Tahun 2205 Kubu St. Elmo, Pulau Malta Bumi
Lama
“Tuan, mereka telah ditemui.”
Seorang tinggi lampai beruban rambutnya, tebal bulu matanya sedang berdiri
menghadap Laut Mediterranean. Angin bayu laut bertiup nyaman menerpa wajahnya.
Camar berterbangan meniti air mencari mangsa di bawah alunan ombak. Suara orang muda itu
tidak dipedulikannya.
“Siapa yang jumpa mereka?” tanya orang tua itu.
“Flotila Peninjau Cyborg ke-73, Tuan Konspirator Agung. Di Planet Ferum.”
“Jeneral Furious, ketua yang bongkak itu?” soalannya dijawab dengan
anggukan orang kanannya.
“Tuan, saya menyangka tuan berasa gembira mereka telah ditemui. Tapi riak
wajah tuan seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.”
Orang tua itu menoleh, sambil melemparkan senyuman. Orang muda itu
tiba-tiba berasa gemuruh.
“Orang kita sudah menyusup?” tanya orang tua itu.
“Sebelum Jeneral Furious tiba di Planet Ferum, orang-orang kita Ejen
Salonika dan Ejen Navarino sudah bertebaran dalam galaksi mereka,” jawab orang
muda.
“Oh... begitu. Bagus, Konspirator Xamirthurush. Kamu memang anak jati Zion.
Sentiasa di hadapan. Sentiasa meletakkan tugas daripada kepentingan peribadi.
Apakah yang ingin kamu laporkan?”
“Armada mereka...”
“Saya tanya soalan tentang risikan ejen kamu, boleh?” orang tua itu
tiba-tiba menyampuk. Terpaksa Konspirator muda itu menghentikan laporannya.
“Silakan, Tuan Konspirator Agung.”
“Berapa banyak buku yang mereka ada?” air muka Xamirthurush berubah
kehairanan. Ia tergamam. Adakah soalan ini waras?
“Dapatan risikan kami yang akan disahkan, menurut rakyat mereka, buku-buku
mereka banyaknya bagaikan bintang-bintang di langit. Kami akan kira dengan
tepat bilangan buku mereka.”
“Berapa ramai bijak pandai, orang alim, ulama atau cendiakawan?” kening
Konspirator muda terangkat. Kenapa tak tanya soalan pertahanan musuh?
“Dikatakan banyaknya bagai lingkaran asteroid yang bertaburan di sistem
solar. Ada yang besar dan ada yang kecil, Tuan Konspirator Agung.”
“Siapa pemimpin mereka?”
“Khalifah Zulqarnain.”
“Terima kasih. Itu sahaja.” Tuan Konspirator Agung membuang renungannya ke
lautan Mediterranean yang terbentang luas. Di sebelah timur adanya Tanjung
Gallow dan Teluk Bighi. Ia menoleh ke arah selatan, Kota Birgu dan Kota Sanglea
yang menempatkan Kubu St. Angelo dan St. Michael.
Hanya deruan angin yang melintas dan ombak beralun berdesir mencecah
tebing. Konspirator Xamirthurush memberanikan diri bersuara, “Tuan, saya hairan
mengapa tidak bertanyakan kekuatan mereka? Berapa kapal kapital armada? Berapa
utuh pertahanan dan tentera mereka? Ataupun apakah senjata rahsia yang mereka
ada? Sebaliknya tuan bertanya akan buku, bijak pandai dan pemerintah?”
“Tuan Konspirator Agung, mereka telah ditemui. Kewujudan mereka adalah
ancaman kepada Jerusalem selagi mereka masih ada. Dan kita di Pulau Malta ini
lebih jauh dari Zion. Mengapa kita tidak pilih Pulau Rhodes, Crete atau Cyprus
yang lebih dekat? Lakukanlah tindakan kita seperti nenek moyang kita. Kita
sudah lama bersedia. Dan masanya sudah tiba!”
Orang tua itu menghela nafasnya. Pandangannya ke lautan luas tidak
berganjak. “Tuan Konspirator Xamirthurush.... anak Yahudi berdarah muda. Aku
amat kagum darahmu yang sentiasa mendidih. Tuhan jadikan kita bangsa paling
pintar dan terpilih. Maka gunakan akalmu dahulu sebelum kudratmu!”
“Demi Zion, Tuan Konspirator Agung, segala kehidupan saya adalah untuk
Zion! Tuan berkuasa memanggil Sidang Protokol Zion untuk kita bersidang!” seru
anak muda itu.
Jawab si Yahudi tua, “Menurut firasatku, Jeneral Furious akan tumbang.
Mereka... bukan sahaja mereka. Tapi kita semua bakal senasib seperti mereka.”
“Adakah Tuan Konspirator Agung masih dirundung dilema Holocaust? Itu
konspirasi ratusan tahun lampau!” balas Xamirthurush yang kebingungan.
“Masa kita sudah berakhir, Xamirthurush. Mereka sudah bangkit. Nampaknya
lagenda Abduktor Manuskrip kira-kira seabad lampau benar belaka.”
“Lagenda seabad lampau?” tanya Yahudi muda.
Orang tua itu berbicara lagi, “Ya. Lagenda itu adalah fakta. Galaksi 822-UT
adalah buktinya.”
“Seabad lalu, dalam diam mereka membina ujikaji Abduktor Manuskrip.
Prototaip cyborg mereka bertujuan untuk mendapatkan kembali karya-karya klasik
yang tersorok selama lebih satu milenia. Mereka ramai. Zion memburu mereka dengan
Prototaip RSG... tapi ia dimusnahkan oleh penghulu mereka di Alam Melayu.
