Hologram Hijrah 2.1: Menjejak Artifak Cakera
Hologram Hijrah 2.2: Berada dalam Stesen
Perimeter Hadapan,
Stesen Syuhada,
Planet Nasr Ns-105.
“Anakku...”
Sayup-sayup kedengaran suara itu di radio interkom
Markov. Ia tidak menyedari suara itu ditujukan kepadanya. Bisiknya, “Musuh
berkekuatan satu kompeni. Bijak. Mereka berpecah kepada beberapa seksyen.
Tetapi mereka mendarat di arah selatan, tempat terhempasnya shuttle.” Markov
meneliti daripada visor helmet sut tempurnya. Senjata masih kemas tersisip di
pinggangnya.
Desis Markov dalam hati, “Marin mekanikal ini agak
berbeza. Mungkin ini adalah versi yang ditingkat upaya. Terdapat bacaan
radioaktif pada jasad mereka.”
Katanya lagi dalam hati, “Mungkin juga model baru
ini menggunakan sisa nuklear dalam memantapkan aloi balistik armor dan raifal
tempur marin mekanikal?”
“Anakku Markov...”
Markov tersedar, “Maaf, Tuan Qutuz. Saya sedang
memerhati pergerakan musuh. Pasti mereka mempunyai marin mekanikal tambahan.
Biasanya sebuah kapal kapital Verwusten
membawa tentera mekanikal sehingga bersaiz rejimen. Kita tidak mampu bertahan
lama jika mereka menghantar kesemuanya.”
Angin planet Nasr Ns-105 menghembus deras. Mereka
tidak merasakan akan deruannya. Tetapi terukur di tolok tekanan udara pada sut
masing-masing. Markov, Kamal, dan mujahidin-mujahidin tua itu berbaris dalam
jarak yang jarang-jarang di perimeter hadapan benteng stesen.
Di belakang mereka, Markov meletakkan satu alat
mini di atas lantai. Markov menekan punat pada gajet hologram yang dibawanya
ketika bermula hijrah dari bulan Curie, Planet Bavatros di salah satu wilayah
Empayar Sibernatik Cyborg. Zarah-zarah biru bergerak semula dari titik
pemancarnya. Zarah-zarah yang pada mulanya bergerak secara rawak kemudian mengemaskini
susunan imej maya. Zarah-zarah lebih jelas lagi dengan pemancaran sinar biru.
Gajet itu memancarkan peta taktikal tiga dimensi
yang memaparkan kedudukan stesen, topografi, jarak dan pergerakan musuh. Data
gajet disambungkan kepada turet meriam berkaliber tinggi mengawasi stesen.
Musuh bergerak perlahan dalam kumpulan-kumpulan mengikut seksyen platun,
merapati stesen yang menjadi perlindungan suspek mereka.
“Ingat, wahai anakku. Kemenangan tidak datang dengan
bilangan yang banyak. Tetapi dengan pengharapan yang tinggi kepada Allah, Tuhan
Rabbul Jalil.” Tuan Qutuz menoleh kepada Markov, sambil itu mengacukan senjata
‘antik’ pada pandangan Markov.
Markov tersentak, “Faham, Tuan.” Matanya masih
lagi mengunci pergerakan musuh.
“Saya kehairanan, mengapa Serdadu ini banyak berkaki dua? ”
“Serdadu?
Maksud tuan, marin mekanikal ada jenis yang banyak kaki? ” Pergerakan musuh
masih dipantau. Mereka masih bergerak dengan perlahan-lahan, menunjukkan
komander ini sangat berhati-hati supaya elemen kejutan tidak hilang. Itulah
doktrin tempur marin mekanikal yang sudah masak dihadam oleh Ejen Muhsinin
seperti Markov.
Qutuz berkata dengan nada yang rendah, “Kira-kira
seratus tahun lampau, stesen ini adalah stesen terakhir yang melindungi konvoi
terakhir Amir Koloni Muhsinin. Pertempuran dahsyat berlaku di sini. Sejurus
selepas pengkhianatan Revanche, semua serdadu
Kompeni VOCAD menjadi miliknya. Serdadu
Maharaja Revanche yang berkaki empat menyerbu dengan bilangan seluas mata
memandang.”
Qutuz berhenti sejenak, kedengaran suaranya tersekat-sekat kerana air mata kesedihan berlinangan di matanya. “Dan kami adalah Batalion Syuhada yang hanya menginginkan syahid demi generasi mendatang...”
