Laman Utama Blogger

Ingin Menulis? Klik Sini!

Laman fb SAGA Galaksi Muhsinin

Thursday, May 12, 2016

Assasin's Creed: Filem 2016


IGN baharu sahaja telah mengeluarkan trailer filem Assasin's Creed (AC) yang dijangka ditayangkan pada Disember tahun ini. Filem yang berlandaskan game seperti Xbox dan Playstation dibangunkan oleh Ubisoft mempunyai jutaan peminat di seluruh dunia.


Kerangka beberapa siri game AC memaparkan pertarungan abadi antara pihak yang ingin menguasai dunia, iaitu Templar dan konon penegak kebebasan, iaitu kaum Assasin. Kedua-dua faksi ini bertembung sejak era Perang Salib Kedua sehinggalah zaman moden.


Kononnya, pihak Abstergo yang didalangi oleh Templar mempunyai teknologi untuk mengekstrak memori nenek moyang Assasin yang boleh dibaca melalui RNA (asid ribonucleik) yang ada dalam setiap jasad manusia. Pihak Templar mahu mencari artifak 'Pieces of Eden' yang dipercayai membolehkan mereka beroleh kuasa untuk menguasai dunia. Dan untuk mendapatkan lokasi artifak ini, mereka menculik waris Assasin dan mengekstrak memori moyang Assasin.

Dasarnya, jalan cerita Assasin's Creed bertitik tolak meneroka memori nenek moyang mereka dengan seolah-olah mereka kembali ke masa lampau.
Sebelum ini, siri Assasin's Creed meneroka pertarungan sengit ini bermula daripada Altair 'ibnul Lahad (era Perang Salib), disusuli dengan Ezio (era Renaissance), Edward Kennway (era Keemasan Lanun), Connor Kennway (era Revolusi Amerika), Arno (era Revolusi Perancis) dan terkini adalah adik beradik kembar bersaudara Frye (era Victoria). 

Filem ini pula merupakan cerita lanjutan (extended story) yang belum diteroka sebelum ini, iaitu era Inkuisisi Sepanyol (usaha kerajaan Kristian Sepanyol untuk menghapuskan orang Islam dan Yahudi di Sepanyol dengan gencarnya pada abad ke-16.

                                       
Konsep Assasin's Creed agak unik. Jalan ceritanya berpadu antara fiksyen sains dan sejarah. Ada elemen fiksyen sains kerana teknologi meneroka memori nenek moyang melalui RNA. Dan bersepadu pula dengan elemen sejarah kerana waris Assasin mengembara dalam memori moyang mereka dalam jalur masa tertentu. Satu alternatif kepada 'pengembaraan masa' dengan 'mesin masa' yang boleh dikatakan mustahil dari segi saintifiknya.

Hujung tahun ini Assasin' Creed berduet dengan Rogue One: A Star Wars Story yang akan ke layar perak pada Disember 2016 ini.

No comments: