Mungkin generasi kini tidak lagi mendengar game fiksyen sains ini, iaitu Command and Conquer General yang dibangunkan oleh EA Games. Secara khusus, game ini memaparkan imej Islam akan tentera teroris Global Liberation Army, GLA. Pihak selebihnya adalah tentera Amerika Syarikat dan China. Berkemungkinan besar, GLA adalah sinonim kepada pengganas al-Qaeda.


![]() |
'Pasar Gelap' ataupun bangunan Black Market GLA. Apakah
motif meletakkan kubah atasnya. Kerana kubah adalah simbol
Islam.
|
Betapa game juga berbahaya jika tidak ada tapisan dan sensitiviti serta maruah kita. Betapa sehingga tahap ini agama Islam yang luhur diperkotak-katikkan. Perbuatan tidak bertanggungjawab itu menambah lagi imej buruk akan Islam.
![]() |
Unit Rebel, tidak jauh beza dengan mujahidin Afghanistan |
Islam mengajar kita keamanan dan kesejahteraan. Islam mengajar kita untuk maju berlandaskan landasan-Nya. Islam melarang kita melakukan perkara ekstrem. Jihad dilancarkan ada peraturan, adab dan hadnya yang telah ditonjolkan oleh Sayyiduna Nabi Muhammad s.a.w dan para Sahabat Baginda s.a.w.
Jika ada orang yang mengaku Islam yang melakukan perbuatan ekstrem, maka kesalahan itu sepatutnya bukan dilemparkan kepada agama Islam yang suci lagi luhur, tetapi penganutnya yang jahil akan hakikat Islam dalam kehidupan.
No comments:
Post a Comment