Qutuz berhenti sejenak, kedengaran suaranya tersekat-sekat kerana air mata kesedihan berlinangan di matanya. “Dan kami adalah Batalion Syuhada yang hanya menginginkan syahid demi generasi mendatang...”
Markov menoleh, “Batalion Syuhada? Kompeni VOCAD?
Bukankah sebelum Empayar Sibernatik Cyborg, koloni-koloni dinaungi oleh Kompeni
ILUMINATI? Langsung tidak termaktub dalam sejarah Galaksi Muhsinin! Sejarah
sebenar Galaksi Muhsinin tiada siapa yang tahu. Kami masih tercari-cari dari
manakah asal-usul kami. Tentunya tuan ketika itu adalah seorang anak kecil.”
“Kami adalah para pendamba syahid yang paling muda.
Namun Tuhan mentakdirkan sebaliknya. Nampaknya, sejarah Galaksi Muhsinin harus
ditulis kembali. Saya bimbang, sejarah generasimu sudah terpesong. Lebih
membimbangkan, cerita ini dilitupkan oleh Ejen Zion yang licik.”
“Ceritakan lagi, Tuan Qutuz, saya ingin
mengetahui!” Penggera berbunyi di radio interkom masing-masing. Gajet hologram peta
taktikal Markov berbunyi.
“Tuan, musuh sudah dalam jarak bidikan semua
senjata kita.” Markov mengaktifkan subrevolver, subNur-24Enya. Magazin katrij
caj dimasukkan. Subrevolver bersaiz pistol laser dipasangkan kepada perumah,
rahang mencengkam senjata itu. Kini senjatanya berfungsi seperti submesingan.
Kaliber dan jarak tenangan bertambah menghampiri jarak tenangan raifai Nur-24.
Seru Tuan Qutuz, “Semua mujahidin sekalian,
bersedia! Semoga Allah bersama kita!” Semuanya bersemangat menghadapi musuh,
kecuali seorang. Kamal, di sisinya sepucuk senjata diberikan Markov. Tetapi ia
duduk terketar-ketar di belakang benteng perimeter, seperti menunggu nasib
dijatuhi hukuman mati.
Kapal Kapital Kruis Verwusten, ‘Hospodar’
Orbit tinggi Planet Nasr Ns-105
“Saya mahukan status kompeni marin mekanikal,”
arah Mejar Gros.
“Kesemua unit telah mendarat persis dua kilometer,
ralat 10 meter setiap unit. Kesemua sistem dalam keadaan normal. Pek tenaga
tambahan masih maksimum setelah pendaratan. Shuttle yang terhempas telah
kosong. Mereka disahkan dalam stesen.”
“Bergerak dengan berhati-hati. Beruntung musuh
kita kali ini, sengaja mendarat di hemisfera bintang hampir terbenam. Serangan
pada waktu malam akan memaksa marin mekanikal menggunakan penderia malam, gajet
tersebut akan menggunakan lebih banyak tenaga. Adakah Unit 101 telah mendarat?”
“Belum, Tuan. Mereka menunggu arahan. Bagaimana
jika ALGORITMA ta -”
Sampuk Mejar Gros, “Tahu? Selamanya mereka tidak
akan tahu. Ini adalah misi rahsia. Ejen kita telah menghilangkan data, unit ini
telah diwartakan musnah ketika Perang Galaksi Muhsinin 2205.”
Mejar Gros tersengih, “Itu amat mudah bagi kami
Ejen Navarino. Sekadar menghilangkan data ringkas, mudah macam buang sampah
sahaja!” Ujarnya dengan angkuh.
Di hadapan Mejar Gros terdapat hamparan visual
taktikal yang menunjukkan setiap seksyen-seksyen platun kompeni marin mekanikal
yang diturunkan. Topografi; bentuk muka bumi planet jelas sekali. Setiap
pergerakan unit dilihatnya.
“Arahkan semua unit untuk bersedia menyerbu. Kita
sedang mengejar Ejen Muhsinin. Boleh jadi ia berbahaya. Hanya baru-baru ini
kita sedar rupanya mereka banyak menyusahkan kita... dan tidak kurang licik
juga! Pastikan ia tidak terlepas lagi!”
Stesen Syuhada,
Planet Nasr Ns-105.
