[Transmisi Bermula]
Diasaskan pada akhir Era Kompeni, Empayar Sibernatik Cyborg berdiri atas pengkhianatan Majistret Revanche dalam revolsi mereka menumbangkan Kompeni ILUMINATI kepada koloni lain. Dengan janji manis daripada Orang Zion, maka tertubuh Empayar Sibernatik Cyborg dengan Maharaja Revanche menjadi pemimpin empayar baru ini bermula 2106.
Bermula era gelap manusia di angkasa dengan penguasaan bangsa cyborg, iaitu manusia bersepadu dengan mesin dan jentera demi melangsungkan hidup.
Maharaja Legion dalam novel fiksyen sains Galaksi Muhsinin (cetakan semula 2016) merupakan maharaja keempat Empayar. Setelah 100 tahun meluaskan kekuasaan, Empayar menguasai lapan galaksi dalam kluster galaksi jiran Bima Sakti. Dalam meluaskan Empayar, Maharaja Empayar mewarisi dendam lama daripada maharaja pertama: iaitu mencari koloni Galaksi Muhsinin.
Pemerintahan kediktatoran mutlak Maharaja Empayar merupakan jelmaan firaun yang pernah berkonfrontasi dengan Rasul Allah Nabi Musa alaihissalam. Kuasanya tidak terbatas, sejajar dengan pengakuan diri sebagai tuhan mentadbir alam semesta. Pemberontakan dikawal dengan Cip Doktrin Empayar dan menukarkan manusia lelaki menjadi cyborg, persis seperti firaun yang membunuh bayi lelaki di kalangan Bani Israil. Tentera mekanikalnya bermaharajalela tanpa ada kemanusiaan, tidak ubah umpama tentera firaun yang diceritakan di dalam al-Quran.
Pemburuan Jeneral Furious akan koloni Athens telah membawanya ke satu galaksi yang diselubungi misteri. Tanpa ia sedari, keangkuhannya di Planet Ferum bakal membawa padah.
[Transmisi Berakhir]
Ingin tahu lanjut? Ayuh miliki novel Galaksi Muhsinin (2016)!
Boleh tempah online di: http://pts.com.my/buku/galaksi-muhsinin/