malta                                                                                                                             Bumi Lama

“Tuan, mereka telah ditemui.”

Seorang tinggi lampai beruban rambutnya, tebal bulu matanya sedang berdiri menghadap Laut Mediterranean. Angin bayu laut bertiup nyaman menerpa wajahnya. Camar berterbangan meniti air mencari mangsa di bawah alunan ombak. Suara orang muda itu tidak dipedulikannya.

“Siapa yang jumpa mereka?” tanya orang tua itu.

“Flotila Peninjau Cyborg ke-73, Tuan Konspirator Agung. Di Planet Ferum.”

“Jeneral Furious, ketua yang bongkak itu?” soalannya dijawab dengan anggukan orang kanannya.

“Tuan, saya menyangka tuan berasa gembira mereka telah ditemui. Tapi riak wajah tuan seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.”

Orang tua itu menoleh, sambil melemparkan senyuman. Orang muda itu tiba-tiba berasa gemuruh.

“Orang kita sudah menyusup?” tanya orang tua itu.

“Sebelum Jeneral Furious tiba di Planet Ferum, orang-orang kita Ejen Salonika dan Ejen Navarino sudah bertebaran dalam galaksi mereka,” jawab orang muda.

“Oh... begitu. Bagus, Konspirator Xamirthurush. Kamu memang anak jati Zion. Sentiasa di hadapan. Sentiasa meletakkan tugas daripada kepentingan peribadi. Apakah yang ingin kamu laporkan?”

“Armada mereka...”

“Saya tanya soalan tentang risikan ejen kamu, boleh?” orang tua itu tiba-tiba menyampuk. Terpaksa Konspirator muda itu menghentikan laporannya.

“Silakan, Tuan Konspirator Agung.”

“Berapa banyak buku yang mereka ada?” air muka Xamirthurush berubah kehairanan. Ia tergamam. Adakah soalan ini waras?

“Dapatan risikan kami yang akan disahkan, menurut rakyat mereka, buku-buku mereka banyaknya bagaikan bintang-bintang di langit. Kami akan kira dengan tepat bilangan buku mereka.”

“Berapa ramai bijak pandai, orang alim, ulama atau cendiakawan?” kening Konspirator muda terangkat. Kenapa tak tanya soalan pertahanan musuh?

“Dikatakan banyaknya bagai lingkaran asteroid yang bertaburan di sistem solar. Ada yang besar dan ada yang kecil, Tuan Konspirator Agung.”

“Siapa pemimpin mereka?”     

“Khalifah Zulqarnain.”

“Terima kasih. Itu sahaja.” Tuan Konspirator Agung membuang renungannya ke lautan Mediterranean yang terbentang luas. Di sebelah timur adanya Tanjung Gallow dan Teluk Bighi. Ia menoleh ke arah selatan, Kota Birgu dan Kota Sanglea yang menempatkan Kubu St. Angelo dan St. Michael.

Hanya deruan angin yang melintas dan ombak beralun berdesir mencecah tebing. Konspirator Xamirthurush memberanikan diri bersuara, “Tuan, saya hairan mengapa tidak bertanyakan kekuatan mereka? Berapa kapal kapital armada? Berapa utuh pertahanan dan tentera mereka? Ataupun apakah senjata rahsia yang mereka ada? Sebaliknya tuan bertanya akan buku, bijak pandai dan pemerintah?”

“Tuan Konspirator Agung, mereka telah ditemui. Kewujudan mereka adalah ancaman kepada Jerusalem selagi mereka masih ada. Dan kita di Pulau Malta ini lebih jauh dari Zion. Mengapa kita tidak pilih Pulau Rhodes, Crete atau Cyprus yang lebih dekat? Lakukanlah tindakan kita seperti nenek moyang kita. Kita sudah lama bersedia. Dan masanya sudah tiba!”

Orang tua itu menghela nafasnya. Pandangannya ke lautan luas tidak berganjak. “Tuan Konspirator Xamirthurush.... anak Yahudi berdarah muda. Aku amat kagum darahmu yang sentiasa mendidih. Tuhan jadikan kita bangsa paling pintar dan terpilih. Maka gunakan akalmu dahulu sebelum kudratmu!”

“Demi Zion, Tuan Konspirator Agung, segala kehidupan saya adalah untuk Zion! Tuan berkuasa memanggil Sidang Protokol Zion untuk kita bersidang!” seru anak muda itu.

Jawab si Yahudi tua, “Menurut firasatku, Jeneral Furious akan tumbang. Mereka... bukan sahaja mereka. Tapi kita semua bakal senasib seperti mereka.”

“Adakah Tuan Konspirator Agung masih dirundung dilema Holocaust? Itu konspirasi ratusan tahun lampau!” balas Xamirthurush yang kebingungan.

“Masa kita sudah berakhir, Xamirthurush. Mereka sudah bangkit. Nampaknya lagenda Abduktor Manuskrip kira-kira seabad lampau benar belaka.”

“Lagenda seabad lampau?” tanya Yahudi muda.

Orang tua itu berbicara lagi, “Ya. Lagenda itu adalah fakta. Galaksi 822-UT adalah buktinya.”

“Seabad lalu, dalam diam mereka membina ujikaji Abduktor Manuskrip. Prototaip cyborg mereka bertujuan untuk mendapatkan kembali karya-karya klasik yang tersorok selama lebih satu milenia. Mereka ramai. Zion memburu mereka dengan Prototaip RSG... tapi ia dimusnahkan oleh penghulu mereka di Alam Melayu.