“Tuan Qutuz, ada bacaan seismik menunjukkan ada
beberapa gegaran susulan di utara stesen. Anehnya tidak ada coret api yang lain
selain kompeni musuh di hadapan kita ini,” lapor Markov.
“Aneh. Tidak pernah berlaku gegaran gempa bumi di
planet ini. Kita harus lebih berhati-hati. Ahmad, periksa perimeter tersebut,”
Qutuz mengarahkan salah seorang temannya ke bahagian utara stesen. Pertahanan
perimeter selatan berkurangan seorang.
Tuan Qutuz menyambung kisahnya, “Setelah Koloni
Muhsinin berhijrah, seluruh keluarga Kompeni VOCAD telah dihapuskan oleh
Maharaja Revanche ketika penubuhan Empayar Sibernatik Cyborg dahulu. Setelah
beberapa ketika, tidak ada yang menyangka stesen ini masih ada manusia bernyawa,
kerana begitu dahsyat gempuran serdadu
Empayar. Dan satu lagi, lantaran bencinya mereka kepada Koloni Muhsinin,
bandar-bandar planet ini dibedil dengan senjata termonuklear dengan meriam
angkasa gergasi tinggalan VOCAD.”
“Kami bersembunyi di kawasan pergunungan,
sehinggalah saki-baki marin mekanikal pergi. Mereka tidak merasakan ada nilaian
strategik di sini. Syukur kepada Allah, kami masih dapat bergerak meredah
radiasi dengan perlindungan sut ini. Tetapi hairan, mereka kembali lagi ke
sini. Pasti ada sesuatu yang mereka cari.”
Ikon-ikon musuh merapati, tertera pada gajet
hologram. Tuan Qutuz diam, lalu menumpukan perhatiannya semula kepada musuh,
“Mereka sedang memasuki barisan pertama turet. Biarkan mereka menceroboh.”
Perimeter 1,
Luar Stesen Syuhada
Planet Nasr Ns-105
Seunit pegawai cyborg menggenggam jari-jemari
logamnya. Di tangan kirinya tersemat senjata Oto-Gauss(N) yang dipaut dengan
jemari gelungan elektromagnet. Genggam bermaksud berhenti. Pegawai itu mengubahsuai
fokus pajera laser mata kirinya. Manakala mata-mata sintetiknya yang lain
berperanan mengumpul maklumat persekitaran. Ia melihat dengan jelas ‘Stesen X’
berada di medan hadapan.
Seorang pegawai cyborg bertanya kepadanya,
“Mengapakah Mejar Gros tidak membedil sahaja stesen ini? Kalau mereka mati,
kita sudah menang!”
“Mejar Gros sedang memburu seorang suspek perisik
musuh Empayar, iaitu Ejen Muhsinin Markov. Ejen itu membawa maklumat tentang
kita. Dan... ia mempunyai sesuatu yang tidak ternilai harganya kepada Empayar.”
Menggunakan respirator berpenapis, Leftenan Yofel
berkata kepada salah seorang pegawai cyborgnya, “Terlalu senyap. Mara.” Kesemua
unit marin mekanikal mara ke hadapan.
Tiba-tiba bacaan seismik penderia Leftenan Yofel
meingkat dengan mendadak, “Apa?” Serta-merta tanah bergoncang. Tanah yang bergetar merekah dan keluarlah turet bawah tanah yang membedil
dengan deras.
Turet-turet sebarisan menyusul memuntahkan
peluru-peluru berkaliber tinggi. Dalam sekelip mata,
banyak marin mekanikal rebah mengalami kerosakan maksima.
Benteng Perimeter,
Stesen Syuhada
Planet Nasr Ns-105
Seorang mujahidin tua
menembak ke arah sarjan cyborg, seraya bertempik,“Allahu Akbar! Senjata antik ini tidak dapat menembusi
badan serdadu.” Raifal pada awal Era
Empayar itu tidak dapat
menyekat musuh dengan efektif. Satu demi satu turet di hadapan dimusnahkan oleh marin mekanikal. Musuh semakin mara ke
hadapan.
Bisik Markov, “Allah,
Allah, bantulah kami!” Kiraan pembilang katrij caj SubNur-24E menunjukkan bilangan pelurunya semakin
berkurang.
