Laman Utama Blogger

Ingin Menulis? Klik Sini!

Laman fb SAGA Galaksi Muhsinin

Thursday, May 31, 2012

Laman Rasmi fb SAGA Galaksi Muhsinin

Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah, Tuhan yang Esa, Pentadbir sarwa alam. Dialah yang menurunkan wahyu-Nya kepada Kekasih-Nya, Sayyidina Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam, Penghulu Anak Adam, Dunia dan Akhirat. Semoga Allah melimpahi rahmat-Nya atas para ahli keluarga baginda (Ahli Bait), sahabat-sahabatnya, ulama muktabar, serta orang-orang yang ikhlas berjalan menuju-Nya sehinggalah Hari Kiamat kelak.


Alhamdulillah, laman rasmi fb SAGA Galaksi Muhsinin telah dilakasanakan akhirnya. Meskipun penerbitan novel fiksyen sains Galaksi Muhsinin ini sudah berumur hampir 4 tahun, namun kisahnya tidak berakhir di titik itu sahaja. Ceritanya masih panjang, oleh sebab itulah digelar sebagai 'SAGA.' Insya-Allah, dengan izin Allah, SAGA Galaksi Muhsinin ini diharapkan dapat disempurnakan sehingga ke akhirnya. Oleh yang demikian, laman fb tersebut sebagai wadah status terkini akan perkembangan pengkaryaan ini. Cerpen latar Galaksi Muhsinin yang menjadi penyambung kepada jalan cerita utama akan dimuatkan dari semasa ke semasa, insya-Allah.
Galaksi Muhsinin akan sukar tanpa ada tanpa dorongan dan sokongan daripada semua pihak. Saya dengan rendah diri ingin mengucapkan penghargaan kepada kalian yang membantu secara langsung mahupun tidak. Terutamanya daripada ibu bapa, mertua, isteri, anak, ahli keluarga serta guru-guru dan tidak dilupakan teman dan rakan taulan yang mendokong selama ini.
 Akhir kalam, terima kasih sekalung budi buat Sifu PTS, Puan Ainon Mohd. dan warga PTS yang bersungguh-sungguh, dedikasi dan bersemangat dalam menghasilkan karya yang terbaik. Semoga amalan kita ini menjadi asbab dengan rahmat-Nya untuk kita ke syurga. Amiin... insya-Allah..

Sekian, wassalam

"Memandaikan Bangsa dengan Buku"