“Kita telah hantar orang-orang terbaik mereka ke angkasa. Dengan harapan mereka akan mati. Sebaliknya berlaku gelombang perintis Abduktor Manuskrip membina tamadun mereka di atas sana.”

"Aku teringat ibarat pepatah Melayu, Dihumban ke darat jadi gunung. Dihumban ke laut jadi pulau." Mereka ini... dihumban ke angkasa jadi tamadun!"

Yahudi tua menarik nafas seperti orang menyesal, “Sepatutnya awal-awal dihumban sahaja ke matahari!”

“Suatu masa dahulu kita meracuni ilmu yang suci. Ilmu disarukan dengan keraguan, andaian, dugaan dan sangkaan sekularisme. Keraguan diangkat sebagai pemikiran tertinggi. Kebebasan adalah kemuncak nilai manusia. Kita angkat ahli fikir yang keliru, dan kita katakan itu kebenaran. Ahli bijak pandai mereka yang Benar kita tohmah dengan kesesatan. Ulama palsu kita muliakan. Agama dilawan dengan sains. Akal mengatasi kalam Tuhan. Manusia tiada kaitan dengan Tuhan dan penentu nasib mereka sendiri. Ilmu yang rosak inilah merebakkan kerosakan. Pengetahuan diangkat jadi ilmu. Maka ilmu yang benar dibiar dan terkubur dengan sendirinya.”


“Kita tahu bahawa senjata akliah kita tidak mampu menahan gelombang kerangka fikir dan filsafat mereka yang ampuh. Setiap zaman hujah kita dipatahkan. Setiap zaman mereka tetap teguh meniti zaman. Para ulama mereka yang Benar mengarang karya klasik yang menjadi leksikon, pelita agung sepanjang zaman. Alim ulama Yahudi juga belajar daripada mereka." 

"Namun bezanya mereka berlabuh atas sauh keimanan. Keraguan, andaian, sangkaan dan syak diubat dengan keyakinan janji Tuhan. Mereka membina kefahaman dengan jitu dan murni berlandaskan aliran Ahli Sunnah wal Jamaah, menyaring kembali dan menerbitkan kualiti tulen... sebagaimana kisah lama!”

“Adab dijulang tinggi, yang tiada pada kita. Wahyu diharmoni dengan akal. Khazanah digali dan digilap kembali. Ilmu mereka bertali sambung daripada guru kepada guru dan bersambung kepada Rasul mereka. Makanan mereka ilmu. Sendi mereka ibadat. Akal meninjau Kebesaran Tuhan. Sains dan teknologi menjadi alat. Dunia di tangan, bukan lagi di hati. Lidah basah dengan zikir. Gerak hidup mereka jihad yang murni. Dan pimpinan mereka dikemudi oleh sang khalifah. Orang-orang zimmi bawah mereka pun sudi bernaung tanpa banyak soal.”

"Rupa-rupanya Tuan... begitu mengenali mereka," celah Xamirthurush.

"Begitulah bangsa kita, Xamirthurush. Mana tidaknya. Ketika lahir Rasul mereka yang terakhir, pendeta kita amat kenal dia lebih daripada anaknya sendiri! Inikan pula umatnya yang hingusan ini!"

Sambung orang tua itu lagi, "Tapi... mereka ini lain. Mereka bukanlah sebarangan generasi... Mereka akan kembali ke sini nanti..." 

“Tidakkah engkau melihat semua ini, Konspirator muda? Agaknya engkau terburu-buru mahu melanggar mereka. Sedangkan tiga soalan itu sudah memadai untuk semua persoalan statistik engkau!” ujar Yahudi tua.

“Kebangkitan mereka... adalah jelmaan tamadun agung. Tamadun yang kita dengki dan benci. Tamadun yang pernah kita robek dan pijak. Mereka kini bagai penggenggam bara api yang Nabi mereka sebut. Ilmu menyinari hati. Hati menyinari hidup. Namun sekarang aku tak pasti apakah nasib kita selepas ini.”

“Tuhan bersama mereka... sedangkan kita masih terlaknat kerana lumuran darah Nabi dan jenayah kita!”

“Aku berharap benar, Pulau Malta ini simbolik buat kita. Kita menahan penangan mereka sepertimana Kesatria Biarawan St. John menghadapi Panglima Dargut atas titah Sultan Sulaiman Khan pada tahun 1565. Biar Zion jauh, pulau ini menjadi taruhan. Strategik. Utuh. Biar ia tenggelam dimamah ombak, asalkan Zion terpelihara!”

“Konspirator Xamirthurush.”

“Ya, Tuan Konspirator Agung!”

“Siapkan kesemua Konspirator Zion, wakil Ejen Masada, Ejen Salonika dan Ejen Navarino. Kita bersidang di Malta dalam 9 jam lagi di Malta. Demi Zion!”

“Demi Zion!” jawab Xamirthurush dengan bersemangat.

                   

Yahudi tua kembali dengan renungannya. Terbayang armada Uthmaniyyah terpukul  oleh Liga Kudus ratusan tahun yang lampau. Desisnya...

"Aku tahu kita takkan berjaya. Tapi aku tak akan putus asa pastikan... "

“Engkau akan tumbang...”

“Engkau akan binasa...”

“Engkau akan ranap...”

“Aku akan hancurkan engkau... Galaksi Muhsinin!”



=========================

Rujukan: 

1. Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas, (2001). Risalah untuk kaum muslimin. Insitut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam: Kuala Lumpur

2. Prickles, T., (1998). Osprey campaign  50: Malta 1565: Last battle of the crusades. Osprey Publishing: Oxford.