“Allahu Akbar!” Para
mujahidin di perimeter hadapan membidik dengan tepat. Markov menarik picu lantas katrij caj mengecas
subNur-24E. Terpancarlah sinaran proton yang bertenaga tinggi. Sinaran ini memadukan kedua-dua tenaga
kinetik dan termal. Paduan ini menghasilkan kuasa memusnah.
Gajet hologran Markov
berbunyi lagi. Muncul imej tiga dimensi, kali ini seolah-olah hujan api menimpa mereka. Markov tergamam.
Tuan Qutuz juga melihat alamat musibah itu.
“Apakah strategi kita,
Tuan Qutuz?”
Tuan Qutuz menjawab
dengan tenang, “Allah bersama kita. Jangan risau, kita akan berangkat sebentar sahaja lagi. Ahmad sedang
mengaktifkannya. Bersabarlah!”
Luar Perimeter 2,
Stesen Syuhada,
Planet Nasr Ns-105
Di sebalik simpang-siur
berbalas tembakan, sayup-sayup kedengaran suara Mejar Gros terputus-putus di telinga sintetik komander
kompei, “Leftenan Yofel, saya daratkan satu batalion. Satu kompeni mengandungi elemen Marin Mekanikal
IV.”
"Baik, tuan! Kami
perlukan bedilan senjata berat mereka. Senjata mereka gagal menembusi armor kami, kecuali
turet dan senjata tenaga Galaksi Muhsinin. Kami mengalami kerosakan maksima pada awalnya, tetapi jurutera mekanikal
begitu tangkas membaiki keadaan.Nampaknya
Ejen Muhsinin tidak keseorangan.”
Gambar hiasan |
Leftenan Yofel duduk membongkok.
Desir peluru mengenai armor depan badannya. Peluru itu melantun dan jatuh ke tanah. Tiba-tiba alur sinaran
biru hampir tepat mengenainya. Ia mengelak,
tetapi terkena jurutera mekanikal yang mengiringinya.
Kaki unit itu hancur.
Seunit jurutera mekanikal lain bergegas membaiki ‘rakan’nya yang gugur sementara. Cyborg yang tempang itu diganti
dan dikimpal kakinya. Kemudian ia bangkit kembali.
“Teruskan tembakan!
Mara, demi Maharaja!” seru Leftenan Yofel. Seruan itu hanya kepura-puraan.
Mejar Gros menukar saluran
berkod rahsia kepada Leftenan Yofel daripada kapal kapitalnya, katanya, "Gempur, Ejen Navarino. Engkau adalah patriot Neo-Konstatinopel, ejen berganda Zion. Cakera itu adalah segalanya. Jangan ada yang terlepas.”
“Demi Fajar Renaisans!” balas
Leftenan Yofel. “Semua platun,
bersedia untuk melakukan taktik loncatan trajektori!”
Benteng Perimeter,
Stesen Syuhada
Planet Nasr Ns-105
“Anakku, mereka berundur!”
Kamal yang menggigil
mendongak melihat panorama di perimeter hadapan. Jeritnya dengan gembira, “Wah, mereka sudah berundur! Banyaknya
bangkai robot! Kita menang!” Matanya
bercahaya, dadanya terjungkit gembira melepas kelegaan.
“Tidak, Tuan Qutuz. Mereka cuba memperdaya kita. Nampaknya mereka akan
menyerang dengan taktik lompatan
trajektori. Sambung Markov, “Kita mesti berundur. Turet kita tidak dapat mendongak ke atas.”
Kata Tuan Qutuz, “Tentu mereka akan melompat tinggi untuk memasuki
perimeter ini. Jika mereka
berjaya, terlalu ramai musuh akan menyukarkan kita. Satu-satunya cara
menghalang adalah mengganggu larian mereka sebelum lompatan
trajektori.”
Tiba-tiba Ahmad,
mujahidin tua yang mengaktifkan pengangkutan mereka melaporkan, “Tuan Qutuz, enjin ion perlukan masa lagi
untuk diaktifkan.” Kelihatan debu-debu yang berterbangan seolah-olah selubung kabus terhasil oleh larian
gerombolan musuh di hadapan perimeter.
Kata Tuan Qutuz, “Kita
perlukan sedikit masa sahaja lagi. Saya minta kamu memberikan tembakan perlindungan kepada
saya.”
“Apa, Tuan Qutuz? Tuan
mahu melewatkan mereka dengan menyerbu seorang diri?”
“Kami dengar dan kami
taat!” balas para mujahidin tua. Peta hologram menunjukkan gerombolan musuh berhenti berundur hampir satu
kilometer dari stesen.