“Kita telah hantar orang-orang terbaik mereka ke angkasa. Dengan harapan
mereka akan mati. Sebaliknya berlaku gelombang perintis Abduktor Manuskrip
membina tamadun mereka di atas sana.”
"Aku teringat ibarat pepatah Melayu, Dihumban ke darat jadi gunung. Dihumban ke laut jadi pulau." Mereka ini... dihumban ke angkasa jadi tamadun!"
Yahudi tua menarik nafas seperti orang menyesal, “Sepatutnya awal-awal dihumban
sahaja ke matahari!”
“Kita tahu bahawa senjata akliah kita tidak mampu menahan gelombang
kerangka fikir dan filsafat mereka yang ampuh. Setiap zaman hujah kita dipatahkan. Setiap zaman mereka tetap teguh meniti zaman. Para ulama mereka yang Benar mengarang
karya klasik yang menjadi leksikon, pelita agung sepanjang zaman. Alim ulama
Yahudi juga belajar daripada mereka."
"Namun bezanya mereka berlabuh atas sauh
keimanan. Keraguan, andaian, sangkaan dan syak diubat dengan keyakinan janji
Tuhan. Mereka membina kefahaman dengan jitu dan murni berlandaskan aliran Ahli
Sunnah wal Jamaah, menyaring kembali dan menerbitkan kualiti tulen...
sebagaimana kisah lama!”
“Adab dijulang tinggi, yang tiada pada kita. Wahyu diharmoni dengan akal. Khazanah
digali dan digilap kembali. Ilmu mereka bertali sambung daripada guru kepada
guru dan bersambung kepada Rasul mereka. Makanan mereka ilmu. Sendi mereka
ibadat. Akal meninjau Kebesaran Tuhan. Sains dan teknologi menjadi alat. Dunia
di tangan, bukan lagi di hati. Lidah basah dengan zikir. Gerak hidup mereka
jihad yang murni. Dan pimpinan mereka dikemudi oleh sang khalifah. Orang-orang
zimmi bawah mereka pun sudi bernaung tanpa banyak soal.”
"Rupa-rupanya Tuan... begitu mengenali mereka," celah Xamirthurush.
"Begitulah bangsa kita, Xamirthurush. Mana tidaknya. Ketika lahir Rasul mereka yang terakhir, pendeta kita amat kenal dia lebih daripada anaknya sendiri! Inikan pula umatnya yang hingusan ini!"
Sambung orang tua itu lagi, "Tapi... mereka ini lain. Mereka bukanlah sebarangan generasi... Mereka akan kembali ke sini nanti..."
"Rupa-rupanya Tuan... begitu mengenali mereka," celah Xamirthurush.
"Begitulah bangsa kita, Xamirthurush. Mana tidaknya. Ketika lahir Rasul mereka yang terakhir, pendeta kita amat kenal dia lebih daripada anaknya sendiri! Inikan pula umatnya yang hingusan ini!"
Sambung orang tua itu lagi, "Tapi... mereka ini lain. Mereka bukanlah sebarangan generasi... Mereka akan kembali ke sini nanti..."
“Tidakkah engkau melihat semua ini, Konspirator muda? Agaknya engkau
terburu-buru mahu melanggar mereka. Sedangkan tiga soalan itu sudah memadai
untuk semua persoalan statistik engkau!” ujar Yahudi tua.
“Kebangkitan mereka... adalah jelmaan tamadun agung. Tamadun yang kita
dengki dan benci. Tamadun yang pernah kita robek dan pijak. Mereka kini bagai
penggenggam bara api yang Nabi mereka sebut. Ilmu menyinari hati. Hati
menyinari hidup. Namun sekarang aku tak pasti apakah nasib kita selepas ini.”
“Tuhan bersama mereka... sedangkan kita masih terlaknat kerana lumuran darah Nabi dan jenayah kita!”
“Aku berharap benar, Pulau Malta ini simbolik buat kita. Kita menahan
penangan mereka sepertimana Kesatria Biarawan St. John menghadapi Panglima
Dargut atas titah Sultan Sulaiman Khan pada tahun 1565. Biar Zion jauh, pulau
ini menjadi taruhan. Strategik. Utuh. Biar ia tenggelam dimamah ombak, asalkan
Zion terpelihara!”
“Konspirator Xamirthurush.”
“Ya, Tuan Konspirator Agung!”
“Siapkan kesemua Konspirator Zion, wakil Ejen Masada, Ejen Salonika dan
Ejen Navarino. Kita bersidang di Malta dalam 9 jam lagi di Malta. Demi Zion!”
Yahudi tua kembali dengan renungannya. Terbayang armada Uthmaniyyah
terpukul oleh Liga Kudus ratusan tahun
yang lampau. Desisnya...
"Aku tahu kita takkan berjaya. Tapi aku tak akan putus asa pastikan... "
"Aku tahu kita takkan berjaya. Tapi aku tak akan putus asa pastikan... "
“Engkau akan tumbang...”
“Engkau akan binasa...”
“Engkau akan ranap...”
“Aku akan hancurkan engkau... Galaksi Muhsinin!”
=========================
Rujukan:
1. Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas, (2001). Risalah untuk kaum muslimin. Insitut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam: Kuala Lumpur
2. Prickles, T., (1998). Osprey campaign 50: Malta 1565: Last battle of the crusades. Osprey Publishing: Oxford.
No comments:
Post a Comment