Laman Utama Blogger

Ingin Menulis? Klik Sini!

Laman fb SAGA Galaksi Muhsinin

Tuesday, April 14, 2009

Filem Saifai 2009


Atas: Sekuel kepada Transformer (2007); Transformer: Revenge of the Fallen yang akan ditayangkan pada 26 Jun 2009.


Atas: Siri keempat daripada filem Terminator, iaitu Terminator Salvation, dijangka ditayangkan pada 9 Mei 2009 ini.


NOTA: Agaknya apakah falsafah yang dibawakan dalam saifai Hollywood kali ini?

Pesta Buku Antarabangsa 2009


Segala puji bagi Allah. Selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam.

Sudah lebih tiga bulan blog ini tidak dikemaskini, lantaran kesibukan menghadapi semester-semester terakhir ini. Insya-Allah April ini akan diisi semula dengan entri-entri sai-fai.

Pesta Buku Antarabangsa menjelang lagi. Pastinya pesta ini akan menarik ribuan pengunjung, bak besi terlekat kepada magnet. Tetapi sayangnya diri ini tidak dapat meluangkan banyak masa kerana bergegas kembali ke tanah air atas urusan keluarga pada 19 April 2009.

Pihak penganjur akan mengadakan Konvensyen dan Mini Forum Sai-Fai pada 19 April 2009 ini. Kepada peminat sai-fai, jangan lepaskan peluang ini (saya pula yang terlepas) (T.T)