“Sepatutnya perjuangan ini adalah bebanan kami orang-orang muda! Biar saya yang gempur!”
“Sepatutnya perjuangan ini adalah bebanan kami orang-orang muda! Biar saya yang gempur!”
Penggera gajet hologram
Markov berbunyi lagi. Objek-objek bak api dari langit mendarat menghempas sasaran serentak. Seolah-olah
gempa bumi berlaku. Tanah terbungkas. Debu-debu berterbangan. Gegaran seismik dilaporkan dari semua arah melingkungi
Stesen Syuhada. Kini musuh sudah
berkekuatan satu batalion.
“Masa kami hampir tamat. Kalian adalah penerus generasi. Pewaris kepada misi yang mulia, Misi Rahmatan llil 'Alamiin. Kita tiada masa,
anakku.”
Luar Stesen SyuhadaRadius 1 kilometer
Planet Nasr Ns-105
“Semua unit, Demi
Empayar, serang!” Bisik Leftenan Yofel, “Engkau tidak akan terlepas
kali ini, Ejen Muhsinin!”
Gambar hiasan |
Unit-unit mekanikal mula memecut dari halaju
sifar. Debuan berterbangan, memukul pasir menerbitkan
aura bak badai melanda. Gerombolan marin mekanikal berlari dengan halaju tinggi untuk meraih tenaga
kinetik yang maksima. Mereka menuju ke sasaran yang telah ditetapkan.
Leftenan Yofel menukar mod penglihatan kepada
penderia infra merah dan pandangan malam. Visualnya
jelas walaupun di hadapannya awanan debu daripada larian unit hadapan.
Tiba-tiba visualnya terganggu.
Alur-alur cahaya terbit daripada senjata tenaga Ejen Muhsinin mula
menghujani gerombolan marin mekanikal.
Beberapa unit marin di hadapannya rebah, lantas pegawai cyborg itu sempat menukar haluannya, tetapi mengganggu pecutan
taktik trajektori.
Sekali lagi visualnya terganggu. Pajera laser di mata kirinya terfokus
kepada sesuatu di benteng musuh.
Sempat terdetik di fikirannya, “Apakah cahaya terang di sana?” Tiada siapa yang
dapat menghalang mereka kali ini.
Benteng Perimeter,
Stesen Syuhada
Planet Nasr Ns-105
Gajet hologram sudah dipaut di pek belakang
sutnya. Namun kadang-kadang matanya terpaku kepada sebentuk jiwa yang bercahaya
dengan cita-cita tertinggi bagi seorang yang mabuk cinta. Jiwa tua yang bercahaya
itu menggempur bak ombak ganas menghempas pantai. Terdengar ia dalam interkom:
Terlalu
lama aku merindu, Wahai
cahaya alam yang indah!
Seiring itu, Markov mendengar sayup-sayup bacaan
zikir yang tiada terputus-putus. Tanpa disedari, matanya dilinangi air mata. Mengapa
begitu lama ia sudah tidak mendengar madah indah ini? Mungkin itulah cahaya
cinta yang membuatnya menyerah jiwa tanpa berkira!
Luar Benteng Perimeter,
Stesen Syuhada
Planet Nasr Ns-105
Si mujahidin tua Tuan Qutuz berlari menggempur, menghunuskan
keris neutron sundang 7 lok di tangan kanan. Manakala badik netron sebelah kiri.
Seunit marin mekanikal yang sedang berlari ditetaknya, tercabutlah kepala marin
itu, melayang ke udara.
Seunit pegawai cyborg memesong lompatan
trajektori, ke arah mujahidin tua. Lantaran itu ia disambut libasan keris
neutron, terbelah dua dan terlentang di medan pertempuran. Tuan Qutuz menikam
dengan badik neutron torso tentera mekannikal tersebut. Justeru mujahidin itu
bermadah,
Engkau di negeri Abadi, Sedangkan aku di sini,Apalah erti hidup ini lagi,Aku hanya ingin bertemu,Wahai sebaik-baik,Wahai semulia-mulia,Wahai seagung-agung insan!
Getaran runtunan syair cinta dilafazkan
menambahkan keamatan cahaya yang terbit daripada sut si mujahidin tua. Melihat
banyak lagi marin mekanikal yang sedang mara, Tuan Qutuz memusnahkan unit demi
unit marin mekanikal. Ia menyerbu dengan kepantasan luar baiasa menerkam
mangsanya bak singa yang lapar.
Tanpa Tuan Qutuz sedari, seunit Skuad Tangan Hitam
menaiki cerun berdekatan dan cuba memerangkap si mujahidin tua itu dari
belakang. Seorang pegawai cyborg longlai setelah bilahan cahaya keris neutron
itu menembusi rusuknya. Sasaran di hadapan. Sut mujahidin Tuan Qutuz mengesan musuh, lalu menoleh ke belakang.
Gambar hiasan |
Ujar unit Skuad Tangan Hitam, “Pernah dengar lagu ‘Anak
Kecil Main Api’?” Lantas ia melepaskan lontaran jet api yang deras. Skuad
Tangan Hitam itu melakukan simulasi ketawa, sambil berkata, “Aku akan masak
otak engkau sampai garing.”
Alangkah terkejutnya musuh separuh mesin itu,
sebuah lembaga pantas muncul dan keluar dari naungan api dan menetak tangannya
dan memancung kepalanya.
Tuan Qutuz pantas menerkam, melibas, memancung
dengan tangkas tentera-tentera mekanikal, sambil bermadah,
Terlalu lama aku merindu, Wahai cahaya alam yang indah!
Tuan Qutuz mahu meneruskan langkahnya, tetapi kedengaran
suara sahabatnya Ahmad di interkom, “Tuan Qutuz, melaporkan gerbang hangar
telah diletupkan. Tetapi tidak ada tanda musuh! Kita sudah hampir siap
berlepas. Masanya untuk berangkat.”
“Baiklah Tuan Ahmad!”
Benteng Perimeter,
Stesen Syuhada
Planet Nasr Ns-105
“Tuan Qutuz sedang berlari menuju ke arah benteng perimeter.
Teruskan tembakan perlindungan!” kata seorang lagi mujahidin tua. Di tangannya
memegang senjata tenaga subNur-24E milik Ejen Markov. “Allahu Akbar, tinggal
magazin terakhir.” Sebutir peluru sesat mendarat di bahunya, menyebabkan
mujahidin tua itu terjatuh di hadapan Kamal bersama senjatanya. Mujahidin tua
itu mengerang dengan suara yang perlahan menahan kesakitan.
Kamal tersentak. Ia yang masih meringkuk di
belakang benteng melihat, di manakah Tuan Qutuz berada. Terbeliak matanya
melihat seorang mujahidin tua sedang berlari pantas menujut benteng pertahanan.
Ia hairan, cahaya putih yang melingkari sut mujahidin tua itu semakin
bercahaya. “Ah, malunya aku! Mereka yang sudah tua bangka ini masih
menginginkan kematian yang mulia. Aku pula pengecut tidak berbuat apa-apa.”
Tiba-tiba Markov muncul. “Tuan Qutuz, kemari!” Markov menghulurkan tangannya, disambut dan naik ke benteng. Beberapa unit marin mekanikal mendarat berdekatan, tetapi dilibas dengan saifion Markov.
Tiba-tiba Markov muncul. “Tuan Qutuz, kemari!” Markov menghulurkan tangannya, disambut dan naik ke benteng. Beberapa unit marin mekanikal mendarat berdekatan, tetapi dilibas dengan saifion Markov.
“Allah!” Seru Tuan Qutuz. Beberapa peluru sesat
menembusi sut mujahidinnya dan mengalirkan cairan darah yang pekat. Pada saat
terkepung sebegini, Tuan Qutuz menunjukkan jalan-jalan rahsia menuju ke hangar.
Manakala, sektor demi sektor benteng perimeter telah ditembusi oleh marin
mekanikal.
Benteng Perimeter,
Stesen Syuhada
Planet Nasr Ns-105
Seunit sarjan cyborg melaporkan, “Leftenan Yofel,
gegaran kuat dilaporkan di hangar, sebelah Barat stesen. Verwusten melaporkan
atap hangar telah terbuka, mungkin musuh akan berlepas ke angkasa tidak lama
lagi!”
“Ayuh cari mereka, Heil Maharaja!”
Insya-Allah bersambung dengan bahagian akhir dalam kadar yang segera sebelum Ramadhan 1433H, insya-Allah....
1 comment:
Yargh! Akhirnya sambungannya sudah keluar. Dah lama tunggu!
Post a Comment